Friday, August 12, 2011

Bacalah adik kakak makcik pakcik atuk nenek...

Assalamualaikum~
Salam ramadhan al-mubarak~

Tahukah anda dalam bulan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar yang berlaku?
Iaitu pada 17 Ramadhan.
Di mana Rasulullah s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira'.(Surah Al-'Alaq)-Di mana kandungan nya menuntut kita supaya menuntut ilmu.
Kedua,di mana berlakunya perang Badar antara umat Islam dengan musyrikin Quraish.

Yaa...Selepas mengkaji & membaca buku yang bertajuk 'Sirah Nabawiyyah',kini saya tahu secara terperinci tentang sejarah perkembangan Islam,tentang perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w untuk tetap menegakkan agama Allah.
Selama ni saya selalu baca buku.
I admit!I loooooove reading.
Tapi kadang-kadang secara sambil lewa.Baca tak habis satu buku,dah hantar dekat library.(Hampeh betul)




Then,I realized (actually someone makes me realized) that I should read something that is beneficial for me.You know...Bacaan yang membangun jiwa.Bukan majalah K-pop,majalah anggun,wanita,ramaja,in-trend,dan sebagainya.Kalau nak beli majalah,beli lah majalah yang boleh memberikan hujah yang tepat.Macam majalah solusi ke...he he.Seriously!Kalau beli kan,ambe rasa tak menyesal dowh!Walaupun harga dia RM9,saya sanggup beli sebab kat dalam dia tak banyak iklan minyak wangi,iklan susu tepung,dan sebagainya.(Well,that's not the main reason anyway.)
Sebabnya,ada banyak input yang bagus dekat dalam tu.Penjelasan pun banyak,penulis dia pun,okay,berkualiti.Ambe semangat siap balut lagi buku tu pasal sayang bebenor...

Ataupun beli buku pasal research yang orang buat ke,boleh la juga guna kalau nak buat assignment kan... *grin*  Macam saya,saya tak tahu kenapa,saya suka sains..Saya suka beli buku macam Discovery atau American Science. Yeah,tak ada lah rasa macam useless sangat perabih duit beli buku.Paling tak pon beli buku majalah kanak-kanak dekat Faris pun buku Asuh (suka tengok komik yang godaan syaitan tu.Since dari kecik sampai sekarang ada..Memang menunjukkan realiti sebenar.Bagus!Sebab menguatkan keyakinan kita untuk lawan nafsu kita -yang sebenarnya bisikan-bisikan syaitan belaka~)

Jadi,kalau nak pilih bahan bacaan pun kena pilih yang berkualiti jugak.Bukan cuma tengok gambar lawa sahaja (Eventhough I like it too!Ha ha.Pernah berhasrat nak beli magazine pasal DSLR.Mujur tak cukup duit je masa tu.Phew~!)

Tapi,gitu lah.Jika mahu membaca,jangan hanya membaca.Biar bacaan itu menjadi pembangun jiwa.
Lening(sekarang ni) ada banyak dah novel pembangun jiwa.Alah,macam novel ayat-ayat cinta,ketika cinta bertasbih *by Habiburrahman El-Shirazy.Ahh...Satu lagi novel beliau yang best,Bumi Cinta.Tak pun saya suggest buku Fatimah Syarhah.Boleh jugak dapat dalam bentuk pdf.Sila google.He he.
Hilal asyraf ke..(again)

Jadi,membaca lah,untuk menambah ilmu,bukan untuk for fun  semata-mata.Buat perabih boreh jah.
Jangan lupa,baca Al-Quran juga ye. ;)

Got to hit the hay~
*peace*
Assalamualaikum~

Friday, August 5, 2011

Tv Show.

Assalamualaikum~

Salam Ramadhan al-mubarak!
Aih...Terasa seronok Ramadhan tahun ni.Entahlah,terasa ada banyak sangat kelainan. *Grin*

*Semoga Ramadhan kali ni lebih berkualiti,insyaAllah.Entah ketemu lagi ke tak lepas ni?Wallahu'alam..*


This is going to be a short entry...

Pernah review page Langit Ilahi?
Pernah baca buku yang bertajuk Langit Ilahi?
Ya,pengarang buku tu saudara Hilal Ashraf.
Dan alhamdulillah,hari ni sedang-sedang saya cari doa wehdah dekat youtube,tetiba terkeluar lah dekat tepi tu video intro langit ilahi show...
Dalam hati,"Wow,maju sudah...!Bagus!"
Yea,or something like you called it as Vlogging macam matluthfi,anuar hadi,aiman azlan...(These guys okay,yang girls punya saya tak cadangkan korang tengok.Eheh.Pelik pulak jadinya.)
Ehem!

So...apa komen saya tentang Langit Ilahi Tv Show ni aka Hilal Ashraf & vlogging?

IMPRESSIVE!


Alhamdulillah,saya respect tindakan mereka-mereka yang gunakan segala macam jenis medium yang ada untuk menyebarkan dakwah seluas-luasnya.Dan katanya Hilal Ashraf nak hasilkan video every single week! That's good! Walaupun ringkas,ada video yang cuma 2 minit lebih,tapi tetap pengisiannya mantop.Alhamdulillah,dan harap-harap kita boleh contohi saudara ni & rakan-rakannya untuk gunakan segala kesempatan yang ada untuk sebarkan kebaikan.

"Sebarkanlah walaupun satu ayat"

Kerana sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi satu titik sentuhan pada hati seseorang,dengan izin Allah... :)

So,saya nak suggest tontonlah video langit ilahi tv show ni. *wink2!*



Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan...