Thursday, July 28, 2011

Please think about ME~

Assalamualaikum~

"Instead of blaming others,let's think about our mistakes or weaknesses..."

I agree with that qoute.
I've been thinking about it after I listened to Maher Zain's song,entitled 'Is Allah satisfied'.

"Yes it's easy to blame everything on the west,
When in fact all focus should be on ourselves."

 
Kita selalu fikir...
Kenapa nasib aku macam ni?
Then mula nak blame orang itu,ini.
(Sesetengah orang aje la)

Tapi pernah tak kita terfikir,apa yang kita buat untuk ubah sesuatu benda tu?
Contoh la yang paling senang...

Di sekolah.
Kebanyakan student agak kurang pandai subjek Kimia.
Bila ditanya kenapa tak boleh nak score?
Cikgu tu lah,asyik-asyik takde aje.Dia mengajar pun tak faham.Bla~bla~and bla~
Macam-macam alasan atau 'sebab'.

*Eheeeh~~Melampau-lampau ni.Kompem tak studi!*

Kenapa kita sendiri tak cek diri kita sendiri kenapa kita lemah subjek Kimia tu?
Padahal diri sendiri yang malas nak hafal periodic table.
Padahal diri sendiri yang malas nak baca,buat ulangkaji,fahamkan,buat note,buat latihan,and bla bla bla.
It's clearly proved that we are the one who should be blamed~!

Relate it to our daily life.
Life is about how you see things around you.

I have too many things to be understood.
I hope that Allah will lend me the strength to learn new things through this right path.

___________________________________________

PESANAN PENAJA

"Satu permulaan perlukan kekuatan.Tak mustahil boleh kekalkan kekuatan itu,dengan izin-Nya."

-Untuk kawan-kawan,jangan segan silu nak buat satu perubahan.Kekuatan tu akan datang sendiri ye.

*peace*

Wednesday, July 27, 2011

Yes,I'm still learning!

Assalamualaikum~

Ismi Diyana.
Ana bikhair,alhamdulillah!

Wah,wah,wah~

*Gambar hiasan semata-mata-Flickr*

Okay,now I'm still in the process of learning arabic language.Just the basic of the language.
But I have to learn it on my own.Yes,I just have 1 month period before I pursue my study in degree of TESL.
I have to borrow a few books from the library.

And I would like to suggest this book.
Although it is in english language,not malay,but I think it is easy for you to understand.You know,they just use simple english.No bombastic words.Ha ha.

Okay,here's the book.

Title: "The Macmillan Arabic Course" (Book 2-Introduction to Peninsular Arabic)
Sebab saya pinjam buku 2 sebabnya saya dah boleh tulis jawi....
He he.
Book 1 tu untuk beginners yang baru betul-betul baru nak paham jawi,baru nak kenal bahasa arab,macam mat saleh ke,orang india ke,sesiapa saja la yang baru nak kenal bahasa arab & tulisan arab tu.
Jadi,untuk yang dah boleh dikatakan 'pro' dalam tulisan jawi tu,boleh la terus tengok book 2 sebab untuk tambah vocab bahasa arab sahaja ya.

Dan yang penting,faham penggunaan ayat untuk dialog sehari-hari. *peace*

Walaupun terasa macam menyesal tak dapat belajar biologi (ingatkan dulu-dulu kala nak ambil subjek sains),tapi sekarang rasa bersyukur sangat sebab yuran pengajian untuk program pendidikan di UIAM antara yang boleh dikatakan termurah la.Nak dibandingkan dengan program lain macam sains,medic,dan yang lain lain~



*Psssssstt!!Sorry!Got no image of the book!Can't find it through google image...
I'll show it later okay?
:)

Wish me luck!



Kadang-kadang terasa diri ni terlebih semangat pulak.
But,who cares?
Mwa ha hah!

*Maaf jika ada kesilapan tatabahasa bahasa arab disitu.Kepada sifu yang sudah expert,sila betulkan ye~!*

Sunday, July 24, 2011

Borang boring.

Assalamualaikum~

Kepeningan yang melanda.
Bila nak masuk universiti,semua orang kalut.
Mama, ambe.Ke hulu ke hilir.
Baca borang panduan pendaftaran berapa kali.(Yang mostly bahasa inggeris.Oh,international.Why oh why?Mujur tidak bahasa arab.Sungguh,aku buta bahasa arab sedikit sebanyak.Kesian~)
Hati-hati isi borang.
Print sana sini.
Beli nombor pin.
Ambik borang yayasan.
Ptptn...

Bla~Bla~and bla~

And ... I do hope that Allah gives me strength to finish up all these stuffs!
*Headache*

Azam baru untuk Ramadhan,insyaAllah.
Selamat datang Ramadhan...






