Monday, August 13, 2012

Masa ada sayap...!

بسم الله الرحمان الرحيم

"Tanggugjawab yang kita ada melebihi masa yang kita ada"

Betullah kata-kata Hassan al-Banna tentang tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim, remaja ataupun yang dah berkahwin.

Phew!

Kadang-kadang kita merungut sebab ada banyak kerja yang nak diselesaikan. Assignments, kerja kelab, aktiviti itulah, inilah, bla bla and bla....
Tapi kadang-kadang bila ada masa lapang kita tak perasan ataupun buat-buat tak tahu yang kita ni sebenarnya membazirkan masa. Barulah aku terasa bertuahnya dikurniakan kerja yang bertimbun & masa terisi dengan perkara yang berfaedah pada diri sendiri & orang lain. (I bet, cuti raya mesti bosan...?)

Pengajarannya kat sini, kalau ada kerja banyak bersyukurlah sebab masa tak terbazir dengan perkara tak berfaedah.

Ehem!

 Memandangkan sekarang ni dah masuk 10 hari terakhir bulan Ramadhan (boleh dikatakan klimaks nye!) , ramai manusia yang datang beriktikaf. Alhamdulillah, aku boleh rasa macam mana meriahnye ramadhan di UIA ni, sangat hidup! Ni lah bulan cinta namanya... 
[Nanti aii hurai next time ye ;)]

Kalau tak balik beraya pun takpe. He he...


Oh yeT, ada satu tazkirah (yang aku tak ingat siapa pentazkirahnya, yang pasti dia non-malay). Dia hubung kaitkan satu hadis ni & huraian yang berkaitan.

"Daripada keelokan seorang Muslim ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna/berfaedah kepadanya"
-Hadith Riwayat Tarmizi-

Orang yang memikirkan tentang hari akhirat, yang percaya bahawa dirinya akan dihisab tidak akan melakukan perkara yang tak berfaedah dalam hidup dia. Mungkin sebab tu sebaik-baik orang ialah orang yang paling banyak mengingati kematian. 

Sebelum bercakap, fikir dulu samaada perkara yang nak dicakapkan tu baik atau tak.
Sebelum nak buat sesuatu perkara, fikir dahulu baik buruknya. 

And I do love this qoutation:

"The time that you have in your life is limited!
It can't be shortened nor be extended! 
So, think of the objectives that you want to achieve in you life!
Stay focus on things that benefit you,
and do not waste your time...!"

...Dan beberapa pesanan ustaz, buatlah perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah (macam baca al-Quran, zikir, solat dengan sekhusyuk mungkin) & perkara-perkara yang dapat memajukan diri dalam karier atau profession yang terlibat. 

Masjid lebih meriah dari asrama time bulan puasa ni . I like!

*Ah! Terasa skema pulak .
As time passed by, I do realize that our writing skills (& style) also changes. Lot more serious and straight forward. Keh3~

"Time flies"
dalam versi bahasa melayu nak cakap 
"Masa ada sayap",boleh? Hehe...