Tuesday, February 23, 2010

aduhai......si budak kecik nih...

Si faris pegi skola.Entah budak kecik ni sorang tetibe bagi salam..."Assalamualaikum..!"
alahaii...comelnyeee!
tak percaye faris adop,nk masok rumah plak dah..
Aku pon ajak la diorang main dam ular..heheh
Alang-alang,dapat jugak aku mengajar Awin matematik.Main 2 dadu,so,kene la tambahkan nilainye....
Adiknye plak sibuk dok kelebek smue bende dalam bilik aku.har3.Maen lampu la,sharpener la,calculator la.Adoih.KIDS....
 
hah.sengeh2~~~har3
 

aaa....kelebek cat...kene marah ngn faris siap leee kamu...ahaha
Penat giler nak suroh diorang main dekat luar rumah.Bukan pe,budak-budak,macam-macam le nak mintaknye.."Nak tu!!Nak ni!!Tak nak keluar!!nAK jugak!!!"
Hadoih.....mau migrain aku gining.ngeheh.At last,dengan kebijaksanaan faris(acewah),berjaye jugop pujuk budak-budak ni maen kat luar..kurang la riuh rumah akuh.ngeheh.tapi diorang ni la yang bez,yang menyenangkan hati & yang mencuit hati.(cehwah).But,they're special for me!ngeee

 
Novel yang kawan aku kasi pinjam.punye la banyak..Nywaynovel travelog seorang da'i memang best,sedih,kelakar,semua ade.Berdasarkan kisah benar..Sangat berguna,penuh dengan kata-kata nasiaht & iktibar yang boleh diambil...hehe.Teransing pon klaka gak.Hadeh..tapi yang penting pengisiannye... Dua lagi aku tak bace lagi.Heheh.Yang peliknye si pikah boleh habis semua in 2 days jep!?hoho.memang la dahsyat..
Aku?2 hari 1 novel kot..

time to eeaaatttt!!!!!!makan.........!

Time nak makan,kucen-kucen aku punye la semangat!hiyarggh!!
Paling aku suke dengar si cumi mengiow...alahai...comelnye.mendamaikan jiwe...
si panjang x banyak bunyi sangat.Setia menunggu makanan jep.
Si smokey,stabak,& panda...ni yg paling byak buerbunyi kot.
 
Waiting for....dinner.yup.nasi ngn ikan tak masak lagi ooii....!tunggu kejap neh..hehe
Dalam nak masok tu,macam-macam la pesen kucing-kucing nih...


 
Panda(yang putih) & smokey(yang menyampuk kat tepi.heheh).lapor...kesian depe

 
Si panjang....

 
si smokey~yang hyperactive sesangat nih...takot tgk gmbar die.hoh

 
si cumi yang dok menggaru-garu telinga..alang-alang menunggu makanan,bersihkan diri dulu~


 
Si panjang tengah gomol anak die,smokey.heh,nakal si smokey nih,suke kacau mak die...hyperactive laa katekan..

 
 hesh..bile nSIK Nk masak nih....

 
Apsal smue pose kpale senget?haha.anyway,i love my cats..comel,kelakar,and...menyenangkan aku di kala tension...yea3

 
At last!makan jugak kamu semua yep!har3..alhamdulillah.....
si panjang lebih suke tgok yang laen makan dulu.bagus betul!
Si panda plak gemuk pasal pregnant!aha,bakal dapt member baru la dlm family ktorang...ngeh3.

Pesanan penaja(hehe):SAYANGI KUCEN ANDA.ngeh3

Tuesday, February 16, 2010

Think before act....