Friday, July 15, 2011

Orange Potter and the Deathly Apple~


Pssst!Jangan tiru the annoying Orange yang suka 'menganjing' (mengejek).
Dop molep.
TEEHEE

Thursday, July 14, 2011

Melancholic

"I always wanna cry,when I watch that video.
It's the truth that cannot be covered."

What was the purpose of your actions last Saturday?



Peludah warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;

Warna kuning diisytihar racun terbisa.

Diragutnya baju-T segeram tenaga

Dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,

Menjadikannya panji terindah dan tulen

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu

Kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas

Dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.

Memanglah mereka kini peludah warna

Sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,

Kuasa pun seolah menjadi hartanya.

-A. Samad Said-

Wednesday, July 13, 2011

Jirus teh ke laut biru?What the............??

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID




Puisi A.Samad Said yang aku post di FB sebagai note.
Aku sendiri terkejut A.Samad Said pun join perhimpunan BERSIH ni.
Mana mungkin orang bijak pandai macam A. Samad Said saja-saja nak join kan?

Lepas tu,ada lah yang mengkomen sajak ni...

Pikah:
 ‎*sedang mendeklamasikan sajak ini*(kawan aku ckp "menape mg pikah?bsing bango"XD)
pergh ayat.sgt hebat

Gua :
well,a.samad said kamm

Pikah:
aku x phm byk bnda. jirus teh ke laut biru?err

Gua:
ada la tu mksud tersirat lagi tersurat.hiuh

K.Sabrina:
wah!!!! aku cukup hangin dgn kanak2 berdua ini....
sejarah tingkatan 4 sayang2 oit.... ni mesti budak berdua duk bergosip time cikgu dia pot pet ngajor sejarah...

ok, adik2ku sekalian, pada asalnya amerika juga berada di jajahan takluk briti...sh, mereka mula menolak british sebagai kerajaan, dan nak memerdekakan diri mereka, tp british xsetuju, sebab tulah mereka buat penentangan, tu yg terjadi peristiwa di atas,

peristiwa tersebut diketuai oleh samual adam yang mencurahkan 3 kapal teh di laut boston. teh tuh sepatutnya di hantar kepada british secara percuma rasanya, boston ni tempat di amerika yg menetntng pemerintahan raja george ke berapa xingat...

ia adalah peristiwa penting yg lead kepada revolusi amerika sehinggalah kepada penguatkuasaan akta teh 1773 oleh monarki british...

akta ini akta pelabuhan yg sgt menekan rakyat amerika waktu itu, sebab tu ia lead kepada revolusi amerika yg menggulingkan empayar pemerintahan british dan menolak monarki british serta memerdekakan diri mereka tanpa izin british pada 1776 xsilapla...

dan selepas 2 tahun peristiwa samual adams curah teh di laut boston tuh, terjadilah perang revolusi amerika yang berakhir pada 1784, tupun sebab british mula mengiktiraf amerika setahun sebelum itu...

so, Nur Syafiqah dan Dyana Aziz, cuba fahamkan sejaah ringkas amerika yg kak sabrina cerita ni... ni pun hok kita belajar masa form 4 dulu, lebih2 pun kak sabrina xtahu juga sebab warganegara malaysia dan bukan plak warganegara amerika, sekadar utk pengetahuan tu buleh la... tahun tuh pun, lebih2 kurg jer, xberapa ingat sgt... dah faham peristiwa ni, baru boleh faham sajak di atas...
oh ye, peristiwa tersebut dikenali sebagai JAMUAN TEH BOSTON...
 
Gua:
macam tak ada pon dlam silibus kitorang k.sabrina.teh2 ape smua.memang tak ade pon~~
langsung tak ada nk sentuh sejarah ngara len.kalo ye pon kerajaan dulu2 kala,empayar2 bsar.jgan harap nk bljar psal british,amerika nung.yg diajar cuma sjarah mlaysia & empayar dulu2,adat budaya malaysia.smpai la msuk universiti pon,blajar psal mlaysia lagi,undang2,mcm mna kerajaan brfungsi,etc.LANGSUNG TIADA SEJARAH DUNIA kak sabrinaku sayang~boleh dikatakan budak zaman sekarang semakin buta sejarah ?ehe
 
K.sabrina:
la.... ye ker? kak sabrina siap kena belajar detail tuh peristiwa jamuan teh boston....siap masuk exam masa tuh... cepatnya silibus berubah... xsampai 10 tahun pun....
permohonan maaff ditujukan kepada Dyana Aziz and Nur Syafiqah andai benda nih tidak ada dalam silibus sejarah dolu2...
 
