Monday, January 23, 2012

A.M.O.R (Part 1)

Bagi menghilangkan kebosanan tatkala cuti semester menjelang, menulis pun best  juga ye?






"Kadangkala gerak hati kita inginkan kebaikan...Namun begitu, bisikan dan godaan syaitan tak pernah berhenti. Rasa ragu-ragu untuk melakukan kebaikan itu seringkali tertunda. Entah sampai bila. Adakah mati kita juga boleh ditunda?"


_______________________________________________________________



Safiyah dan Syafikah berjalan menuju ke Marhalah Asiah. Kedua-duanya manis menggayakan blaus muslimah, berseluar longgar, dan bertudung labuh. Walaupun panas terik meggigit kulit, tetapi pakaian yang dikenakan dapat melindungi kulit mereka dari panas mentari. Manakan tidak, hampir segenap bahagian badan ditutup dan terjaga rapi, tidak perlu bimbang untuk membazirkan duit membeli SPF ataupun sunblock berpuluh ringgit. Safiyah dan Syafikah senang menggayakan busana muslimah. Selesa, anggun, dan sopan. Apa yang paling penting ialah redha Ilahi.



 Safiyah masih teringat, kali pertama dia terlintas untuk menggayakan tudung serta t-shirt labuh. Ketika sedang menunggu ibunya ketika pulang dari sekolah, Safiyah dan Syafikah duduk di sebuah pondok sambil mengunyah keropok lekor. Terdapat ramai peserta bola jaring dari sekolah seluruh daerah Dungun di padang. Mereka sedang asyik melihat sekumpulan pelajar sekolah menengah agama yang menggayakan t-shirt beserta bertudung labuh. Kedua-duanya terpesona.

“Fika...Comelnya! Lawanya diorang pakai macam tu. Aku teringin lah nak pakai macam tu.” Safiyah termenung jauh, matanya tidak berganjak dari memandang pelajar-pelajar tersebut.

“Ha’ah la weh..! InsyaAllah, one fine day...” seperti biasa, Syafikah sentiasa bersemangat apabila berkata-kata. Safiyah tersengih melihat Syafikah mengunyah keropok lekor yang liat itu.

Dan Safiyah juga masih ingat, saat kali pertama dia mengenakan stokin ke luar rumah. Rasa kekok kerana takut mungkin ada yang bakal perasan akan perubahannya. Jika ingin ke kelas tambahan, Safiyah akan memakai kasut, supaya tidak akan ada yang perasan akan perubahannya. Begitu juga dengan tudung labuh pertamanya. Safiyah berasa tidak selesa memakai tudung bawal kerana bimbang akan sifatnya yang jarang, sedangkan seorang muslimah itu jika mahu berpakaian tidak boleh jarang. Jadi dia cuba untuk mencari tudung yang tidak ‘transparent’ di pasar malam bersama Syafikah. Akhirnya mereka berjaya menjumpai gerai yang dicadangkan oleh Syafikah.

“Tudung hitam...Tudung hitam....” Safiyah berbisik sambil membelek-belek tudung yang tergantung di gerai tersebut.
“Cari apa dik..?” taukeh kedai tersebut muncul dari belakang van dengan sebungkus air teh ais.
“ Oh... Kak, ada tak tudung hitam yang macam ni?” Safiyah bertanya sambil menunjukkan jenis tudung yang diinginkannya.
“Oh, ado dik... Nok lerang brape?”
“Er...Leran berapa ada?” tanya Safiyah sambil mengangkat keningnya.
“Ada hok ni je dik, lerang 60 je,” penjual tersebut mengangkat sehelai tudung hitam sambil menghirup air teh aisnya. Pekat sungguh loghat Terengganunya. Kadang-kadang Safiyah terpaksa meneka apa yang dikatakan oleh wanita tersebut.
Safiyah mencapai tudung itu, melipatnya kepada bentuk tiga segi.
“Fika, cuba tengok ni,” Safiyah memanggil Syafikah yang asyik membelek tudung.
“Waa...Besar la Saf,”
“Kak, yang kecil sikit tak ada ke?” Safiyah melipat semula tudung tersebut.
“Takdok lah adik, ni je stok hok ada. Ni pun akok nok prabih stok nih.Kalu adik beli hok ning, akok buleh kasi diskaun,” penjual tersebut terus membodek pelanggannya.
“Nak beli ke tak nak? Nanti kalau tak beli, susah nak cari lepas ni. Kalau pakai besar sangat, nanti orang mesti terkejut. Panggil aku ustazah la pulak,” bisik hati Safiyah.
“Fika, macam mana ni?” Safiyah meminta pendapat Syafikah.
“Hum... Kau beli saja lah. Lepas ni susah nak cari pulak. Up to you...” Syafikah membiarkan Safiyah membuat pilihan.