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t,semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah selalu,insyaAllah.
Aha,this one…sekadar peringatan untuk anda semua,muslimin & muslimat,dan saya juga la,semestinye.Semoga memberi manfaat kepada semua,jika ada kesalahan,mohon dibetulkan ya..
Talking-talking tentang remaja yang ade problem ni kan,maksud ana macam masalah dari segi akhlak dan sebagainya…apa puncanya?Sebab kebanyakan orang Cuma pandai menuduh,tapi tak selidik apa masalah diorang.I admit,budak yang bermasalah ni pon salah dia jugak,tapi yang lebih arif,kena la pandai-pandai nak nasihatkan si kawan tu yee…Biarlah secara berhikmah,agar mudah diterima,dengan hati yang terbuka.. ;)
Saya sekadar ingin berkongsi pendapat…hum.
Gining(macam ni..in Terengganu slang.heh).Ade la one day,err…banyak ‘day’ la.Kalau anda ade bukak laman web sosial ke,(such as friendster,tagged,facebook,twitter…bla3…*dah banyak sangat lening!),mesti boleh upload gambar2 kan?Da main prob is…ramai orang yang salah gunakan kemudahan ni..Yang ana sedih sangat-sangat yang teramat bangat bila tengok gambar gurl-gurl yang seksi meksi.Err…I wanna ask something.Why is that so?For what?ohoh.i know,most of them are beautiful,cute,bla3…yang sama waktu dengannye.Tapi kan lagi cantek kalau diorang berpakaian lebih sopan,pakai tudung dengan sempurna…Lagi cantek!Bukankah Allah dah kurniakan kecantikan tu untuk anda menjaganya,dan hanya dibolehkan untuk sesetengah orang jep(husband,parents,siblings,err..muhrim anda la ya).Dan ana nak cakap jugop hok ni!har3…
Tudung memang dapat menyerlahkan kecantikan seseorang.Yea,I admit that.Tapi,niat anda biarlah betul,bertudung kerana apa?Kerana Allah..Berpakaian kerana apa?kerana Allah.Semua perkara yang kita buat,kerana Allah.hum…Seperti setiap kali dalam solat,kita berdoa dalam doa iftitah;
“Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil’alamin..”
Maksudnya: “Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku ku serahkan hanya kepada  Tuhan sekalian alam(Allah)”


Jadi,setiap perkara yang kita lakukan,hendaklah kerana Allah s.w.t.Jika kita melakukan sesuatu kerana Allah,semestinya kita lakukan sesuatu untuk mendapat keredhaanNya kan?Untuk mendapat keredhaan Allah,kita mesti la patuh dengan segala suruhan Allah & menghindari segala larangannya.So,hanya dengan berpegang kepada ayat di atas,insyaallah sebelum bertindak,anda akan berfikir dahulu,samaada perkara yang anda nak buat tu betul ke tak,salah ke?Adakah berdosa kalau aku buat macam ni,macam tu?Adakah Allah akan meredhai perbuatan aku?Setiap manusia dikurniakan akal,jadi gunalah sebaik-baiknya.Dan..yang penting,ikhlas.
“Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan, gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan." 
-Kata2 hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah..




Dan..tak lupa juga,sebelum memulakan sesuatu,mulakan dengan ‘bismillah’ dan akhiri dengan ‘alhamdulillah’…
*teringat pulak lagu bismillah ni!budak-budak nyanyi…sedap,tapi penuh dengan kata-kata nasihat & makna…hoho.
“I am a muslim the things I say,in everything I do everyday..
Uuuu…bismillah.uuuu…Alhamdulillah”-petikan lirik lagu bismillah ;)

Wassalam..

Monday, February 15, 2010

wanna share some of da birthday cards!


Found them in flickr.Semua comel-comel belake..
 this one kalo kasi kat abah,msti sweet giler!hee
 i guess yg ni sesuai nk kasi kat adek aku si faris tu hah...kreatif,macam die jugak.heh

"need i say more?happy birthday!".cam sweet je.waa.so...so...simple!


yang ni macam aktiviti buat kad bithday beramai-ramai je nih.hoho.nice....untuk jiwa muda...woo

 just a cake!tu ja,tp still nice...pasal die pandai pilih warne...heheh.ak nok beli mane ketah wane gining kat dungun ning???woo.argh,ikot stail ak jela!wakaka

"you couldn't reas and i could say,all the nice things that i wish today,but i hope and pray yhay you will always be healthy and happy,now you are THREE".rupe-rupenye kad ni untuk budak umor 3 taon.memang kesukaan le budak tu.2 hari hancur kad.har3


both are so cute!yg kuning tu,for gurls,mmg masok la...i like it.kalo la ade org kasi...hesyh!ak simpan btol2,nk frame rase.haha.the green one;um.sweet sangat dengan renda2 die yee..


 oho.for my sweet sistah.acece.gonna make her one,juz like this...insyaAllah.sweet tuu,juz like the receiver.ngeh3



umm...simple.tapi ak x brape nak bekenan dengan colour dier...ngeheheh.nmpak boring jep.isn't it?


ahha!i guess yang ni takat print dari computer jep...adeh.tak kisah la,asalkan lawo..


 daisy....nmpak more macthed ,dengan warnenye klabu.heh



Ape-ape pon....nak buat kad,wat research dulu.ahaha...tak kesah la,asalkan ikhlas,lawa tak lawa pon orang tak brape kisah.asalkan ade someone nak ingat kat birthday diorang dengan kasi birthday kad..acece.(aku sadis,takde org nak kasi birthday card,tp i x kesah la.asalkan aku kasi kat orang.har3)

Sunday, February 14, 2010

Khusyuk dalam solat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Kat sini aku nak share tips-tips untuk khusyuk solat,yang mane-mane aku jumpa and copy and paste!heheh,tu ja laa keje aku.Isu susah nak khusyuk solat ni dah terlalu kerap didengari.Aha,kekadang pon,aku jugak ade prob camni(nauzubillah).Moga-moga,sedikit sebanyak dapat membantu ya...

