Tuesday, January 26, 2010

pohon yahudi?

"Mengenali Pohon Al Gharqad ( Mutiara Hadis Nabawi )
( Mengajar erti Kesempurnaan iman Mu´min dan kecelaruan kepercayaan Yahudi )
http://najhie.... blogspot. com/
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu A´laihi Wasallam:
"Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". Hadis riwayat Imam
Muslim (2922)
Mu´min
beriman sepenuh hati terhadap karasulan nabi Muhammad S.A.W. Iman
mereka solid terhadap semua perkhabaran peristiwa akhir zaman yang
disampaikan oleh Nabi S.A.W.
Misalnya tentang hadis "Pohon Al Gharqad" yang menyatakan kemenangan akan berpihak kepada ummat Islam. Sepatutnya Yahudi beriman dan bersama-sama menyertai ummat Islam menjadi ummat yang menang itu.
Namun
bagi yahudi, mereka mempercayai hadis tersebut dengan persepsi yang
berbeza. Lantaran itu mereka amat gemar menanam pohon tersebut dan
memanggilnya sebagai "Pohon Yahudi". Mereka percaya ia akan melindungi
mereka dari kemenangan ummat Islam.
Maka, persepsi inilah yang
membezakan antara keyakinan dan keimanan ummat Islam dan kepercayaan
yahudi yang salah. Amat jelas lagi bersuluh , pegangan yahudi itu amat
menyimpang dari kebenaran yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W.
Namun
sikap keras kepala dan keangkuhan mereka menghalang mereka dari beriman
sepenuh hati walaupun hati kecil mereka percaya bahawa Nabi Muhammad
adalah utusan untuk semua manusia yang wajib diimani kerasulan Baginda.
Mengenalinya adalah adab membenarkan hadis Nabi S.A.W.
Ramai
yang tidak mengenali pohon Gharqad. Pohon ini banyak ditanam oleh
Yahudi di bumi jajahan mereka di Palestine. Inilah bukti keyakinan
tanpa iman mereka terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Baginda
Nabi pernah menyatakan bahawa di akhir zaman akan berlaku peperangan
hebat antara Yahudi dan ummat Islam yang berakhir dengan kekalahan
Yahudi. Dalam perkhabaran tersebut Nabi Muhammad S.A.W.
menceritakan tentang perihal pohon Gharqad yang menjadi tempat
persembunyian Yahudi.
Nama-nama lain bagi Al Gharqad
Pohon Yahudi, A´uwasaj, gharghad, sahnun, inab, A´uwasyaz, dan Al Ghardaq
Pohon Al gharqad ataupun nama saintifiknya (Nitraria retusa) daripada Keluarga ( zygophyllaceae) .
Ciri-ciri pohon Al Gharqad
· Berdaun kecil, berduri, berbuah kecil, bulat dan merah.
· Mencapai 1-3 meter tumbuh melata kawasan berpasir seperti seperti padang pasir
· Berbunga dan berbuah pada musim panas dan luruh, tumbuh di kawasan tanah Arab (Timur tengah) Palestine, Mesir, Yaman, Iraq dan lain-lain.
· Pendapat lain ialah pohon ini hanya tumbuh di bumi "Hijaz".
Persepsi Kepercayaan Yahudi terhadap pohon Al Gharqad
(Sikap double standard yahudi terhadap keimanan kepada Rasulullah S.A.W)
Yahudi
telah lama mengetahui tentang kebenaran kenabian Rasulullah S.A.W. dan
apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A..W. bahkan semua tentang Nabi
Muhammad S.A.W. telah disebut dalam kitab suci mereka. Mereka amat
mengetahui dan yakin dengan apa yang dinyatakan oleh kitab mereka namun
mereka enggan mengakuinya.
Hakikat ini dikhabarkan Allah:
الَّذÙ?ينَ
آتَيْنَاهÙ?Ù…Ù? الْكÙ?تَابَ يَعْرÙ?Ù?Ù?ونَهÙ? كَمَا يَعْرÙ?Ù?Ù?ونَ أَبْنَاءهÙ?مْ
ÙˆÙŽØ¥Ù?نَّ Ù?َرÙ?يقاً مّÙ?نْهÙ?مْ لَيَكْتÙ?Ù…Ù?ونَ الْحَقَّ ÙˆÙŽÙ‡Ù?مْ يَعْلَمÙ?ونَ
Orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil)
mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan
sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran,
padahal mereka mengetahui. - Al Baqarah 146
Sikap " Double
standard" Yahudi dalam aspek keimanan cukup membingungkan. Mereka
beriman dengan khabar dari Rasulullah S.A.W. tetapi mereka tidak
mengakui kerasulannya malah berusaha berhadapan menyanggah hakikat
perkhabaran nubuwwah itu.
Antaranya mereka percaya dengan hadis
" Pohon Al Gharqad " yang membawa makna kemusnahan bagi mereka lantaran
keangkuhan dan kekufuran mereka namun mereka menafsirkannya sebagai
cabaran buat mereka bagi berhadapan dengan kebenaran kemenangan ummat
Islam pada suatu hari nanti.
Atas sikap ini maka Yahudi menanam
sebanyak mungkin pohon Gharqad sebagai pelindung. Lantas sikap ini
membawa maksud mereka percaya dengan hadis Nabi namun sengaja
mengingkarinya.
Al Gharqad di sisi Yahudi
Kaum
Yahudi memaksudkan pohon Al Gharqad yang disebut oleh nabi sebagai (Al
A´uwasaj) yang banyak ditanam di negara haram Yahudi sekarang ini.
Imam
At Thobary didalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Mua´mmar dan Qatadah
menyatakan yang di maksudkan dengan "البقعة المباركة من الشجرة" dalam
firman Allah :
Ù?َلَمَّا
أَتَاهَا Ù†Ù?ودÙ?ÙŠ Ù…Ù?Ù† شَاطÙ?ئÙ? الْوَادÙ?ÙŠ الْأَيْمَنÙ? Ù?Ù?ÙŠ الْبÙ?قْعَةÙ?
الْمÙ?بَارَكَةÙ? Ù…Ù?Ù†ÙŽ الشَّجَرَةÙ? Ø£ÙŽÙ† يَا Ù…Ù?وسَى Ø¥Ù?نّÙ?ÙŠ أَنَا اللَّهÙ?
رَبّÙ? الْعَالَمÙ?ينَ
"Maka
tatkala Musa sampai ke (tempat) api itu, diserulah dia dari (arah)
pinggir lembah yang diberkahi, dari sebatang pohon kayu, yaitu: ""Ya
Musa, sesungguhnya aku adalah Allah, Tuhan semesta alam," - Al Qashas 30
Ialah : Pohon Al A´uwasaj ( iaitu Al Gharqad).
Berkata Al Qurthubi: Pohon Al A´uwasaj apabila sudah membesar ia dipanggil Al Gharqad.
Kata Imam Nawawi: Al Gharqad adalah pohon yang berduri sangat dikenali di Baitul Muqaddis(Palestine) .
Maklumat khusus mengenai Al A'uwasaj (العوسج )
Nama Saintifik bagi pohon A´uwasaj : Lycium Afrum
Daripada Keluarga tumbuhan-tumbuhan : Solanaceae
Khasiat Perubatan
Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil, Sembelit dan baik untuk perut.
Usaha Israel menanam pohon tersebut
Yahudi
amat yakin bahawa pohon Gharqad akan melindungi mereka dari kemaraan
ummat Islam. Oleh itu mereka memperuntukkan dana dan usaha yang bersar
untuk menanamnya di jajahan mereka sebagai perlindungan.
Kenyataan
ini turut diakui oleh Syeikh Al Mujahid Tamim Al A´dnany menyatakan
Yahudi banyak menanam pohon ini di Taman-taman , persiaran dan
jalan-jalan.
Maklumat tersebut dikukuhkan lagi dengan kenyataan di halaman http://www.jnf.... org iaitu laman web bagi "Jewish National Fund " yang berfungsi sebagai
agen pembangunan hutan dan pemeliharaan ekologi, pendidikan, sumber
air, keselamatan, pembangunanan komuniti dan lain-lain aktiviti di
Israel.
Organisasi inilah yang menjalankan aktiviti menanam
pepohon sebanyak mungkin di Negara haram Yahudi Israel. Laman tersebut
menyatakan bahawa organisasi yang diilhamkan oleh Theodor Herzl itu
telah Berjaya menanam sejumlah 240 juta pelbagai jenis pokok termasuk
pokok "Hawthorn" yang membawa maksud kepada pohon Al Gharqad.
Rujukan :
1. Al Quran dan hadis ( Imam Muslim)
2. Kitab " Tumbuh-tumbuhan perubatan yang disebut dalam Al Quran dan Sunnah Nabi" - Daru Salam
3. albrari.com
4. majles.alukah. net

siapakah orang yang bijak?