“Hum, okay lah kak. Berapa ringgit ni?”
“Dua puluh lima je dik...”
“Alah, dua puluh sudah la kak, saya ni student lagi. He he.” Safiyah terus tawar-menawar.
“Dua puluh tiga lah dik.”
“Dua puluh dua satu lah kak,”
“Um, kira jadilah dik.”

Safiyah tersenyum sambil mengeluarkan dompetnya, tetapi dihalang oleh Syafikah.
“Takpe, biar aku bayar...” Syafikah menghulurkan duit kepada penjual tersebut.
 “Eh...!Tak apa,aku bayar,” Safiyah tetap tidak mahu mengalah.
“Hait! Simpan duit tuh. Bukan sokmo pun,” Syafikah mengenyitkan mata kepada sahabatnya. Senyuman manis mula terukir di wajah Safiyah, betapa beruntungnya dia mempunyai seorang sahabat yang kuat memberi dorongan kepadanya untuk berubah.
“Beli ye kak,” Syaafikah mengambil bungkusan tudung hitam tersebut dan memberikannya kepada Safiyah.
“Jual...”
Safiyah menyambut bungkusan tersebut dan diletakkan di dalam begnya.

“Semoga Allah merahmatimu wahai sahabatku...!” hati Safiyah berbisik. 

Setibanya di rumah, Safiyah cuba untuk menggayakan tudung yang baru dibelinya itu. Dicadangnya ingin dipakai pada hari Selasa nanti, bersama uniform Kadet Remaja Sekolah. 

Di dalam hatinya Safiyah bermonolog; "Aku rasa macam tak sesuai je pakai tudung ni.Aku ni bukanlah alim sangat, ilmu agama pun ciput saja. Nak pakai ke tak nak?"

Hatinya mula berasa kurang yakin. Cepat-cepat dia beristighfar.

 "Ish! Aku pakai macam ni bukannya sebab aku nak orang fikir aku macam mana. Yang penting Allah tahu niat aku apa. Aku nak jadi baik, dan inilah salah satu perkara yang perlu aku ubah dalam hidup aku. Go go go Safiyah!!" dia tersenyum seorang diri dihadapan cermin, dengan muka penuh keyakinan.

"InsyaAllah. Ya Allah, Engkau permudahkanlah..." Safiyah berbisik perlahan.
Matanya mula bertakung, kerana berasa sebak dan bersyukur akan hidayah Allah.

_________________________________________________________________


Tuesday, January 17, 2012

Ada mata, tengok, ada akal, fikir...



Peperiksaan final semester baru habis. Aku tak bercadang nak balik malam-malam naik bas, sebab aku tak ada geng. Jadi esoknya, aku balik lah sorang-sorang diri, di waktu tengahari buta, naik bas, lepas tu aku pun sampai lah dekat Dungun waktu maghrib. Yang sedihnya pak cik bas tu tak berhenti dekat stesen bas Dungun, cuma drop aku dekat tepi jalan area Pak Sabah je. Sedih pun ada, baru bercadang nak beli kerepek ubi dekat stesen bas Dungun yang sedap tuh. Kempunan kot nak kunyah keropok rangup. Maklumlah, jarang beli jajan-jajan time exam haritu. Perasan sibuk lah kononnye.



Beberapa minit selepas tu, abah pun datang dengan Faris. Senyuman terukir, bila memandang keduanya segak berbaju melayu. Paling nak tergelak bila memandang si cik adik Faris, lengkap berbaju melayu oren, bersongkok, abah berbaju melayu berkain pelikat. Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku terlihat dia,suka menyakat. Bila aku tanya, siapa yang ajar, dia menjawab; “Angah la yang ajar...”. Ok, aku terkena.

Aku masuk kereta. Kami singgah masjid sekejap untuk solat Maghrib. On the way nak balik, kami singgah pasar minggu. Faris tak habis-habis bermain mata. Asyik-asyik dok usya je aku. Bila aku tanya kenapa, dia cuma tergelak, tersengih. Aku pun tersengih, kami sama-sama tersengih. Ah, apa-apa sajalah.

Memang memandang orang yang tersayang itu menyenangkan. Maka, pandanglah sesuatu yang menyenangkan hati, bukan yang membuatkan hati kita makin gelisah ketika memandang ‘sesuatu’ itu. Banyak sahaja perkara yang indah dan menyenangkan untuk dipandang. Mungkin itu pun kita tak habis pandang atau hayati pun lagi.