Gua:
yep.tak tau la zman k.sabrina dlu silibus mcm mana,tapi bnda yg diajar dkt kitorang benda yg biasa2.alat2 masa zman dlu2..soalan pun,bnda yg rasa kdang2 maleh nk hafal.sebab tu sekarang ni orang dah mlas nk blajar sjarah.bosan ya amat~!
 
K.sabrina:
petikan kata bekas cikgu sejarah kak sabrina yg juga sgt aktif dlm arkeologi...
sejarah dunia penting utk dipelajari sebab kita akn belajar ttg jatuh bangunnya sesebuah negara. masaalah yg berlaku dalam jatuhnya sesebuah negara adalah sama ...walaupun dari zaman tamadun awal dunia mesopotamia sehinggalah berakhirnya dunia ini iaitu kiamat. begitu juga dgn sebab2 yg menjadi bangunnya sesebuah negara juga sama sahaja.cuma yg berbezanya hanyalah persekitaran semasa contohnya dolu2 org bergerak naik kuda, skg naik kereta. namun fakta asasnya masih sama.... wallahualam... mcm tulah kata2nya seingat kak sabrina...
sebab tulah kalu nak jadi penganalisa politik nih, dia kena bijak sejarah.. sebab dia akn bleh buat prediction ttg apa yg bakal berlaku bila sesuatu keadaan berlaku...

kesian korg kena belajar sejarah dgn cara sebegitu boring2 mcm tuh... kam...i dulu sebelum masuk sesuatu bab, siap xaci bukak buku n sama2 teka n buat prediction lagi apa yg bakal berlaku pada sesuatu tamadun bila ada peningkatan atau sesuatu masaalah timbul... saje teka seronok2..berangan2 jadi penganalisa sejarah...kalu kena time tekaan tepat tuh, Allah je tahu betapa bongkaknya saya waktu tu... terasa hebat bebenor...

Gua:
haha.nampaknye kene belek2 buku sejarah la pulak lpas ni gamoknye,ye Nur Syafiqah.~
kompem a.samad said ni terer sejarah kot

K.Sabrina:

prof tuh... mesti hebat.... mungkin cara pembelajaran kut... tu yg buatkan kita malas belajar sejarah...
zaman2 kak sabrina sekolah dulu, cikgu2 sejarah pun jenis yg malas nak ngajar ikut fakta semata... diaorg lebih suka bincang2, sebab fa...kta boleh baca sendiri...ala2 buku cerita,
tp fakta tanpa perbincangan ni boring la plak...n ada sesetengah yg nakal tuh, kalu kelas fakta yg boring, ada yg xmasuk kelas....masa tu kan zaman remaja, jenis yg kuat melawan wpun sekolah agama, so, masa sejarah adalah masa luahan hati n luahan prediction apa yg berlaku..
selain itu masa tu kan ala2 zaman reformasi anuar ibrahim, so mcm2 fahaman yg timbul, ada sokong mahathir n ada yg sokong anuar,
kalau budak2 remaja nih dia xder tempat nak buat luahan hati dia akn luahkan dgn cara yg plg diaorg terer iaitu mengamok di jalanan, terlibat dgn keganasan n sebagainya.
sebab tulah cikgu2 sejarah amik peranan utk menyejukkan jiwa murid2 yg tgh panas ni... so, benda ni akn habis dlm sesi mengamok n bertekak dalam kelas sahajala...lepas tuh bleh makan ais kacang or abc kat kedai syed ali mcm biasa...
 
So,ini lah perbezaan otak orang zaman dahulu dengan zaman sekarang.
Malu pun ada.Rendah diri pasal kurang ilmu sejarah pun ada.
Orang kata sejarah itu mungkin berulang,bak kata bebudak New Boyz yang pemes tu~
Akhir kata,credit to Kak Sabrina sebab explain dekat sini apa maksud puisi A.Samad Said yg berbunyi;
 
"di Boston dijirus teh ke laut biru"
 
Kini aku mengerti.
Moh pakat belajor sejarah~!
Alang-alang cuti berapa bulan lagi.
TEEHEE.

Kalau pegi ladang teh BOH dekat Cameron pun best jugak ye?
Rindu kampung lama :')

 

Tuesday, July 12, 2011

Siapakah superhero?

Assalamualaikum.

Suka ayat dekat blog kereta mayat, "Aku telah lama kelakar,baru hari ini kamu ketawakan aku.Bukankah kita semua akan mejadi mayat?"



Bercakap tentang superhero,siapa superhero/superwoman yang sebenar-benarnya?
Penyelamat dunia daripada pengganas ataupun penjenayah ekstrem zaman sekarang ni?
Siapa dia?

Superman yang pakai cawat di luar?
Spiderman yang pakai baju ketat?
Catwoman yang hot?
X-men yang pelik tahap gaban?
Ataupun totally spies yang cun melecun?
Orang yang ada six-packs?

