Peace be upon you~
Lalala~ *Listening to Melly Goeslaw song-Haramkah*
Teringat cerita ayat-ayat Cinta yang sweet. Watak utama, Anna Althafunnisa, memang menonjolkan ciri-ciri wanita solehah (dalam cerita ni). And...I adore this movie :D
*Anna Althafunnisa.Best-nye kalau dapat jadi wanita solehah!*
Jom tengok sinopsis cerita ni:
Cinta merupakan motif utama. Islam merupakan landasan yang dipegang dalam membina hubungan cinta dan kehidupan harian. Watak utama Khairul Azzam (Azzam) dan Anna Althafunnisa (Anna) memberikan kesan dalam jalan cerita filem ini. Permulaan cerita lebih menjurus kepada masalah hubungan dan kehidupan teman rapat Azzam. Percintaan teman-temannya juga banyak diceritakan dan Azzam bertindak sebagai penasihat bagi mereka juga. Disebabkan terlalu memikirkan akan orang lain dirinya sendiri diabaikan. Mempunyai perasaan kepada penuntut perempuan yang bernama Anna walaupun tidak pernah berjumpa ataupun melihat rupanya, tetapi bila telah ditakdirkan bertemu walaupun dari jauh rupanya wanita itu pernah dijumpainya ketika adegan menyelamatkan harta Anna dan temannya yang tertinggal di dalam bas.
*Azzam, the main male character(Yang pasti bukan Soleh Bin Ali)*
Azzam telah menghabiskan masa selama 9 tahun di Cairo, akhirnya dia lulus juga. Sepanjang kehidupannya di perantauan dia mencari rezeki dengan membuat tempe dan menyediakan masakan asli Indonesia di majlis-majlis keramaian yang mana tenaganya diperlukan. Begitu rapat dengan pelakon sinetron bernama Eliana, sehingga segala majlis keramaian yang dijalankan olehnya mesti menggunakan khidmat Azzam untuk penyediaan makanan. Dalam diam Eliana ada menyimpan perasaan kepada Azzam dan banyak kali juga mereka berseloroh berkaitan perasaan suka terhadap masing-masing. Bagi Azzam dia tidak minat dengan perempuan seperti Eliana kerana dia mahukan muslimah seperti Anna.
Anna telah dipinang oleh Furqan iaitu teman dan kenalan kepada Azzam. Furqan merupakan seorang anak orang kaya dan sering menunjukkan kekayaannya dengan hidup mewah tinggal di pangsapuri dan hotel mewah walaupun ketika masih belajar. Walaupun suka menunjuk dari segi kebendaan tapi dia tidak sombong dan angkuh malah disenangi teman dan kawan. Sehingga satu peristiwa dia diperas ugut oleh seorang wanita arab yang terlibat dalam kumpulan pemerasan. Furqan telah dirogol oleh wanita tersebut, dan gambar bogel mereka telah dirakamkan oleh wanita tersebut. Disebabkan Furqan tidak sedar ketika perkara itu dilakukan maka keesokan paginya dia mendapat email yang menyatakan perkara buruk itu telah berlaku. Tidak cukup dengan itu, Furqan disahkan menghidap HIV AIDS selepas peristiwa hitam itu. Wanita arab tersebut telah berjaya ditangkap. Furqan dinasihatkan meninggalkan tanah arab bagi menjaga nama baik dirinya dan keluarga. Namun begitu, rahsia yang dipendamnya itu hanya diketahui oleh dirinya sahaja sehingga menjadi beban yang amat berat.
Walaupun Furqan menghidap HIV namun dia tetap meneruskan niatnya untuk memperisterikan Anna. Sungguh tidak disangka peristiwa selepas mereka berkahwin akan lebih menarik berdasarkan paparan awal sambungannya dalam Ketika Cinta Bertasbih 2.
Azzam juga akan menghadapai dilema yang amat menarik di dalam sambungan tersebut.
Dilemanya ialah:-
- tidak mempunyai pekerjaan selepas balik ke Indonesia.
- dilema cinta antara dia dan wanita yang mencintai dan menyayanginya.
Copied from HERE
Sambungan daripada cerita ketika cinta bertasbih ni, PART 2. Last sekali si Anna dengan Azzam pun kahwin, walaupun ada banyak gila rintangan (Cehwah!). Tapi, teknik penceritaan dia agak menarik..(Actually, Sangat Menarik!).
*Ambe tengok movie jah,novel tak pernah baca lagi. Tapi mesti lagi detail kalau baca novel kan? ^_^
Untuk tengok movie dekat youtube, klik SINI
*Yang ni Ketika cinta bertasbih 1, ada sambungan yang ke-2 punya ya...
He HE he... I just love the movie! Happy wacthing guys! :D
No comments:
Post a Comment