Monday, July 4, 2011

Pancake,bukan lempeng!

Assalamualaikum!



Pancake.Semua orang kenal.
Tapi bagi orang Melayujadi versi lain sudah...LEMPENG.
Lempeng kita tak letak baking powder ye sayam.(Teringat ayat monamin)

Pagi tadi ambe try la satu resipi ni,macam mana nak buat pancake style omputeh.
Sodap lah juga.
Memandangkan tak ada madu ataupun maple syrup,hidang saja lah dengan apa-apa yang ada.
Ambe cuma guna jem blueberry...Ok je kot rasa dia.Heeeh...
Tapi rasanya lah,mungkin lagi seronok nak nyup nyap nyup nyap makan pancake ni dengan sos buah ape ape jelah yang cair,tapi pekat.Alah...ala-ala air gula gitu...
Boleh jekot nak buat.
Macam nak buat jem.Homemade jam. *kecur ayaq lioq!*

Homemade jam:

*Buah-potong dadu
*Gula pasir
*Air sikit
*Kulit kayu manis
*Bunga cengkih(Kasi itu bau wangi lah!)

When it is a homemade jam,you can preserve the real taste of the fruit.Yummy!


Oh,cakap panjang lebaq nih,ni dia resepi pancake tu....

*Tepung gandum-1 cawan
*Baking powder-2 sudu kecik(jangan banyak giler,karang pahit,tak sodap~)
*Soda bikarbonat-1cubit
*Garam-1 cubit (kasi itu rasa saja)
*Gula-2 sudu besar
*Telur-1 biji (dipukul)
*Susu-1 cawan
*Esen vanilla (Kasi itu bau sodap!)
*Minyak zaitun-1 sudu besar

Steps:

  1. Ayak tepung gandum & campurkan baking powder,soda bikarbonat,garam dan gula.Gaulkan sampai rata.
  2. Buat lubang di tengah-tengah.Masukkan telur ,gaul rata dengan tepung tadi.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit.
  4. Gunakan non-stick fring pan.Tak payah letak minyak.Cuma ambil tisu yang disapukan sahaja pada marjerin & sapukan pada permukaan frying pan. (Supaya pancake tak melekat)
  5. Hidangkan dengan butter ataupun maple syrup.Aiskrim ataupun buah-buah pun ok jugak!Strawberry ke,whatever berries !Kalau tak ada,buah naga pun ok kot...Asalkan senang nak makan & lembut. *peace*

Comel lah pulak bentuk bear gini.Sayang nak makan... 


So...it's as easy as ABC.
Now everyone can cook! (Bak kata chef Gusteau dalam cerita Ratattouille.Tee hee..)

I love this movie.Walaupun agak mengarut,tapi masih ada mesej.Everyone can cook.Even it's just a....mouse?
*Teeet*


Sunday, July 3, 2011

Kamera mana yang terbaik?

Assalamualaikum!

Woah!Saya bukan addicted untuk edit foto,tapi saya agak suka ambil gambar.
Walaupun kamera ambe cuma lah kamera digital Fujifilm Finepix hok paling murah sahaja,tapi saya suka gambarnya.Yang penting,gambar yang diambil dong...!

Nice..Ni kalo nak try,tukar mode bulb dekat DSLR tersayang.Style ni pun baru saja dekat Malaysia.Dan ada satu group dari indonesia,nama dia BULB,sebab mode bulb.Uhu.Bergabung dengan group Malaysia yang namanya aku tak ingat pah sudoh.
Tulah,bubuh nama Jepun yang panjang lagi complicated tu,kan aku tak kenal.Yang ambe ingat nama depan dia start huruf 'H'.


Okay,ni macam carta mingguan je nih.He he.
Kamera apa yang terbaik?
Sebenarnya ambe tak ada lah terer sangat bab kamera ni,tapi rasanya yang paling famous buat masa ni,GILA kamera DSLR.