Naaaaaaah.......
Karut saja semua tu!
Superhero kerjanya bukan sahaja selamatkan dunia daripada penjenayah semata-mata,tapi juga mewujudkan keamanan.*peace*

So,adakah superhero/superwoman tadi betul-betul menuntut bela manusia sejagat?

Kalau diorang betul-betul menegakkan keadilan & keamanan,mana mungkin spiderman atau superman keluar berdua-duaan,Catwoman takkan pakai seksi meksi,X-men takkan cederakan orang sesuka hati.TEEHEE.

Cuba tengok kenapa masalah jenayah sekarang semakin meningkat?
Kes rogol.Sebab si wanita sendiri seksi meksi macam catwoman.
Kes curi,sebab orang tak takut dengan undang-undang sivil.
Kes dadah,pun sama.
Semua jenis masalah,manusia tak takut melakukan kesalahan.
Katanya,"Ala,rillek lar brader!"

So,siapa SUPERHERO yang sebenarnya?

Shah Rukh Khan?
The Mask?
The Incredible hulk?
No no no....





Pernah dengar,isu rakyat mahukan undang-undang Islam dijalankan di Malaysia?
Kenapa?
Kerana undang-undang Islam sahaja lah yang adil seadil-adilnya!
Tidak ada undang-undang yang lebih adil daripada undang-undang Islam.
Aku banyak memikirkan isu ini,kenapa Islam menganjurkan jihad?
Menegakkan kebenaran yang sebenarnya.
Mewujudkan keamanan sejagat di dunia ni.

Pejuang-pejuang ini lah superhero/superwoman yang sebenarnya!
Mereka mewujudkan keamanan di dunia dengan kebaikan.
Dengan keadilan,bukan penindasan.
Dengan berkata tentang kebenaran,bukan penipuan.

Ustaz Khairul (hok ngajor kitab) kata,
jangan lah sekali-kali benci dengan undang-undang Allah.

"Makcik kakok eh,kalau kita belajor betul-betul undang-undang Islam ni heh,come sungguh.Seronok brase.Kalau saye dulu,bab ni lah heh hok paling skor sekali.Sebab seronok blajo nye."

Seronok kawan-kawan...
Sebab undang-undang itu adil,saksama,bertimbang rasa!
Penyelesaian setiap masalah bermula daripada akar umbi lagi.
Contohnya isu zina,rogol,bersekedudukan.Dari kecil anak-anak Islam diberi didikan tentang hubungan antara yang  berlainan jenis,menjaga pergaulan,pemakaian.Secara tak langsung,yang orang kata 'pengetahuan seks' yang dirancang dalam silibus budak sekolah pun sebenarnya dah diajar sejak kecil lagi.See?Cantik kan?

Jadi,yang memperjuangkan untuk membentuk manusia yang berguna untuk keamanan dunia ni lah yang layak digelar superhero/superwoman!

Ataupun orang kata,manusia yang soleh & solehah.

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita untuk mengembalikan kegemilangan sebuah Khalifah Islamiah.InsyaAllah. :)


Wariskan kemerdekaan yang sebenar-benarnya kepada mereka!


Oh my country~

Assalamualaikum...
Here,I bring you~
A very sarcastic article,but yet,brings a lot of  meanings.Think about it carefully,dear leaders!

Alhamdulillah, BERSIH2.0 sudah selesai bermula.
Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.

KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.

KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!

KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.

KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!

KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.

KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common sense, self centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.

KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Monday, July 11, 2011

Kenapa blog tudung ceklat?

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa blog ni nama tudung ceklat?
Tak ada nama lain ke?
Tudung saji ke... Tudung pink ke,girly siket. (kononnye.ewww)
Dyanaaziz.blogspot.com ke...Pinkygirls ke(eww).

Ha ha.



Sebabnya,aku suka warna coklat (kot).
Kalau pilih baju ke,tudung,aku suka belek-belek warna coklat dulu.
Don't know why.
Nak kata coklat tu nampak elegan,tak lah sangat.
Nak kata warna coklat tu ceria,tak jugak.
Mungkin sebab senang nak match kot.

Tapi,aku pun tak tahu.
I just love this colour.
Memandangkan aku ada tudung warna coklat yang bermanik-manik dekat tepi dia,aku kasi la nama tudung ceklat.
Kenapa tudung?Bukan selendang ke,hijab ke?
Well,tudung,sebenarnya aku galakkan korang pakai tudung.
Aha.
Yes,I,I meant it. *in a serious deep voice*



Sunday, July 10, 2011

Cliche~


Assalamualaikum!

Harap maaf,mungkin post kali ni agak cliche,tapi nak buat macam mana?Dah saya suka berfikir benda-benda macam gini.Teehee...
 

