Sunday, December 27, 2009

BECOMING MUSLIM

from,
www.iluvislam.com
Submitted by:NJ maniac
Editor: RosNiza Abdullah

How do I become a Muslim?

Becoming a Muslim actually is a lot easier compared to getting a visa or a passport! You become a Muslim when you accept that there is no god to be worshipped except Allah and Muhammad is His Final Messenger. The Noble Qur’an and the traditions of the Prophet (PBUH) will be the bass of a Muslim’s efforts to achieve the good life here and salvation in the Hereafter.

Do I have to register?

As proof of your status as a Muslim is required for certain things such as marriage or applying for a Hajj visa, it is better to register your testimony of faith. You may do this in a mosque or with the appropriate organization in your country. A certificate from the appropriate authority is the formal proof of your Muslim identity.

Do I have to change my name?

There is no requirement in Islam to change your name when you embrace Islam. However, it is better for you to have a Muslim name as well as it will be easier for others to identify you as a Muslim. Choose a name that reflects your desire to lead a life in the way of Allah. According to a tradition of the Prophet (PBUH), the best names in the sight of Allah are Abdullah (slave of Allah) and Abdul Rahman (Slave of The Merciful).

What is the difference between ‘born Muslim’ and those who embraced Islam?


In Islam, there is no difference whatsoever between born Muslims and those who embraced Islam. In Islam, the believers are differentiated only on the level of their piety. When a person embraces Islam, he becomes a Muslim. All believers are brothers and sisters in Islam.You become a Muslim by the Mercy of The Almighty.

Is a male required to circumcise to become a Muslim?

Circumcision is a tradition of the Prophet (PBUH). It is mentioned as fitra or a rule of cleanliness. It is obligatory for Muslims to follow the tradition of the Prophet (PBUH). It is exempted if it poses a health risk.

Do I have to stop eating pork meat immediately?

Not just pork meat. Those embracing Islam must ensure that their food consumption conforms to what is accepted as ‘pure’ in Islam. It is not just pork meat and intoxicants that are prohibited in Islam. The rule is that, all food consumed must be halal.

What is halal food?

Halal means permitted or lawful. Haram means prohibited or unlawful. To be halal, food products must be clean, pure and safe for consumption. In Islam, halal and haram apply not only to food products but to all aspects of life.

Do I have to learn Arabic?

The original is the word of Allah. It is not mandatory to know Arabic to become a Muslim. As The Qur’an is recited during prayers, one has to memorize a few chapters. The shortest chapter only has three verses. Learning Arabic will be an advantage as there is big difference between reading the translations of The Qur’an and the original text in Arabic.

Do I have to perform the daily prayers and other obligatory duties in Islam immediately after becoming a Muslim?


Allah knows what is in your heart. Obligatory duties in Islam are not “chores” that are performed reluctantly, but a part of the joy of submission to Allah The Merciful. They must be performed without delay in the spirit of gratitude to Allah The Merciful for the blessings that each of us has been given. Remember that you perform these duties not to please others but to submit to Allah The Merciful Who knows what is in your heart.

Thursday, December 17, 2009

Air Mata Nabi Adam

Assalamualaikum w.b.t.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."



Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah ………………………………..
Bagaimana Arak Memabukkan?
www.iluvislam.com
Oleh/Editor : naadherah




90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya

(Al-Maidah : 90)


Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu) , cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 million. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai “very important and attractive market” dengan melabur sebanyak US$ 20 million bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 million liter arak setahun.



Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon , hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol. Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza.Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen &hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.



Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya. Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.



Perbuatan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya. Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku. ….dan Gulp. Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.



Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”. Sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsure-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.



Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).



Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan.



Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”.





Cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal. Keupayaan deria juga akan berkurangan.Hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayag tidak tentu arah. Kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk, mereka pasti tidak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.


Terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi. Pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah marah manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia. Hal ini menerangkan kebiasaan pemabuk senyum-senyum sendiri, murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”.



Cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis. Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi.



Medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata. Terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba, degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja, selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).Boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip.



Selain daripada terjejasnya pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tidak mampu disenaraikan disni. Antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus. Kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis. Penyakit jantung, darah tinggi dan strok. Untuk wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” . Antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal.(mentally retarded)



Indahnya Islam bukan sahaja melarang orang-orang beriman minum arak, malah melarang umat Islam mendekatinya.Larangsn tersebut lengkap ditujukan daripada penanam anggur untuk dibuat arak, penuai, pembawa, pekerja lori, pekerja kilang, pekerja kedai, bos kedai, pelayan, pemesan dan peminum. Berlainan dengan Amerika Syarikat yang mengambil “langkah berjaga-jaga” dengan menetapkan bahawa pembelian arak yang “halal” di sisi undang-undang adalah apabila telah berumur 21 tahun dan ke atas. “Langkah berjaga-jaga” ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti peminum arak malah mendatangkan kerugian kepada negara sehingga terpaksa menubuhkan National Institute On Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA).