Sampaikan kalau remaja-remaja sekarang ni keluar,DSLR mesti tersangkut dekat leher,mana lah tau kot-kot ada shot yang best nak snap kan.Dekat Chow Kit ke,pasar malam ke,taman ke,pantai ke,semua asyik dok mencuba-cuba bakat dengan kamera DSLR tersayang.Kalau pergi dekat Taman Gelora,lagilah...View cantik sangat kalau nak buat photoshot!

Perrgghh...!I wish I could.Chantek!

Daripada apa yang aku baca, ada dalam 5 jenis kamera DSLR ni.


  1. Cropped sensor
  2. Full-frame sensor
  3. 4/3rds
  4. Micro 4/3
  5. Video/still cameras (Yang kalau tak silap yang orang guna buat ambik video untuk wedding tu.Chantek...)
Fungsi & perbezaan? Tanya encik Google. XD

Tapi,percaya atau tak,ada kamera yang lebih baik & tahan lama daripada DSLR?
Nak tempah ke?
Memang tak ada yang jual kot.
Kalau ada pun mahal gile gile!

That is....

THE EYES.



Secara mata kasar,memang tak nampak apa-apa.
Bagi yang belajar sains,kita tahu dalam mata tu ada apa kan?
Ada lens,iris,cornea,optic disc.



Dan kalau dikaji pun,memang pada awalnya penciptaan kamera ni berdasarkan kajian terhadap kanta optik.Ah,ni masuk fizik lah pulak. (Semua data pasal fizik dalam kepala time form5 dulu dah lesap.)

Jadi,apa kena mengena nya kamera & mata?

Pertama,macam ambe cakap tadi lah.Lensa mata.Lensa kamera.Konsem yang sama.
Bezanya,mata tak perlukan bateri.Iris pada bahagian mata pula berwarna warni.Ada coklat,biru,hijau,hazel,hitam pekat.Bergantung kepada genetik,& kuantiti eumelanin yang dihasilkan dekat iris.Si melanocyte ni fungsi dia menghasilkan melanin yang mana akan menentukan warna kulit,rambut,ataupun iris mata.Hum!Kompleks kan?


Ini baru manusia bah...Belum masuk bab binatang lagi bah.
Ada night vision,infrared vision,thermal vision, yang selalunya untuk haiwan yang berjaga tengah malam untuk cari makanan.Atau orang kata nocturnal. Bukan vampire ataupun dracula,tapi contohnya macam katak,burung hantu,dan sebagainya.


"I've got a pair of sharp eyes.",says Mr.Golden Eagle.





Manakala si pak helang pula matanya di-design supaya boleh fokus.Wah...macam kamera lah!
Mata si burung hantu pula,bentuknya unik.Besar gitu.Muka dia leper.Kenapa leper?Tak bulat ke,macam mata natang lain?
Sebabnya membantu dia nak tengok waktu malam.Range untuk dia melihat tu lebih luas & jelas.
Walaupun pada mata kita memang gelap gelita,tapi memandangkan bentuk mata dia yang unik tu membantu dia terbang waktu malam mencari mangsa tanpa melanggar mana-mana batang pokok.Teehee..

Aku terfikir,kenapa mata natang tu cenggitu,cenggini?Ada yang masa terang lens dia jadi bentuk nipis,bila malam bulat gete.
Bila siang mata nampak macam biasa saja,bila malam disuluh lampu....Wow!Bercahaya kot mata yiu!
Semua nya ada sebab-sebab penciptaannya.

Jadi,untuk info lebih lagi pasal burung hantu punya mata,klik sini.
Untuk info tentang mata,samaada manusia atau haiwan pula,klik sini.
Cuma bahasa mat saleh saja lah.
Mu nok mu klik.Tee hee...

Segala puji,yang mencipta kamera tercanggih,tercantik,ter-unik,paling sempurna.
Iaitu tak lain tak bukan,Allah. :)

 "Asalkan kamu mahu berfikir,segalanya mungkin nampak hebat!" 




-Tudungceklat-


Jika aku bertudung.