 Ni mesti ambik gambor lepas solat subuh ni.He he. 
Burung bangun pagi-pagi cari makanan,manusia masih berdengkur diulit mimpi.
Hoi,bangon!
 
 Aurora~
 (Teringat pulak lagu estranged."Aurora aurora~Walaupun jauh,namun dekat dihati."
Sebab cun kot?
*teeet*

 Ketika belajar biologi di sekolah menengah,subjek digestive system ni berjaya membuatkan saya kagum dengan cara,penyesuaian keadaan dan ciri-ciri yang ada pada usus kecil manusia yang bertindak untuk menyerap masuk nutrien daripada makanan ke dalam salur darah manusia.

Kagum juga dengan penciptaan hati.Bagaimana ianya berfungsi untuk menghasilkan enzim,yang mempercepatkan sesuatu proses.Dan juga menghasilkan hormon di dalam badan manusia.Cool?
Juga bertindak untuk seimbangkan kandungan gula dalam darah.
Cool?
Yes it is.

Suatu masa dulu pernah berangan nak jadi botanist.Sebab boleh kaji pokok secara mendalam,& it's cool!Tapi rezeki saya bukan ke situ,TESL juga yang dipilih.
Tapi ilmu dimana-mana sahaja kan?Cuma klik! & jumpa lah fakta.

Keratan rentas sehelai daun,yang mempunyai beberapa LAPISAN sel!
Kalau bagi manusia,nak cipta 1 sel pun belum tentu lagi dapat...Kompem tak dapat lah!
Setiap lapisan sel pada daun pula mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu;perangkap cahaya matahari untuk proses fotosintesis,mengawal kandungan air dan karbon dioksida serta oksigen yang keluar & masuk.
Cool!

 "Dialah (Allah) pencipta langit dan bumi." (Surah Al-An'am,ayat 101)
Baru aku tahu,perkataan langit tu merujuk kepada langit yang kita nampak di bumi ni & juga langit (angkasa). Jadi,langit itu sebenarnya luas,seluas-luasnya hingga tak terkira luasnya.

"Sains bukanlah segala-galanya,namun,jika manusia mahukan bukti ataupun hujah,sains dapat membuktikan kebenaran Al-Quran.Tetapi,walau bagaimanapun,keyakinan itu lebih penting,& hujah serta bukti tersebut dijadikan sebagai pendorong untuk meningkatkan keimanan kita sebagai hamba kepada yang Maha Bijaksana."

Subhanallah.
Al-Quran itu benar,Muhammad itu sungguh adalah penyampai kalam Allah.
Mana mungkin manusia mengetahui ilmu-ilmu yang begitu mendalam,melainkan yang dikehendaki Allah.
"Dialah (Allah) pencipta langit dan bumi."

Thursday, July 7, 2011

Perihal wudhu' & sains.

Assalamualaikum!



Sains adalah salah satu cabang ilmu,iaitu fardhu kifayah.
Kadang-kadang ramai yang mempersoalkan tentang tuntutan agama.

Mengapa begitu? Mengapa begini?

Bagi orang yang yakin, mungkin tidak ada masalah untuk melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah.
Kerana mereka yakin bahawa ada kebaikan di sebaliknya.

Banyak kajian sains yang sebenarnya sudah membenarkan tuntutan-tuntutan agama Islam.
Setiap perbuatan & ibadah yang dilakukan,semuanya mempunyai kebaikan & kelebihan yag tersendiri.

Sebagai contoh,melalui aspek wudhu’ itu sendiri.
Mengapa umat Islam disuruh untuk berwudhu’ sebelum menunaikan ibadah solat?
Mengikut pelbagai kajian yang dilakukan,wudhu’  itu sendiri memberikan pelbagai kesan positif kepada tubuh badan.

Menurut ilmu perubatan Cina sendiri,terdapat pelbagai titik-titik biologi pada tubuh badan yang memberikan kesan yang positif kepada badan,contohnya kepada bahagian penghadaman.

(You know,something like acupuncture…)


Jadi,bagamana wudhu’ dapat memberi kesan yang positif kepada tubuh badan?
Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya supaya menggosok-gosok anggota wudhu’ ketika berwudhu’.

Dengan kesan gosokan tersebut,ianya sekaligus memberikan impak yang positif kepada tubuh badan. (No wonder la rasa segar lepas berwudhu’!)
Selain daripada tu,kita tahu berwudhu’ itu salah satu cara untuk bersuci kan?

Ingat lagi kejadian wabak SARS tahun 2003 dulu?

WHO melaporkan SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) telah dijangkiti oleh 8400 orang di 32 negara di dunia. Dan antara symptom penyakit SARS ini adalah seperti selsema,batuk-batuk,demam,sakit kepala,dan kekejangan pada otot.Akhirnya,mereka mati akibat paru-paru yang rosak.