1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.

2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.

Meskipun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya.

Seperti firman Allah S.W.T yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :
“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”


Asas kepada khusyuk ialah kebersihan hati. Justeru, untuk khusyuk penekanan perlu diberikan kepada ibadah hati tanpa mengabaikan rukun-rukun yang berkaitan dengan anggota badan. Unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.. Keenam-enam itu, mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, ialah, “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.
Untuk membantu kekhusyukan hati, beberapa pengaruh luaran perlu dikawal dan dijaga. Antaranya, jika seseorang berasa lapar hendaklah beliau menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.” Demikian jugalah kiasannya dengan membuang air besar dan kecil dan yang seumpamanya.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Ubatnya ialah memisahkan dan menjauhkan diri dari kesemua pengaruh itu. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian dan tidak melaksanakan solat di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik (serta gambar-gambar). Ketika hendak bertakbiratul ihram hendaklah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh mengganggu jiwanya, dan dimasukkan ke dalam hati itu ingatan kepada akhirat dan dibayangkan kepadanya keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah pada suatu hari nanti… Walau bagaimanapun hawa nafsu memang susah hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat. Justeru mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu. ”
Benarlah Imam Al-Hasan ketika beliau berkata, “Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.

Semoga lepas ni,same-same lah kita dapat tingkatkan rasa khusyuk & penuh rasa kehambaan terhadap Allah s.w.t.And...dapat meningkatkan keimanan & mengamalkan amar makruf nahi munkar,insyaAllah..



Akhir kata,terimalah pesanan yang dipetik dripada ucapan Imam Al-Banna;




"Ukhuwwah ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Tidak ada kekuatan dalam Dakwah ini tanpa kesatuan dan tidak ada yang dinamakan kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima ialah berlapang dada (sesama kamu). Kasih sayang yang paling tinggi ialah Al-Ithar (mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri" (Imam Al-Banna)

Thursday, February 11, 2010

take a look around................

hoh...hari ni geng2 aku mai rumah!!Waa...dapat jugak lepas rindu kat member-member tersayaang.Acewah.
Pukul 3 lebih jer......."Assalamualaikum...!dyana..."
hoh,aku yg dalam bilik pon kelam kabot la..bilik slerak la weh..heh.
Then...we had some tea!Mujur la petang tu mama buat kuih lompang..rasa pandan la.sodap bangat!panas2 lagi tuh.hoh.dapat laa korang merase ye~for akmal:puding roti mama sudah habis.keh3.lewat ekpong!
ni la kueh lompang bg hop dok tau lg...(kdg2 tau makan je..name tak tau pon.heh) 
Grin Pictures, Images and Photos

Lepas solat asar,ingatkan nak pegi pantai,takut tak sempat plak..so straight la pegi pasar minggu..panjang giler-giler!memang sesuai la nak exercise pon!sepanjang jalan tu...penuh la dengan baju-baju(haha.sesuai sangat untuk orang yang nak shopping.Baju muslimah,jubah,tudung labuh pun ada banyak sangat jual kat sini.boleh tawar menawar!Lawa-lawa blake la..special,ONLY IN DUNGUN.har3)
And.....Aku sempat jugak beli flatshoe ni sepasang!Comel la...RM10 je.baek makcik tuh.heh
ahah.ni die..it is cream in colour
hah,buat muslimat,jgn lupe pakai sarung kaki/stokin yeee.....
ingat le,kaki hampa tu aurat..Nih aku nak share sumtin nih.Hum,mostly gurl-gurl yg bukan skolah agama ke,skolah arab ke~~(skolah harian biasa la senang citer op?x pon skolah teknik ke...yg xde aliran agama la),diorang tak tau pon yg kaki ni aurat.(sesetengah la).
Tapi,ade jugak yang spesis tau,tapi tak terlaksana jugak....isk3.Bila ditanye,kata ape?
"err,tak dapat hidayah lagi la,tak ready lagi la...etc,etc"
macam-macam alasan.Tapi kan,baagi aku la,bende-benda baik camni kenape nk tangguh-tangguhkan ya?BAKPE?Aku pon ambik masa jugak la,about 2 weeks after ditegur Syafiqah(sayang btol member aku nih sorang!Grin Pictures, Images and Photos )