Ada orang nampak cantik pakai tudung jenis shawl.
Ada orang nampak cantik pakai tudung jenis waheeda ataupun wardina.
Ada orang nampak cantik pakai tudung gaya ala-ala Hana Tajima.
Ada orang nampak cantik pakai tudung bulat yang labuh.
Ada orang nampak cantik pakai tudung ala mak datin.
Ada orang nampak cantik pakai tudung kain jersi bersama housing nya.
Ada orang nampak cantik pakai tudung bawal nya.



Secantik mana pun pemakainya,cantik lagi jika cukup syaratnya.
Secantik mana pun shawl yang dipakai,cantik lagi jika tak nampak leher.
Secantik mana pun tudung waheeda atau wardina,cantik lagi jika labuhnya menutup dada.
Secantik mana pun tudung gaya ala-ala Hana Tajima,cantik lagi jika labuhnya menutup dada.
Secantik mana pun memakai tudung ala-ala mak datin,cantik lagi jika tertutup jambul.
Secantik mana pun memakai tudung berkain jersi bersama housingnya,cantik lagi jika tak tercekik dek terbentuk lehernya,atau berbonggol macam unta dah aku nengoknya.
Secantik mana pun memakai tudung bawal,cantik lagi jika tidak jarang sampai ternampak batang leher tu hah.
Secantik mana tudung labuh yang bulat...Cantik lagi kalau cantik akhlaknya.

Uhum.

Cantik kan pakai tudung?
Aku teringin jugak nak pakai tudung bulat labuh.
Macam Anna Althafunnisa'?
Macam penolong class rep group Budu belacan ke?
Sweet.Cute.Ayu.
Tapi bukan tu motif utama eden.
Yang penting selesa.Serius,tudung yang aku pakai sekarang pun rasa macam tak selesa. 
Entah kenapa.
Entahkan bila?
Percayalah kaum hawa,jangan malu-malu,jangan segan-segan,lebih sejuk mata memandang,lebih terpelihara pergerakan,pandangan,dan sebagainya.
 
Niqab/purdah?

Yang penting niatku...

*Psst!!Sesape yang nak kasi tips nak start,sila-sila.Saya alu-alukan sangat!


Sekarang aku faham,

"faris handsome!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Ni lah ungkapan orang yang tidak berfalsafah.ha ha ha.
*Er,Faris,I'm kidding.Sapa suruh hang conteng ? :p

Aku suka ayat berfalsafah.Ayat  orang bijak pandai berkata-kata,berbeza sekali dengan ayat yang biasa-biasa sahaja.

Contohnya,aku paling respect A.Samad Said.
Ya,setiap catatan hidupnya dituliskan dengan penuh puitis.
Ayuh!Ekspresikan melalui berkarya~

Sampaikan petang tadi aku bersembang dengan mama pun terkeluar perkataan bahasa baku.
"Bahawa".
Oho.Aku macam tak percaya.
Mungkin begitu rasanya menjadi sasterawan seperti A.Samad Said ataupun Usman Awang.
Patutlah masa interview A.Samad Said dalam program Nasi Lemak Kopi O dekat TV9 dia cakap berbahasa baku.
Sekarang aku faham.

Thursday, June 23, 2011

Hello world!

Assalamualaikum~!

"Hello world!"-ayat familiar je dekat youtube..(?)
Okay,you figure it out on your own. XD

Sepanjang hayat aku,hari-hari aku,aku selalu fikir.Sokmo fikir.
"What should I do today?"
"What will I do in my life?When I'm working?"

So,everything is not clear enough actually.
But,alhamdulillah,since I joined the usrah group in UiTM kuantan,and also certain Islamic camps that I've joined before,I think it helps me a lot in changing my mindset.
Er,I mean,re-set my mindset (?)
Eheh.

And...I do hope that I will manage to get an offer to study in UIA. InshaAllah........
Well,it's not only due to the Islamic environment actually.
I've got several reasons on why I 'oblige' myself to select UIA as my 1st choice.
By the way,I've never felt regreted or dissappointed with what has happened.
Although I haven't managed to get a band 4 in MUET for my first attempt,I still managed to make a difference.
Yeah.
If not,surely I will put UiTM as my 1st choice in my UPU form.

Panjang di usia senja,& di-snap di waktu senja.Oh,you're very good in posing. :)
 
Again,alhamdulillah,Allah makes everything becomes easier for me.
I don't know how to explain it by words,but,you know,sometimes you can just,FEEL IT.
There's no need to think so much.
But I think I have to be very grateful as I am in the right track.

Ya,Allah lah sebaik-baik pengatur.
Tak usah sedih kalau tak dapat apa yang kita nak,sebab yang Allah beri mungkin lebih baik daripada tu,insyaAllah.
Berserah pada Allah,salah satu cara yang orang kata nak jadi optimistik (bahasa mudahnye,berfikiran positif la...)

Bila dah optimis,muka pun sokmo tersenyum walaupun ada masalah...
Jiwa pun terkawal...
Rasa pedih & parah di hati,walaupun bernanah,berulat mahupun berkulat tetap kuat bertahan sambil hati dirawat...
Sampai bila dapat terus bertahan? Sampai mati?
Mungkin...
Sebab orang yang baik mesti akan lupakan keburukan orang lain,kebaikan yang dilakukan,& fikirkan keburukan yang dah dilakukan,supaya dapat improve diri sendiri.(kot)

THAT IS HOW YOU CAN BE OPTIMISTIC.





Don't ever give up,eventhough there's a lot of obstacles.Ignore what negative perceptions that people might be saying for your actions!


Maafkan orang lain,minta maaf kepada orang lain,perbaiki diri,tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.
Adiossssssss!

p/s:

-maaf dipinta jika ada yang terluka.tak kot? ke ye? entah le.
-I do miss my friends out there.Whether from SKTR,Sri Dungun,or UiTM kuantan (& MY USRAH GROUP!).
Sorry if i don't keep in touch,but I still miss you guys. :)
Honestly,from deep of my heart...

Friday, June 10, 2011

Kapur barus,Daun bidara ~

"Pergi cari daun bidara nuh.Tak payah bekas lah,ambil plastik aje."
"Dekat mana pokok bidara ma?"
"Awak pegi tengok dekat surau tu hah...Tak pun tanya makcik Nomi aje"
"Oh.Faris!Ko tahu tak pokok bidara yang mane satu?"

Faris keluar rumah.
"Ala..yang dekat surau tuh"

Mama suruh aku pergi cari daun bidara dengan Faris.

Tiba di surau...

"Hah Faris,mana satu pokok bidara?"
"Emmmm...Entahlah..Aku pun tak sure."
"Macam mana engko boleh tak sure??Tadi bukan main confident engkau cakap kau tahu?!Haishh...Mane se nih?"
"Entah,haritu aku tengok pokok tu ada dekat situ...".Faris menghalakan telunjuk dia dekat tepi surau.
"Dahtu,mana dia?"
"Tak tahu lah Ngah...."

Kenapa kitorang sibuk-sibuk nak cari daun bidara ni?

"Innalillahi wainnailaihi rojiun...~"

Ya,pak long aku baru meninggal petang tadi.3++.
Sebaknya datang bila aku nak baca intro Al-Fatihah aje.
Mak long sebak,Hanafi sebak.
Kain diikat di kepala pak long.
Kedua belah kaki diikat.
Kain batik dihamparkan.
Masa tu Allahyarham pak long sedang nazak.Ya,nazak.
3 ayat pertama aku dah sebak,sangat-sangat sebak.
Hingus dikesat ditudung.Ah,lantaklah.
Walaupun kadang-kadang saja aku jumpa pak long,tapi aku sedih dengan pemergian dia.
Tapi hakikatnya,dia pulang semula,pulang kepada Allah.
Kesian tengok keluarga mak long sedih,tapi,hakikatnya begitu.
Manusia hidup & mati.
Tak ada apa yang kekal di dunia.
Hanya akhirat sana yang kekal.
Aku berfikir sebentar.
Setara mana amalan untuk menampung aku di alam kubur kelak?
Untuk menjawab soalan malaikat?
Al-Quran untuk menjadi peneman?
Dosa-dosa yang terkumpul diampunkan,atau tidak?
Ibadat diterima atau tidak?
Allahu'alam...
Hanya pada Allah aku meminta.
Manusia tak mampu menjamin apa-apa.
Hanya sebagai memberi nasihat,andai aku alpa.