Macam mana virus ni boleh merebak? Ia tersebar melalui titisan di udara,yang dihasilkan oleh orang yag dijangkiti melalui bersin ataupun batuk. Sebab itu lah dinasihatkan pada masa itu pakai face mask.

Kemudian,bermacam-macam penyakit lagi muncul akibat mutasi virus yang sekarang ni lebih moden!H5NI lah,H1N1 lah…

Kesannya,lebih banyak pencuci tangan dan sabun badan yang laku seperti lifebuoy,dettol,protex dan sebagainya.

Jadi,apa penyelesaiannya?Alhamdulillah,Islam telah memperkenalkan cara yang terbaik untuk kekal sihat,tanpa perlu risau membeli pelbagai jenis sabun berjenama bertaraf dunia yang diiktiraf oleh doctor-doktor sedunia.

Wudhu’.

Itulah jawapannya.

Kesan membasuh tangan 5 kali sehari sudah cukup untuk membasmi kuman di tangan.Sekali wudhu’ bukan sekali kita membasuh tangan,bahkan 3 kali iaitu semasa permulaan,dan 3 kali semasa membasuh tangan sehingga ke siku.

(Pssst!Nurse pun kena basuh tangan macam ni tau.Dari tangan ke siku,sehingga benar-enar bersih.Cuma bezanya,mereka perlu menggunakan sabun.-Sumber: Nursyafiqah,Diploma Nursing)

Kajian di sebuah sekolah di Troy juga menunjukkan bahawa pelajar yang membasuh tangannya 3 kali sehari atau lebih,rekod ketidakhadiran ke sekolah akibat keracunan makanan juga turut berkurang.

Kemudian,hidung pula dimasukkan air sehingga benar-benar mencuci rongga hidung daripada partikel-partikel aau habuk yang tertapis di bulu hidung.Nafas pun menjadi lebih segar.Tiada  lagi sesak nafas dek tahi hidung yang terkumpul.Teehee…

Manakala semasa berkumur-kumur,kita berkumur-kumur sehingga 3 kali. Kajian menunjukkan bahawa selain daripada menggosok gigi dengan kerap, berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh juga (seperti sewaktu berwudhu’) dengan kerap mampu membantu memelihara gigi yang sihat.

Nah,cantik kan Islam?

Cukup pakej.Ini menunjukkan Islam bukan agama primitif. Bukan agama yang kolot.
Memang sains telah membuktikan kebenaran Islam.

Namun begitu,walaupun sains telah membuktikan terdapat banyak kelebihan di sebalik amalan wudhu’,tetapi kita tetap juga berpegang untuk beramal kerana Allah.

Kesimpulannya,jadikanlah bukti-bukti kajian tersebut sebagai pendorong supaya kita lebih yakin terhadap Allah,untuk beribadat kepada Allah,sekaligus meningkatkan keimanan kita,insyaAllah…

Di sebalik setiap suruhan itu, ada kebaikan yang tersembunyi,dengan izin-Nya. ;)
Open your eyes,my brothers and sisters… *peace*

-Tudungceklat-

Gadis tradisional cool lah!

Assalamualaikum!

Phew!Selesai projek aku.Membalut kotak kasut yang di-transform menjadi tempak simpan alat tulis.

Aku membelek-belek semula buku Scientific American Mind yang aku beli tahun lepas semasa program anak angkat 1 Malaysia di Kemasik,Kerteh. Biasa lah,nak hilangkan bosan,kalau beli buku dapat juga baca masa bosan.Tapi tak khatam pah sudoh.

Alhamdulillah,berguna juga buku ni.Yang penting,MURAH SIOT! RM5 je kot! Daripada beli Reader’s Digest yang banyak iklan, 15 hengget pulak tu,baik I beli buku ni yang sarat dengan kajian saintifik yang boleh dipakai buat assignment.Mwa ha hah!


“Dressed for distress.”

Tajuk yang aku terjumpa selepas beberapa minggu aku beli buku ni.Baru nak baca.Pergh!
Okay,yang menarik nya artikel ni,pendek je awang eh.

Antara intipati artikel ni:

Kajian terhadap remaja di London menunjukkan pemilihan pakaian itu sendiri mempengaruhi kesihatan mental.

Para penyelidik di Queen Mary,University of London membuat kajian tentang cara pemakaian oleh pelajar perempuan Bangaladesh,iaitu memakai pakaian tradisional  dan pakaian ala-ala barat.

