Friday, August 12, 2011

Bacalah adik kakak makcik pakcik atuk nenek...

Assalamualaikum~
Salam ramadhan al-mubarak~

Tahukah anda dalam bulan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar yang berlaku?
Iaitu pada 17 Ramadhan.
Di mana Rasulullah s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira'.(Surah Al-'Alaq)-Di mana kandungan nya menuntut kita supaya menuntut ilmu.
Kedua,di mana berlakunya perang Badar antara umat Islam dengan musyrikin Quraish.

Yaa...Selepas mengkaji & membaca buku yang bertajuk 'Sirah Nabawiyyah',kini saya tahu secara terperinci tentang sejarah perkembangan Islam,tentang perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w untuk tetap menegakkan agama Allah.
Selama ni saya selalu baca buku.
I admit!I loooooove reading.
Tapi kadang-kadang secara sambil lewa.Baca tak habis satu buku,dah hantar dekat library.(Hampeh betul)




Then,I realized (actually someone makes me realized) that I should read something that is beneficial for me.You know...Bacaan yang membangun jiwa.Bukan majalah K-pop,majalah anggun,wanita,ramaja,in-trend,dan sebagainya.Kalau nak beli majalah,beli lah majalah yang boleh memberikan hujah yang tepat.Macam majalah solusi ke...he he.Seriously!Kalau beli kan,ambe rasa tak menyesal dowh!Walaupun harga dia RM9,saya sanggup beli sebab kat dalam dia tak banyak iklan minyak wangi,iklan susu tepung,dan sebagainya.(Well,that's not the main reason anyway.)
Sebabnya,ada banyak input yang bagus dekat dalam tu.Penjelasan pun banyak,penulis dia pun,okay,berkualiti.Ambe semangat siap balut lagi buku tu pasal sayang bebenor...

Ataupun beli buku pasal research yang orang buat ke,boleh la juga guna kalau nak buat assignment kan... *grin*  Macam saya,saya tak tahu kenapa,saya suka sains..Saya suka beli buku macam Discovery atau American Science. Yeah,tak ada lah rasa macam useless sangat perabih duit beli buku.Paling tak pon beli buku majalah kanak-kanak dekat Faris pun buku Asuh (suka tengok komik yang godaan syaitan tu.Since dari kecik sampai sekarang ada..Memang menunjukkan realiti sebenar.Bagus!Sebab menguatkan keyakinan kita untuk lawan nafsu kita -yang sebenarnya bisikan-bisikan syaitan belaka~)

Jadi,kalau nak pilih bahan bacaan pun kena pilih yang berkualiti jugak.Bukan cuma tengok gambar lawa sahaja (Eventhough I like it too!Ha ha.Pernah berhasrat nak beli magazine pasal DSLR.Mujur tak cukup duit je masa tu.Phew~!)

Tapi,gitu lah.Jika mahu membaca,jangan hanya membaca.Biar bacaan itu menjadi pembangun jiwa.
Lening(sekarang ni) ada banyak dah novel pembangun jiwa.Alah,macam novel ayat-ayat cinta,ketika cinta bertasbih *by Habiburrahman El-Shirazy.Ahh...Satu lagi novel beliau yang best,Bumi Cinta.Tak pun saya suggest buku Fatimah Syarhah.Boleh jugak dapat dalam bentuk pdf.Sila google.He he.
Hilal asyraf ke..(again)

Jadi,membaca lah,untuk menambah ilmu,bukan untuk for fun  semata-mata.Buat perabih boreh jah.
Jangan lupa,baca Al-Quran juga ye. ;)

Got to hit the hay~
*peace*
Assalamualaikum~

Friday, August 5, 2011

Tv Show.

Assalamualaikum~

Salam Ramadhan al-mubarak!
Aih...Terasa seronok Ramadhan tahun ni.Entahlah,terasa ada banyak sangat kelainan. *Grin*

*Semoga Ramadhan kali ni lebih berkualiti,insyaAllah.Entah ketemu lagi ke tak lepas ni?Wallahu'alam..*


This is going to be a short entry...

Pernah review page Langit Ilahi?
Pernah baca buku yang bertajuk Langit Ilahi?
Ya,pengarang buku tu saudara Hilal Ashraf.
Dan alhamdulillah,hari ni sedang-sedang saya cari doa wehdah dekat youtube,tetiba terkeluar lah dekat tepi tu video intro langit ilahi show...
Dalam hati,"Wow,maju sudah...!Bagus!"
Yea,or something like you called it as Vlogging macam matluthfi,anuar hadi,aiman azlan...(These guys okay,yang girls punya saya tak cadangkan korang tengok.Eheh.Pelik pulak jadinya.)
Ehem!

So...apa komen saya tentang Langit Ilahi Tv Show ni aka Hilal Ashraf & vlogging?

IMPRESSIVE!


Alhamdulillah,saya respect tindakan mereka-mereka yang gunakan segala macam jenis medium yang ada untuk menyebarkan dakwah seluas-luasnya.Dan katanya Hilal Ashraf nak hasilkan video every single week! That's good! Walaupun ringkas,ada video yang cuma 2 minit lebih,tapi tetap pengisiannya mantop.Alhamdulillah,dan harap-harap kita boleh contohi saudara ni & rakan-rakannya untuk gunakan segala kesempatan yang ada untuk sebarkan kebaikan.

"Sebarkanlah walaupun satu ayat"

Kerana sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi satu titik sentuhan pada hati seseorang,dengan izin Allah... :)

So,saya nak suggest tontonlah video langit ilahi tv show ni. *wink2!*



Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan...


Thursday, July 28, 2011

Please think about ME~

Assalamualaikum~

"Instead of blaming others,let's think about our mistakes or weaknesses..."

I agree with that qoute.
I've been thinking about it after I listened to Maher Zain's song,entitled 'Is Allah satisfied'.

"Yes it's easy to blame everything on the west,
When in fact all focus should be on ourselves."

 
Kita selalu fikir...
Kenapa nasib aku macam ni?
Then mula nak blame orang itu,ini.
(Sesetengah orang aje la)

Tapi pernah tak kita terfikir,apa yang kita buat untuk ubah sesuatu benda tu?
Contoh la yang paling senang...

Di sekolah.
Kebanyakan student agak kurang pandai subjek Kimia.
Bila ditanya kenapa tak boleh nak score?
Cikgu tu lah,asyik-asyik takde aje.Dia mengajar pun tak faham.Bla~bla~and bla~
Macam-macam alasan atau 'sebab'.

*Eheeeh~~Melampau-lampau ni.Kompem tak studi!*

Kenapa kita sendiri tak cek diri kita sendiri kenapa kita lemah subjek Kimia tu?
Padahal diri sendiri yang malas nak hafal periodic table.
Padahal diri sendiri yang malas nak baca,buat ulangkaji,fahamkan,buat note,buat latihan,and bla bla bla.
It's clearly proved that we are the one who should be blamed~!

Relate it to our daily life.
Life is about how you see things around you.

I have too many things to be understood.
I hope that Allah will lend me the strength to learn new things through this right path.

___________________________________________

PESANAN PENAJA

"Satu permulaan perlukan kekuatan.Tak mustahil boleh kekalkan kekuatan itu,dengan izin-Nya."

-Untuk kawan-kawan,jangan segan silu nak buat satu perubahan.Kekuatan tu akan datang sendiri ye.

*peace*

Wednesday, July 27, 2011

Yes,I'm still learning!

Assalamualaikum~

Ismi Diyana.
Ana bikhair,alhamdulillah!

Wah,wah,wah~

*Gambar hiasan semata-mata-Flickr*

Okay,now I'm still in the process of learning arabic language.Just the basic of the language.
But I have to learn it on my own.Yes,I just have 1 month period before I pursue my study in degree of TESL.
I have to borrow a few books from the library.

And I would like to suggest this book.
Although it is in english language,not malay,but I think it is easy for you to understand.You know,they just use simple english.No bombastic words.Ha ha.

Okay,here's the book.

Title: "The Macmillan Arabic Course" (Book 2-Introduction to Peninsular Arabic)
Sebab saya pinjam buku 2 sebabnya saya dah boleh tulis jawi....
He he.
Book 1 tu untuk beginners yang baru betul-betul baru nak paham jawi,baru nak kenal bahasa arab,macam mat saleh ke,orang india ke,sesiapa saja la yang baru nak kenal bahasa arab & tulisan arab tu.
Jadi,untuk yang dah boleh dikatakan 'pro' dalam tulisan jawi tu,boleh la terus tengok book 2 sebab untuk tambah vocab bahasa arab sahaja ya.

Dan yang penting,faham penggunaan ayat untuk dialog sehari-hari. *peace*

Walaupun terasa macam menyesal tak dapat belajar biologi (ingatkan dulu-dulu kala nak ambil subjek sains),tapi sekarang rasa bersyukur sangat sebab yuran pengajian untuk program pendidikan di UIAM antara yang boleh dikatakan termurah la.Nak dibandingkan dengan program lain macam sains,medic,dan yang lain lain~



*Psssssstt!!Sorry!Got no image of the book!Can't find it through google image...
I'll show it later okay?
:)

Wish me luck!



Kadang-kadang terasa diri ni terlebih semangat pulak.
But,who cares?
Mwa ha hah!

*Maaf jika ada kesilapan tatabahasa bahasa arab disitu.Kepada sifu yang sudah expert,sila betulkan ye~!*

Sunday, July 24, 2011

Borang boring.

Assalamualaikum~

Kepeningan yang melanda.
Bila nak masuk universiti,semua orang kalut.
Mama, ambe.Ke hulu ke hilir.
Baca borang panduan pendaftaran berapa kali.(Yang mostly bahasa inggeris.Oh,international.Why oh why?Mujur tidak bahasa arab.Sungguh,aku buta bahasa arab sedikit sebanyak.Kesian~)
Hati-hati isi borang.
Print sana sini.
Beli nombor pin.
Ambik borang yayasan.
Ptptn...

Bla~Bla~and bla~

And ... I do hope that Allah gives me strength to finish up all these stuffs!
*Headache*

Azam baru untuk Ramadhan,insyaAllah.
Selamat datang Ramadhan...






Friday, July 15, 2011

Orange Potter and the Deathly Apple~


Pssst!Jangan tiru the annoying Orange yang suka 'menganjing' (mengejek).
Dop molep.
TEEHEE

Thursday, July 14, 2011

Melancholic

"I always wanna cry,when I watch that video.
It's the truth that cannot be covered."

What was the purpose of your actions last Saturday?



Peludah warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;

Warna kuning diisytihar racun terbisa.

Diragutnya baju-T segeram tenaga

Dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,

Menjadikannya panji terindah dan tulen

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu

Kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas

Dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.

Memanglah mereka kini peludah warna

Sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,

Kuasa pun seolah menjadi hartanya.

-A. Samad Said-