Adakah kamu orang yg bijak?
Orang yg bijak ialah orang yg tidak mensia-siakan
hidup, waktu, usia,
harta, umurnya dengan perkara yg tidak mendatangkan
faedah baginya dan
masyarakat.

Renungan Bersama........

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir
senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa
neraka.

Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau
membuang email ini begitu
sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain
untuk dimanfaatkan
dan ambil iktibar sebagai sandaran dan buat pedoman
kehidupan kita
seharian.

Wasiat Al-Banna

wasiat Al-Banna ke-8, Jauhi bicara aib orang lain
Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Feb 28, 09 | 5:00:54 pm MYT
"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka
dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," kata
Hasan al-Banna.
Iklan
Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar
menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan
dan kelemahan diri mereka sendiri.
Apabila seseorang itu kerap
bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang
membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.
Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib
peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan
kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam
perbincangan ini.
Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar
mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.
Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang
menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup
keaibannya di akhirat kelak."
Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.
Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang
lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri
hati.
Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.
Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam
urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta
dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.
"Wa khuliqal insanu dha'ifan - dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif."
Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu
penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan
orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah
ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh
dengan pemberian Tuhannya.
Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang
tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah
baik.
Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk
yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa
Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para
malaikat lantaran kelebihan ilmunya.
Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya,
kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam
a.s.
Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup
menghina Adam a.s dengan katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam).
Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada
tanah!"
Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.
Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka
lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.
Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita
agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih
baik daripada si penghina.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan
itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]
Perbaiki hubungan persaudaraan
Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan
dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai
moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam
seluruhnya.
Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini
kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain
melalui kata-kata.
Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu,
mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah
persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan
kembali terjalin.
Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut
yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja
semata-mata.
Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam
Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi 'ustaz' kepada alam
ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan
pendidik di dunia.
Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah
persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua,
merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah
bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara
pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.
Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri
dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan
lain-lainnya.
Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara
Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan
Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin
negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada
masa hadapan.
Berkatalah yang baik-baik sahaja
Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka
pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi
dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan
mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan,
fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih
baik diam sahaja." Apabila seseorang itu berdiam, dia akan
terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu
seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak
digunakan ke arah yang tidak berfaedah.
Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia. _

Wednesday, January 20, 2010

dunia akhir zaman.....

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum..
*mood : sedih*
hurm.i always wonder...why does teenage girls nowadays are weirdo??
ya know,ske sgt ikot budaya barat..& i think,even in this country,cm susa je nk survive..errkk.
but,what's so hard to wear the hijab?kadang-kadang aku slalu gaks pkir-pikir...& nk jadi kawan somebody yang ade prob cenggini kn...emm...i know,they have some reasons.But still makes me wonder...WHY?WHY?AND WHY??
sometimes,mereka bukan taknak jadi baik,cuma tak ready je lagi(yang tu la alasan yang paling banyak aku dengar..tpi...it's ok la.kot.hurm)
Tapi,ramai remaja yang tak sedar,dari sekecil-kecil perkara boleh jadi sebesar-besar perkara.Contohnye,dari segi bab pakaian laa senang deh.Bab aurat.
Most girls ingat kalau takat freehair je,cm takde pape laa.(knonnye.padahal diorang tak tau hakikat sebenar.)
Selambe lek je pose sana sini,freehair & tayang gmbar.i was wondering...why?why?and why??

i guess,pose pkai tdung lagi lawa!hahaha.ain't i'm right?neutral gitu...but,still cute,isn't it?alalaaaa...
Grin Pictures, Images and Photos

HUrm, i have lots of thing to say...but i guess,i have to stop here first.(will be edited so0n!