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas allahyarham pak long,Nordin Bin Saleh.InshaAllah~
Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

Assalamualaikum~

Sunday, June 5, 2011

Kalori & syukur

Assalamualaikum~

*Our family have 5 wedding ceremonies to be attended yesterday.Selamat pengantin baru yaw!*
Apa khabaq badan?Banyak tak kalori yang terbakar lepas pergi banyak kenduri cuti-cuti nih?
Haha... Ambe pun gitulah gamoknye,lepas ni kena bakar balik semua kolesterol yang dah ditelan dek pergi kenduri kahwin,tak tambah lagi dengan nasi minyak yang ada dalam peti ais tu,ayam masak merah,gulai,er,jeruk,apa gaban lagi entah!

*Click for a bigger view of this article*

See?Banyak ya amat makanan dekat Malaysia ni...Tau tau lah bersyukur.He he.
Yeah,I've watched some pictures,children in africa infected & have a lot of diseases due to malnutrition,drought,lack of clean water sources,AIDS and so on...
Kita dekat Malaysia,walaupun musim kering sekarang ni,tak ada air,masih boleh makan sedap,nyum nyum lauk kenduri,nasi minyak,nasi beriani,ataupun nasik dagang(ada ke dibuat orang?).
So,bersyukur lah banyak-banyak ya.

Apa khabaq pulak iman?Sakit ke?(Soalan yang sokmo ditanya.Ah,lantaklah,nak pringat sokmo!Hom3~~)
Bila baca majalah solusi(edisi ke-30) dapat lah ambe tips ni~Rasanya ramai yang dah tau.Nak share jugop guane2 pom!

Cara elak iman luntur:

  • Tingkatkan kualiti ibadah.Contoh termudah,cara Rasulullah beribadah.Walaupun sudah dijamin syurga,baginda tetap beribadah dengan baik,kerana baginda hanya ingin menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur.(kita,i mean,me,bersyukur tak?how?)Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman: 'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang aku fardhukan kepadanya.Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya."(Riwayat Al-Bukhari)
  • Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah.Caranya,yang dicadangkan disini,ialah dengan bermujahadah.Tau tak apa mujahadah tu?(Dulu ambe pon tak tau).Maksudnya berlawan dengan nafsu.Ehem,I know,sometimes it's kind of hard to do that.But,trust me,you can do it,as long as you are tempting to do so.It's all in your hands...
  • Selalu menghadiri majlis ilmu.Tanpa ilmu,apa benda yang ada?Empty...Ya,sebab tu kena cari ilmu.Jarang rasanya ilmu nak datang bergolek-golek.Selalu nye orang pergi sekolah,pergi kuliah,even depan skrin laptop pun kena search dekat google!Kan? Mencari-cari juga tu.So,rajin-rajin lah cari ilmu untuk santapan rohani jugak.Bak kata HAMKA,"Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya." Jadi,untuk jiwanya,carilah.Mesti ada masa,insyaAllah.Untuk Uitm Kuantan,Alhamdulillah,setiap minggu ada Quranic Group (usrah) kan?