Secara umumnya, agama Islam dan kepercayaan-kepercayaan lain mempunyai pandangan yang sama dalam hal pelarangan arak. Al-Quran jelas menyatakan pengharamannya (antaranya) melalui surah Al-Maidah ayat 90 & 91 .



Kepercayaan Buddha juga menolak arak dalam salah satu daripada lapan Precepts of Buddhism , dengan menyatakan “Orang-orang Buddha perlu menahan diri daripada liquor”. Pengamal Buddha juga dilarang untuk menjual liqour sebagai sumber perncarian.



Dalam bible, the Book of Proverbs Chapter 23:29-33 ada “menasihatkan”, “Do not look at

wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly.At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things, and your mind utter perverse things” ..



Manakala tokoh Hindu, Thiruvalluvar ada “berpesan”, “they that drink liqour are no other than poison drinkers and therefore do not differ from dead man.”



Alhamdulillah sebagai muslim yang faham, sebab yang paling utama untuk kita jauhi arak adalah kerana ia adalah larangan daripada Allah, dan bukannya kerana terbukti oleh kajian intelektual bahawa arak tersebut memudaratkan. Sekiranya pada suatu hari nanti akan terciptanya arak yang memabukkan tetapi tidak memudaratkan adakah kita akan meminumya?



Persoalan yang lebih penting adalah bagaimana mengajak masyarakat sekeliling kearah penjauhan arak menggunakan ilmu yang kita ketahui? Dan tidaklah sesuatu ilmu itu dipelajari melainkan untuk diamalkan. Semoga dengan adannya pengetahuan mengenai arak ini dapat merealisasikan “masyarakat yang jauh dari larangan-larangan Allah”..Amin

Nafsu oh nafsu(from iluvislam.com)

Nafsu Oh Nafsu
www.iLuvislam.com
Dihantar Oleh: nurlinda
Editor: b_b


Saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni. Hari ni, ditakdirkan Allah, Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU. Pagi-pagi saya dah dapat mesej mengenainya, mesej tu berbunyi:

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)



Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah.


Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca, saya terjumpa mengenai nafsu lagi. Wah, hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya, Alhamdulillah!
Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita. Kuncinya ialah:

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)



Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?


Ya Allah, jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah. Saya teruskan bacaan saya lagi, dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH, bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU? Apa kaitan dengan nafsu pulak?

PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)



Mari muhasabah diri, ada kita punyai ciri-ciri di atas? Jujurnya, saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu, maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH. Mengatakan sayang dan cinta amat mudah, tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah, ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.


Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:

"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)



Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.

Sunday, December 13, 2009


Before I was born to this world

Hum,the first time abah,mama & kakak pidah Cameron,abah je yg keje.mama jadi housewife je..duduk kat dalam area mardi jugak,tapi kat atas bukit.sebuah rumah je.Banglo.nice view.hahah.tp time nih aku x lahir lagi.x de lg kat dunia ni…mama yg cter sbnarnye.so…I just write it back…kat depan umah tu ada tnam pokok teh.Arrgghh!!lawonye!!Subhanallah…then,ade 2 pokok besar dpn umah tu.

They lived there happily.mama had a lot of friends there….makcik-makcik….ahaahhaha.she’s not lonely anymore.they lived happily..until one day,my mom was pregnant.and the baby was….Me.

I Was born to this world.

“Uwekk!!kuwek!!kuwek!!” ,I’m cryin’ right now…….!!“Allahuakbar,Allahuakbar!Allahuakbar,Allahuakbar!.......”.well,tu la yg slalunye dilakukan ble baby lahir.sunat.t’masukla aku…I was born on 26th September 1992 in hospital Cameron highlands,Pahang.my beloved birthplace…I’m the second daughter of Tengku Aziz Bin Tengku Muda & Tengku Norizam Binti Tengku Sulong.my sister?she’s 2 years old at this moment,2 years older than me…ahah.she’s the eldest.