Tuesday, January 19, 2010

biskut or....cookies..or...muffin??

Assalamualaikum
arghh...agak geram sebab biskut yang aku try nk buat x jdi.adeii.
xpe2
i guess la kan,salah nyer ak terletak air..uhuh.tp dlm bhn2 x de,tp dlm instruction ade..!
aduhai..next time kalo nk buat biskut kene ade mama jugak la~not so bad laa rasa "biskut" tu,maybe slack pasal tambah soda kot~
har3...next tima la plak aku try,.padan la pelik smacam,apsal doh ak x jadi doh pon???errkk
humm..next,blaja masak ikan masak kicap dengan mama.berrr...everything seems so....so......easy for her!(jeles i..ngeh3)
em,tula.mama terer masak.wuuu.....jeles2..
and...emm.pagi tadi plak,siang ikan~no hal la.i know how to do it.
masalah nyer pisau plak la tumpul~adeh.
nak asah sket pnye hal.mama kalo siang ikan,cepat jer!grrr
*if ade time,aku upload gmbor "biskut" aku(actually dh jdi cm muffin dah...har3~)

Saturday, January 9, 2010

still learning....still studying.....hurgh3..

hem..ehem!
heheh
well,im still studying actually.even orang kate dok relek-relek kat umah ye,makan tido,makan tido..NO I'M NOT.
Well,teringin gk nk blajar something kan,daripada x buat pape,better i learn something...heheh
What was that?
well,aku ingat nk salin resepi-resepi hok ade kt mane-mane,so that i can cook one day...i hope so!

huhuh.stakat ni,nak buat lauk simple-simple jep yang buleh,bosan laa plak.So,nak blajar lauk yang simple gak,tapi still special & delicious!!!aloha~aceeceeh...heee
Next,kalo buleh nak bace sebanyak yang boleh kitab "Tafsir Al-Azhar" tuh,karakang Prof.Dr. HAMKA.
Actually bagoz buku tuh,pape ayat Al-Quran yang aku kurang paham maksudnyer,buleh la nak rujuk.Di samping tanye kat kawan aku yang agak terer agama (Dikin ^-^  *skola maahad...mane tak terer nye bab2 agama nih..).Thanx a lot to him.
And of course,TERIMA KASIH ALLAH .
Meh kite zikir ramai-ramai!!
Subhanallah(Maha Suci Allah),Alhamdulillah(Segala Puji Bagi Allah),Laa ilahaillallah(Tiada Tuhan Selain Allah),Allahuakbar(Allah Maha Besar).... ;)

Jazakallah.....

TEMUDUGA YANG TANPA DIDUGA

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

Semoga kita berjaya dalam temuduga tersebut &......get prepared!


Jazakallah....

Sunday, January 3, 2010

pesanan untuk aku!!!



  •  Jangan pernah ada perasaan hasad dengki dengan sesiapa pun
  • Jangan pernah berburuk sangka dengan sesiapa pun!Allahuakbar.Berdosanya aku rasa kalau berburuk sangka ni kalau-kalau takda bukti yang sahih..Astaghfirullahalazim....Always be nice to others.
    -"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6. 

    -"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12. 
    -
    "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi. 
    Naudzubillah...

     

  • Never say something bad about others...Ataupun.....mengumpat!
  • Tingkatkan ilmu,tingkatkan amalan,tingkatkan prestasi!ameen.............
  • Jaga tingkahlaku,jaga akhlak.Semoga engkau menjadi seorang muslimah yang solehah,bukan daripada luaran,tetapi dalamanmu yang penting!!
  •  Jangan  bersifat riya',takabbur.
Alhamdulillah!!lepas join www.iluvislam.com ,ramai sahabatt-sahabatt yang bantu ana...um..Teriima kasih untuk semua!!
Tak lupa jugak untuk kengkawan aku yang menyedarkan gue yang alpa sokmo nih.heheh.

Alamak,nk makan bubur kacang laa......i could smell the pandan leaf...ummmm.~yummy!
Jazakallah......>nk makan bubur kacang yang mama masak dulu~jangan jeles!
BUBUR KACANG HIJAU+TELUR(ala-ala ganu kite~)