Oh ya!Lupa nak cakap,tahniah & syukur sangat-sangat sebab kelab GIA dengar ceritanya dapat sambutan yang agak...meriah?
& dengar cerita insyaAllah,junior yang  bakal teruskan usaha dakwah di UiTM kuantan pun hebat-hebat belaka...(?)
InsyaAllah...Semoga usaha kamu nanti memperoleh redha Allah..
Bukan kesannya yang diharapkan,tetapi usaha kita yang dinilai.
Biarpun dianggap kecil,tapi setiap suatu tu tetap dicatat 24/7 samaada sebelah kiri,ataupun kanan. ^_^

Cakap pasal menjadi seorang yang cool,macam mana ya nak jadi macam tu?
Tak gelabah bila ada masalah.Tak tension walaupun berserabut.Pandai control emosi.
Har har har.
Ambe tengok orang zaman lening cepat sungguh melenting.
Walaupun masalah tu kecil aje.
Pernah dengar tak ayat ni,

"Every cloud has a silver lining"
    (said to emphasize that every difficult or unpleasant situation has some advantage)
    "Setiap perkara yang berlaku,ada hikmahnya"
      Kompem pernah dengar kan...Ayat famous tuh...
      Kenapa orang cipta ayat-ayat,ataupun idioms yang sedap-sedap tuh?Nak bersastera aje ke?
      Tak...Penuh makna sebenarnya ayat tu.A single phrase explains everything.
      "Every difficult or unpleasant situation has some advantage".
      Kata orang,jadi optimistik,ataupun berfikiran positif.
      Like I've told you before,everything is in your hands.I mean,you,yourself control your own emotion.It's not that hard actually.Tentunya,dengan izin Allah juga.

      Pernah aku dulu,esoknya nak hantar assignment Sir Nawawi,pagi.Malamnya tu aku dengan sorang kawan aku ni,Dayah nak print out la dekat kedai depan Uitm sekilau tu.So,memandangkan Dayah tak ada pendrive,aku pun kasi la dia guna pendrive yang sama aku nak guna untuk print out assignment tuh. Ehem,bad news.Kitorang punya file name sama.& komputer tu pulak tak keluar warning doh!Wuuw!
      Then,bila bukak2 nak cari file dayah,print out,bereh..
      Bila cari fail aku...Eheh.Tak ada. Walaweh!
      Time tu la,kalau aku gelabah memang hancus la.Then,aku terfikir,mesti ada fail tu dekat microsoft word kat aptop aku,dia autosaved ke?(Dahla aku tak buat backup!memang cerdik lahh.Pengajaran dekat sini,save assignment banyak banyak dekat tempat lain,buat backup file~).
      Aku fikir,Allah mungkin nak uji aku,malam tu aku kena buat assignment sepanjang malam,tak boleh tidur.Aku fikir,mungkin ni ujian Allah untuk aku,yela selama ni rasa macam tak ada masalah aje kan.Apa salahnya diuji?Kalau tak diuji,ada nak ingat Allah selalu?Humm...
      Lepas aku cari punya cari dekat laptop tu,alhamdulillah,aku bersyukur sangat bangat!
      Ada fail tu.Si dayah pulak yang gelabah fail aku hilang.Haha..

      *We've got to avoid these things* -sigh-

      So,sebenarnya ambe nak kabo kat sini,jangan gelabah kalau diuji.Terima dengan tenang.Bak kata Adah,redha...Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Dan,memang ya!Walaupun bukan sekarang kita nampak hikmah disebaliknya,mungkin beberapa hari,bulan,tahun ataupun dekad yang akan datang?

      Macam tadi,lantai habis kotor sebab kucing aku,panjang tak sihat,dia pegi throw out pulak atas tikar.Abah agak geram sebab tikar tu baru beli.Tapi,aku terfikir,kalau bukan sebab mama pasang tikar tu,mesti ..I have to collect those 'things' using my..my.. hands.Can you imagine that?Kalau ada tikar angkat & basuh aja.Heh.

      (I know,It's kind of complicated to be understood.It's okay XD)

      So,kalau ditimpa musibah atau ujian,jangan mengeluh awal-awal,fikir akan kebaikannya selain daripada buruknya.
      *Ingatan untuk diri terutamanya.
      "Kita memohon kebijaksanaan. Dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang."
      Ehem.jom jadi matang...
       
      "Sihat itu tuntutan,Mati itu ketentuan~"
      -Tudungceklat-