My life starts here,in Cameron highlands.i grew up at mardi quarters.our house was number 6.ramei jiran bek2.that was…:

1. Auntie ani & pak cik lokman

2. Pak cik tapa & mak cik ana

3. Pak cik abu & auntie ana

4. Pak cik rosli & auntie liza

5. Pak cik________ & mak cik kiah

6. Pak cik atan

7. Pak cik ali

Tu jaa yg aku ingat..eheheh.yg ddok kt mardi.kalau member…ramie.tp aku still nk masok list jgop!

1. Syahir

2. Pika

3. Syauqi

4. Anis

5. Anas

6. alia

7. Awin

8. Ijai

9. Hawa

10. Wawa

11. Syafiq

12. Soleh

13. Najib

14. Adam

15. Sarah

16. Ainul

17. Naqib

18. Ashraf

19. Syahmi

20. Kak ngah

21. Kak long

22. Nizar

23. Aini

And……the rest,aku x engat.So they’re my playmates.

Banyak mainan yg aku rse agak best,yg aku enjoy ddok kat Cameron.

· Galah panjang

· Sarang tebuan

· Roundes(btol ke eje gni??this is my fav. Game)

· Aci kejar(kejar2 le…)

· Buah beracun

And……..a lot more!can’t describe here.ahah.

Okay,jom start dari aku kecik.

Mama time ni x kje lagi….she take care of us.abah keja sbg pmbantu penyelidik kat MARDI Cameron.ruah ktorang ateh bukit.agak best…..memang best….banyak kabus.memang sejjok.when I was a baby,i was not so cute compared to my sister.she’s much cuter than me.and how many times….i don’t know

4 YEARS OLD

I’m growing up!hoyeh.i can walk.i can talk.mama pulak nak kerja,nak tolong abah…as a clerk.kat hotel coolpoint.so….my mom sent me to the kindergarten(kat skolah convent,ada kindergarten).teacher tu memang garang.a Chinese woman.wearing glasses.yg sekelas nge aku tu plok budop2 cina blake….adoii!1 benda yg aku ingat time aku kt kindergarten dlu,aku dduk kt atas mainan kuda.yg boleh hayun depan blakang.then,teacher tu suroh kitorang nyanyi lagu pebende ntah!in English of course..memandangkan x de orang penah ajar aku English,aku haprak pon x taw pebende diorang nyanyi.so…..memandangkan teacher yg garang tu tengah main piano & sruh kitorang nyanyi,aku pon…………miming je la…. “baa..mee..muu…naa…naa…”…bla….bla….bla….aku x tahu depe nyanyi ape.

Then,I recognized one thing….an unfamiliar thing…..

there’s a cross sign at the wall!

But that moment,I still don’t know what it is,and what they sing.an now,I realized that…..i was so lucky that I don’t even know how to sing that song!Alhamdulillah.

For your information,skolah ni dlu pernah jadi tmpat utk askar british berubat…something like a hospital laa…and there’s a church in this school!that’s for sure.ada sorang sister ni.nice.tapi agak garang laa muka die.takot.actually,I’m a shy person.lepas je nyanyi2 sume ni,yg aku boleh ingat kitorang punye taman.cute,clean,and nice garden.kalau dduk kat skolah ni mmg rase mcm kat oversea la..the only view in Malaysia.that’s all yang aku ingat mase skolah kat kindergarten!

Kakak pon masuk tadika kat convent jgak.she’s 6 years old.hahah.cuter than me…as usual…

It’s time to go home!

Dek..kedek…kedek…kedek….>abah dah datang!!aik motor.balik umah!yeay!broom!tengahari tu mama pon balik umah gak…nak masak.then,mama pon gi keje balik.abah pon nk gi keje gak.bab nih yg paling extreme!tinggal aku sensorang kat umah!fuyyo!abah dodoi aku tido.tepok3.then…..kroh….kroh…kroh.ZZzzzzzzzZZZzzzzzZZZ…I fell asleep.when I woke up..abah’s home?ABAH’S HOME!ABAH BALIK!!!YEAY!!

Bile mase abah gi keje hah??teknik tidor ni slalu digunakan abah & mama kalo nak gi keje.kakak?gi ngaji…ngan ustat yusof a.k.a. ustaz usop.mama balik pkul 6.when it was my birthday,abah beli kek.yahoo.mama lawa…abah ensem..aku ade gmbar lagih…kalo baju aku ngn kakak msti sedondon.colour jep yg laen…huhuh.agaknye mama x yah susah2 nak pkir kot…but we looks cute together.and we’d love to fight.sampai aku nangis2.uuuu…and our cat,BLACK.mati kene langgar kreta.bile ntah.mama yg citer…ksian2.die laa teman setia mama..ahah.

Ehem!