Selepas 2 tahun,mereka mendapati keputusan daripada ujian mental bahawa pelajar Bangladesh yang kekal memakai pakaian tradisional (yang sopan dan tidak mojolok mata) mempunyai kurang masalah psikologi seperti tekanan.Manakala pelajar Bangladesh yang memakai pakaian Western-style tersebut didapati sebaliknya,iaitu banyak tekanan dan masalah psikologi.

Ketua para penyelik tersebut,Kamaldeep Bhui sangat terkejut kerana mendapati bahawa identiti tradisional yang diserlahkan melalui pakaian itu bersifat melindungi (si pemakai)!
Dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah pakaian tradisional tersebut yang kelihatan sopan mampu untuk melindungi si pemakai tersebut dan juga memberi impak yang positif terhadap kesihatan psikologi,iaitu tiada tekanan yang berlebihan.Selain itu,mereka juga turut mengekalan budaya yang diamalkan oleh masyarakat mereka(nilai-nilai yang baik).

Author of the article: Emily Anthes,2008.

Komen aku pasal tren fesyen ‘Islamik’ hari ni?

Seriously I said,I don’t really like it.
Memang,mereka berjaya menarik orang untuk memakai tudung,tetapi fesyen yang ditonjolkan sama sekali tidak menurut syariat.Terus terang ambe cakap,that is not a traditional way.Ha ha.

Busana muslimah sekarang ada yang ok tu,okay lah.Tapi ada sesetengah tu,ketat sana,ketat sini.
Banyak yang perlu dikomen.

‘Islamic Fashion Week’?Terus terang,hampeh…

Apa-apa pun,walaupun orang kata nampak kampung dengan busana muslimah yang benar-benar muslimah,tapi aku fikir itu tradisional beb…(Terfikir balik kajian yang budak perempuan Bangladesh tu).Kekalkan imej gadis melayu yang ayu itu bebeh!Ha ha.


Jadi,mengapa takut untuk berpakaian secara lebih sopan dan tertutup?
Bukankah lebih selamat bertudung litup,berbaju longgar,berseluar longgar?
Bukankah lebih berkurang masalah psikologi?
Bukankah itu lebih mulia dan selamat?
Mengapa perlu pilih cara hidup barat yang stress?

“Sungguh,ajaran Islam itu sangat indah.”
Aku terpesona..kamu ?
Subhanallah…

-Tudungceklat-


Wednesday, July 6, 2011

To the person who is always loving...


Assalamualaikum!

Ambe ada janji dengan someone.Yang ambe akan tulis wish yang panjang lebar untuk dia.
Yang ni untuk awak ye.

"I know you're drinking tea at this moment." LOL.


"Rawwrr!!". I know you love monsters.Ha ha.Geng Hanif nih.




 
Selamat hari lahir ke-19!
Wah...Dah bosar ekau ya?
Sebenarnya kan awak,saya bangga ada kawan macam awak.
Yang sokmo dengar masalah saya.
Padahal masa tu tak ada orang pun yang sudi nak dengar masalah saya.
Walaupun masa tu saya dah masuk UiTM dah.
Jauh pulak tu dengan Dungun.
Walaupun jarak kita dari segi fizikalnya jauh berkilometer,tapi jarak hati saya dekat kot dengan kamu bersentimeter... He he. *Cucuk-cucuk bahu awak sikit*

Oh ya.Wish untuk birthday ya.
Of course la saya harapkan yang terbaik untuk awak.
Saya nak awak berjaya dunia & akhirat.
Walaupun nursing tu agak susah & awak sokmo debor time nak buat practical,tapi tak apa,saya tahu awak boleh punya sih!
You love experimenting,don't you? XD

And you love reading too.
And you love debating too.Ha ha.

Thank you for everything ya ukhti.
Ukhuwah itu sungguh indah.
And sorry if I ever hurt you.
Thank you for guiding me.

Saya rindu nak hang out dengan awak dekat pondok telepon sebelah dewan,ataupun dekat pondok depan pondok jaga (teringat pokya).
Sambil-sambil makan keropok lekor & ubi keledek goreng + air gas bermacam-macam perisa.
Ha ha.Terima kasih sebab belanja pasal duet saye habeh sudah.

Semoga Allah merahmati kamu.
Semoga urusan kamu dipermudahkan,insyaAllah.
Semoga dikurniakan kekuatan untuk tamatkan diploma nursing ya?

P/s: Tell me when you're going back to Dungun. :)

Tuesday, July 5, 2011

Snap!Photoshoot.

Assalamualaikum!

Camera type : Fujifilm Finepix. 12mp

Duration : Dusk

Mode : Flower



 Baby Panda 1. Comot/poreng.


 Baby Panda 2.Putih? Sabun TOP!

 The Red Ixora.Bunga ixora yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.


White West Indian Jasmine....


 White Ixora coccinea .