Hum...di sebalik citer guane aku BARU tau yang kaki ni aurat..
Gining!One day,aku baru habis solat.Termenung la kejap..tengok dekat kain sembahyang yang aku pakai tu.
Huh,semua tutup,kecuali muka.Then,aku ingat balik ape yg aku blajar..
Seluruh tubuh perempuan tu aurat,kecuali muka & kedua tapak tangan...
Aik!kenape kaki diorang tak tutup pon?(from my observation la..mostly tak tutup pon kaki...)
Then,aku pon pikir-pikir lagi..heh.
  1. Syarat sah solat,kene tutup aurat kan??then,kalo nmpak kaki tak sah solat..
  2. Next evidence,yang aku blajar,semua tubuh badan wanita tu aurat,kecuali muka & tapak tangan.
Then..i think...and think........and think again...
 
Then,i've found the answer.. Selama ni aku keluar rumah tak tutup aurat dengan sempurna..isk3~
Plus,aku tanye ustazah,die cakap memang kaki ni aurat.DAA!Form4 baru aku tau.Tu pon mujur la aku jumpe syafiqah.Alhamdulillah!
Then,aku nak start pon,pakai sarung kaki dengan kasut dulu la.. Baru tak obvious sangat..hehe
Then,slowly,everything had started to change..
Lepas join kem ukhuwah,slowly,aku dah start nk beli tudung labuh daa...
Waa.leran 60.hum.yg kecik sket pon ade.tp agak labuh la.(Kinda neva expected this..but,Alhamdulillah... Grin Pictures, Images and Photos
And..sebab ramai yang tutup aurat tapi tak sempurna ni(i mean tak tutup kakinya la),sebab dah ter-biasa dengan environment ni tau.Since kecik lagi.Plus,tak didedahkan..Kalau dah tau pon,ade yang ambil ringan.That's it..
And..aku betul-betul bersyukur sangat-sangat la dapat pindah dekat dungun nih,jumpe kawan-kawan yang baik-baik blake!!!!wuu.Such an honour...haha
Orang dungun memang baek-baek la..(Alhamdulillah,yang aku jmpe stakat ni. Ade gop yg 'kureng',tpi,mostly,Alhamdulillah,baek bangat!!)
LOVE MY HOME NOW...    ;)

Dan...jangan lupa,setiap perkara yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah Taala.Niat merupakan permulaan bagi segala amalan.
Seperti hadis yang disebut:
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Bin Al-Khattab r.a.,aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amalan hanya diambil kira jika disertai dengan niat.Apa yang dimaksudkan dengan amalan ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf* samaada fardhu atau sunat;sedikit atau banyak.
Hijrah pula ialah meninggalkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.Maksudnya dalam syarak ialah meninggalkan larangan Allah s.w.t.

Wallahu'alam...

*mukallaf-orang yang ditaklifkan dengan bebanan tanggungjawab. Dalam ertikata yang lain, jikalau dia melakukan sesuatu kesalahan di sisi ALLAH SWT, maka dia berdosa kepada ALLAH TA`ALA. Orang yang mukallaf juga adalah orang yang berakal dan baligh. Jadi, kanak-kanak dan orang-orang gila tidak ditaklifkan dengan bebanan tanggungjawab.


Wednesday, February 10, 2010

Faris,asyraf & mukris,sibok dok maen dam ular.haha.ntah smpai bile au nk habis.last2 yg menang mukris tu hah....aku??second wooo.terer la si mukris tuh.xpe2~
Actuallt nak tayang kertas tu jep,bunge-bungaan .har3.separoh siap.tapi agak lawa & cute jgk kot.hehe(for gurls la,boys x minat bende2 gining)
 
Guess,bunga ape yg belakang aku tuh?Yang ak nak gitau nye,bunga tu kembang memalam buta jep.& pepagi buta gop.Suka membuta ke?aha.ntah la.Well,that makes the flower special.Ni pic time pkol brpe nth,11mlm gak rase-rasanye....hoho

 
hoh,lawo ketas kt almari aku nuh.mau nk tergulung-gulung doh..isk3.kene seletape nih.hoh.
ni note sejarah.sir lim dau kiat x kutip pon.snap la,pe lg.mwahaha~~
my point is.......tentukan hala tuju hidup anda yaa...
 
chemistry note by arina.muchos gracias amigos!ni spot percubaan spm nih.hoho.


Tuesday, February 9, 2010

peringatan untuk kaum hawa

Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya
untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar
dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan
kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain
bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi
tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:
1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya
Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda
kirim.
tq