Saya yakin ramai yang suka melihat perkara yang indah-indah sahaja, tak ada orang yang suka memandang sesuatu yang  buruk ataupun menggelikan macam longgokan sampah. Tapi, dalam banyak-banyak keindahan yang kita lihat, ada sesetengahnya yang menyenangkan, manakala ada sesetengahnya yang meresahkan bila makin dilihat. Seandainya kita melihat langit yang membiru, lautan yang luas, burung yang comel, atau bukit-bukau yang hijau berkabus, tak akan ada manusia yang merasa geram ataupun resah, malahan akan berasa aman ataupun ketenangan akan ciptaan Allah yang sempurna. Bak kata professor saya dalam kelas falsafah, tak ada pun orang yang rasa benci ataupun makin nak marah bila tengok laut. Kalau tak memang orang tu ada masalah la tu. 

Jadi, keindahan macam mana yang membuatkan manusia jadi makin resah bila melihatnya? Contohla, ada satu situasi di pantai Teluk Lipat. Sekumpulan remaja jejaka yang boleh tahan hensem berkumpul menikmati pemandangan pantai, dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati keropok lekor dengan ABC dan cendol(slurp!!). Tiba-tiba salah seorang daripadanya yang bernama Aiman yang tidak bersalah terpandang seorang anak dara berbaju kebaya sedang bersiar-siar di tepi pantai berseorangan sambil mengutip kerang. Oh! Aiman yang tidak bersalah pun mula terpana memandang cik adik manis, tanpa berkedip selama 5 minit tanpa henti. Kawan-kawannya yang kepelikan menepuk bahu Aiman dan bertanya akan perihal kawannya itu. Aiman pun beritahu kawan-kawannya; “Aku sudah jatuh hati pandang pertama pada gadis itu.” Fuh! (Secepat itu keh??)

Bila pulang ke rumah, Aiman yang ‘tidak bersalah’ yang tidak sempat nak berkenalan dengan gadis itu mula keresahan, memikirkan si gadis yang dipandangnya tanpa kedip selama  5 minit petang tadi. Akhirnya mencetuskan keresahan, kegundahan dek penangan pandangan pertama, kedua dan seterusnya. Keresahan mungkin berlanjutan untuk beberapa ketika. Itu cerita Aiman yang resah dalam memandang ciptaan yang indah, tapi tak berupaya untuk menatapnya lagi, kerana keindahan tu bukan milik dia, tak layak pun untuk ditatap lagi.

Tetapi, ada perkara lain yang jika kita memandangnya, melahirkan rasa tenang, tiada gundah gulana, malah mendatangkan pahala. Tataplah muka ibu kita, bapa kita, adik beradik kita, malah sahabat-sahabat yang sejantina dengan kita tanda kita kasih kepada mereka kerana Allah, tanda kita menghargai mereka dalam kehidupan kita. Ada lagi perkara yang mendatangkan pahala andai kita melihatnya, iaitu ciptaan-Nya seperti haiwan, pokok, bunga, pantai. Banyak perkara lagi yang boleh dilihat dan diambil pengajaran serta untuk difikirkan. 

Lihatlah keindahan ciptaan-Nya  yang halal untuk dilihat,agar hatimu tenang, bukan dalam  keresahan. Bukankah Allah menyuruh manusia berfikir dengan melihat kekuasaan ciptaan-Nya?

Burung ni memang pandai ber-posing!





Inilah maksud gambar yang aku nak sampaikan sebenarnya, Faris, my younger brother yang sokmo unpredictable & kelakar. Gambar ni dekat taman yang ada banyak bunga, jadi aku menggalakkan anda banyak melihat bunga, daripada skrin komputer yang penuh gossip yang merosakkan mata. Ha ha ha. Aku teringat kisah ada seorang wanita ni, bila dia mendapat nur Islam, setiap perkara yang dia lihat mengingatkan dia kepada Allah, walaupun kuda yang menggoyang-goyangkan kepalanya pun dilihat seperti sangat indah, betapa sempurnanya ciptaan-Nya. Bila dia solat, dia merasakan setiap perkara hingga ke atom2 sekeliling dia pun turut memuji Yang Esa. Korang boleh tengok artikel tu dekat sini. Dan aku kagum melihat ciptaan Allah, semua di sekeliling aku...Mungkin aku ni yang sensitif kot, tapi kalau sensitif bab macam ni tak pe kan? Sungguh, ciptaan-Mu Maha Sempurna...Subhanallah!




Pesanan terakhir: Janganlah asyik tidur lewat, kerana manusia itu dijadikan biological clock nya tidur di malam hari, berjaga & bekerja di siang hari. Jadi, janganlah paksa diri anda jadi seperti burung hantu yang berjaga di malam hari & tidur di siang hari. Usahlah melawan fitrah, nanti badan yang parah. Tidur lambat meningkatkan stress, blood pressure pun meningkat, silap haribulan sakit jantung. Insomnia lagi sakit, penat tak boleh tidur, pasal sistem badan dah ‘kacau’. So, bak kata mak ambe, “Tidurlah awal, bangun pun awal...”. Moga bisa menjadi muslim produktif! Chaiyok!