Sebenarnya pokok jejarum ni ada banyak nama (Tu yang hampa tengok macam-macam nama ambe pi bubuh.Teehee.)
Macam-macam nama yang diberi, Pokok jejarum,Pokok siantan,Pokok pecah periuk,West Indian Jasmine.Tapi selalunya,orang panggil bunga jejarum.
(Psst!Bunga cina tu yang mana ye?)

Pokok ni tumbuh di kawasan yang beriklim tropika,selalunya di bahagian Asia ni lah.Ataupun di barat,boleh jumpa di kawasan Florida & Amerika yang beriklim tropika sahaja ya sayam...
Agaknya sebab tu ada juga orang panggil nama dia West Indian Jasmine?
Yang penting spesisnya yang sama dong...

Yang penting,ini pokok bisa dibuat bonsai dong.
Boleh nampak dawai besi dekat batang tu?
Haa...Itulah caranya kalau anda nak transform pokok pecah periuk ni jadi bonsai.
Nak buat pagar pun boleh.Tapi kena rajin-rajinkan tangan lah trim & tanam.
*Peace*


This one was copied from wikipedia.Search : cat's potrait.(If I am not mistaken)
Yang mana satu menjadi idaman hati?
Semuanya sekali.
Kerana kamu makhluk Tuhan.
Cantik.
Sempurna~



Study nature,love nature,stay close to nature.It will never fails you.
Bak kata matlutfi 'Sampah tetap sampah!'
Kalau budak-budak umur dari kecik sampai 15 tahun,boleh lagi diikut,ditegur.
Tapi,bila dah meningkat 16 tahun ke atas,kita perlu jadi contoh supaya orang lain pun tak buang sampah merata-rata walaupun cuma sekeping plastik cekelat hacks,cloud 9 mahupun chewing gum bear.Bubuh lah dalam poket sampai jumpa tong sampah,sebab plastik itu takkan reput buat selamanye.Okay?Deal?

-Tudungceklat-


Monday, July 4, 2011

Pancake,bukan lempeng!

Assalamualaikum!



Pancake.Semua orang kenal.
Tapi bagi orang Melayujadi versi lain sudah...LEMPENG.
Lempeng kita tak letak baking powder ye sayam.(Teringat ayat monamin)

Pagi tadi ambe try la satu resipi ni,macam mana nak buat pancake style omputeh.
Sodap lah juga.
Memandangkan tak ada madu ataupun maple syrup,hidang saja lah dengan apa-apa yang ada.
Ambe cuma guna jem blueberry...Ok je kot rasa dia.Heeeh...
Tapi rasanya lah,mungkin lagi seronok nak nyup nyap nyup nyap makan pancake ni dengan sos buah ape ape jelah yang cair,tapi pekat.Alah...ala-ala air gula gitu...
Boleh jekot nak buat.
Macam nak buat jem.Homemade jam. *kecur ayaq lioq!*

Homemade jam:

*Buah-potong dadu
*Gula pasir
*Air sikit
*Kulit kayu manis
*Bunga cengkih(Kasi itu bau wangi lah!)

When it is a homemade jam,you can preserve the real taste of the fruit.Yummy!


Oh,cakap panjang lebaq nih,ni dia resepi pancake tu....

*Tepung gandum-1 cawan
*Baking powder-2 sudu kecik(jangan banyak giler,karang pahit,tak sodap~)
*Soda bikarbonat-1cubit
*Garam-1 cubit (kasi itu rasa saja)
*Gula-2 sudu besar
*Telur-1 biji (dipukul)
*Susu-1 cawan
*Esen vanilla (Kasi itu bau sodap!)
*Minyak zaitun-1 sudu besar

Steps:

  1. Ayak tepung gandum & campurkan baking powder,soda bikarbonat,garam dan gula.Gaulkan sampai rata.
  2. Buat lubang di tengah-tengah.Masukkan telur ,gaul rata dengan tepung tadi.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit.
  4. Gunakan non-stick fring pan.Tak payah letak minyak.Cuma ambil tisu yang disapukan sahaja pada marjerin & sapukan pada permukaan frying pan. (Supaya pancake tak melekat)
  5. Hidangkan dengan butter ataupun maple syrup.Aiskrim ataupun buah-buah pun ok jugak!Strawberry ke,whatever berries !Kalau tak ada,buah naga pun ok kot...Asalkan senang nak makan & lembut. *peace*

Comel lah pulak bentuk bear gini.Sayang nak makan... 


So...it's as easy as ABC.
Now everyone can cook! (Bak kata chef Gusteau dalam cerita Ratattouille.Tee hee..)

I love this movie.Walaupun agak mengarut,tapi masih ada mesej.Everyone can cook.Even it's just a....mouse?
*Teeet*