Sunday, April 3, 2011

Jom belajar arab!Allughatul 'arabiah~

Peace be upon you~

Sudah berapa minggu aku cuti aku pun tak ingat. Haih~ Tapi,Alhamdulillah,hidup lebih teratur daripada minggu lepas yang teramat relax tahap gaban. Gua terpaksa buat timetable & terpaksa patuh jugak supaya masa tak terbuang cenggitu sahaja dek menonton(fuuhh) cerita korea~Boys over flowers.OMG.Kenapa la aku boleh terjerumus jugak~Isk.
Kes nye cek kenji,my dear sis pegi save 25 episod drama korea & penuh dengan movie dalam netbook dia,yang membuatkan aku jadi curious nak tau cemane cerita boys over flowers yang orang tergila-gila tengok tuh.At last,baru aku tahu cerita tu best tahap gaban.Boleh la tahan,kelakar...Kesian,cerita tahun bila keluar,aku baru tau.Ceit!
And...memandangkan ada jadual baru,aku setkan untuk tengok berapa episod je (JE??) sehari.Akan dikurangkan kott.Heh.

Btw,aku sebenarnya nak share istilah-istilah bahasa Arab yang banyak aku belajar since aku masuk UiTM kuantan,& since aku join halaqah kat iluvislam.(Sekarang tak join dah pasal lupa password.Hampeh betol).


Mujahadah--->berjuang, bersungguh – sungguh, berperang melawan musuh. 

Yang ni tak semestinya bermaksud perang,tapi juga mujahadah atau bersungguh-sungguh dalam melawan nafsu.Ehem,bagi perempuan & laki,dua-dua sama je,susah nak melawan nafsu,tapi,bak kata Imam Ghazali,

‘‘Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah'' 

Di-copy dari sini anda boleh baca lebih lanjut apa itu mujahadah,faedahnya dalam hidup kita.
Pssst!Memang rasa malas nak klik kan,(kadang-kadang).Tapi yang punyai curiousity yang tinggi,mujahadah dalam lawan nafsu,akan bukak tab baru XD 

kita perlu bermujahadah melawan hawa nafsu agar Allah beri kita jalan keluar.Allah berfirman:-

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan... sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

(Al-'Ankabuut: 69)
-Daripada kak Izzatul Idyani,yang aku tak tau pun sape,tak pernah berjumpa,tapi rasa macam dah lama kenal,macam aku kenal kak khai pulak.Erk.Tapi gitulah.ngeheh


Thabat--->Konsisten.Selalunya digunakan untuk beri semangat. 


Contoh:"Semoga kamu terus thabat di jalan Allah/dalam berdakwah"

Ambe nak share satu website ni,untuk lebih paham apa penggunaan perkataan 'thabat' ni.
Klik sini  .Tengok penggunaan perkataan thabat tu yea~


Ikhtilat--->pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi







*Bila berduaan dia yang ketiga!(lagu meor hassan ngn anna rafali?ayte?)*


Pergaulan tu perlu la mengikut syariat,maksudnya ikut ketetapan yang dah ditetapkan oleh Islam...Kan,Islam is the way of life,so,ikut la.
Pergaulan bebas berlaku pun sebab tak bergaul mengikut syariat Islam,contoh,budaya hedonisma (berhibur secara melampau),hukumnya haram.Sebab menyebabkan kita lalai & bercanggah dengan adab-adab berhibur.

Untuk info lebih,TOLONG rujuk sini

Tarbiyah---->Mendidik.(Malas mau cerita panjang-panjang,asal korang paham ape maksud tarbiyah ni ya)
First time aku dengar term tarbiyah ni masa pergi kem.Aku pun dok pikir-pikir,mendape la tarbiyah ni.Sekarang,aku tau beza tarbiah dengan mengajar.Kalau tarbiyah ni,si pendidik (ataupun dalam bahasa arab orang paggil murabbi) sentiasa mengikuti perkembangan mutarabbi (mutarabbi=orang yang dididik). Lain dengan mengajar,hanya mengajar,tanpa mengikuti perkembangan pelajar.

Hukum tarbiyah : WAJIB

Tarbiyah ni penting,& salah satu matlamatnya ialah untuk melahirkan seorang individu Muslim(yang tulen!)

*oh,aku teringat,time kitorang blajar bab tarbiyah buat pertama kali,bawah panas terik,memang mendidik kami la,sampai aku ingat topik ni.heheh
*Muwasafat tarbiyah tu maksudnya sifat-sifat tarbiyah ye.Klik untuk baca dengan jelas :D*



*The way our parents raise us is also called as tarbiyah.Sebab...diorang ikuti perkembangan anak-anak mereka dari kecik sampai besar.Em,ni contoh paling sonang nak paham*


Semoga kita semua,yang muslimin & muslimat ni hah...insyaAllah,terus thabat,mujahadah dalam melawan nafsu,mentarbiyah diri,dan menjaga ikhtilat yea~

Bukan senang,memang susah.Sebab syurga itu maharnya tinggi.Bukan sonang-sonang...
Nak thabat tu yang susah,tapi,kalau kita sentiasa bermujahadah,tarbiyah diri kita,& jaga ikhtilat,moga-moga dipermudahkan.

Aku tulis ni bukan saja nak tegur,tapi aku pun nak baiki diri aku.Sebab,ilmu tanpa amal tu kan sia-sia.Berdosa jep.

Sebelum choww...jom tengok manuskrip komik nih~haummm.... Sila klik gmbar untuk baca bosar-bosar ataupun besarkan skrin laptop anda.tau kan cemane?(ctrl+simbol += tuh).untuk kecikkan balik,(ctrl+ simbol - ).selamat baca!



*Mode:Insaf* :'( 
Setakat ni aje aku boleh share,lain kali kita sambung lagi ye!
 

No comments:

Post a Comment