Back to my story laa kan..start kat mne yeh??em,aku still engat kalo kitorg nk balek kampong…nek bas..tadak lagih kete.one more thing,tw kitorg nek motor brape org skaligus??4 org laa…em,agk ramai,tp mjor x kne saman.hahah.



special untuk bebudak kelas 5 sains hayat



SPM IS OVER!!!!!!!

YAHOO!!!

Well,maybe laa yang tuh akan kita jerit (maybe) pasal teruja sangat-sangat pasai dah habis exam spm.Lain pulak caranyer budak 5K,baling mercun terus! Rempit!’POWER..POWER..’.emm…tapi bile fikir2 balik,penah tak korang terfikir yg korang akan tinggalkan satu dunia yang korang takkan lalui lagi lepas ni?ecececeh..(pengecualian bagi hop nok masuk form 6 ye~ >mcm cik Akmal bahari)

Satu benda aku nak bagitaw korang: “I’M GONNA MISS SMK SERI DUNGUN SO…..SO…. MUCH!!!”

Don’t cha?

Ahah…for syafiqah,syikin and my gangs…of course…

Banyak sweet moments aku skola kat seri dungun.especially the pupils,the staffs and the teachers!my classmates!!arrgghh!!love them!although ada budak-budak yang agak nakal (yang memang nakal giler pon ade!uurrgghh!),tapi still best!

Here are things that I love about smksed­:-

· The pupils,teachers,staffs…kalau bebudak kelas aku,ahha~kecoh beb…especially geng-geng ain,nik nor,nadiah,athirah zaidi…emm..toksoh kabo ah!bising giler!tapi aku paling suke kalau dengar ain gelak!!hak3!kelako & best! tak membingitkan telinga…heheheh.nadiah?suka gelak.nik,suka bodek sir..haaaa…cewah!main-main je..athirah ni,ayu je…tak bising sangat.tapi kalau takde group ain,tak kecoh kelas beb!group diorang ni la yg paling happy-go-lucky…ahha~boleh wat carta nih!

· Second group yang happy-go-lucky : group athirah zaki,aisyah,kak bie(nabihah),fatin & safira! Bising bangor! Suka buat lawak..Safira ngan fatin ni kecik molek je.. ku bersamamu,,!!pasai dua-dua pakai baju kuning,pengawas perpustakaan..Athirah zaki ngan aisyah pengawas sekolah. Kak bie pengawas koperasi..Lagi satu,kalu time rehat,kelas kompem bau nasi lemak/nasi kerabu…pasai diorang suka makan dalam kelas..semerbak bau..fuuh..aaahhh…lapor perot deh!

· Next! Group nazurah,thahirah,aina,syahirah & arifah.nazurah,pandai masak!die dengan thahirah ni atlit sekolah laa..semua benda diorang sapu..hoki,bola jarring,kawad kaki pon.!aina,walopon macam main-main,tapi dia ni cerdik w0o0o..slumber yaya…sokmo-sokmo laa.senyum sokmo..happy sokmo..arifah?macam selambe jugak la.tak tau nak describe camner.heh.syahirah…seorang hok semangat!heheh.she’s kind-hearted actually,kalau orang baik dengan dia..kalau tak jangan cari nahas ye..emm…aku kurang sikit cakap ngan korang time2 nak exam nih..sory la beb.har3..nyway,diorang ni pon happy-go-lucky gak.Kalau ade ape-apa program ke untuk kelas (macam jamuan ke..) diorang ni memang pandai laa nak handle..Waa respect korang laa… thank you!!!mmmuuaaxxoxo.

· Another group….Group arina,hidayah & halimah!!har3..tiga-tiga orang nih kiut-miut!emm..kekadang tuh…agak menggiler jugop..dop tahulah aku nak kate mende…isyh3..main ‘SEJIBIK’ macam budak-budak! Fulamak…adeke time tengah buat latihan,si hidayah dengan arina main pukul-pukul…???alalaaaa…comey nyer!Pastu kalau halimah join sekaki main ngan dayah & arina…taw main ape?

-hidayah & arina ambik kasut halimah sebelah,pastu bawak lari!!!!

-huh???unbelievable?believe it..

-that’s it…memang diorang matched,tapi akibat ketensionan nak exam kot,teros jadik kurang betul agaknyer…isk3..har3..agak kelaka.

-geng ni pon main hujan lepas kelas…ayoyoyo..

· Geng aini,aida ngan adeela ni entohler..ahah!aida suka sangat menyakat syikin kalau time belajar fizik..ahhah!dah la syikin pulak jenis sensitive..bak pokok semalu laa katekan..tapi si syikin ni pemalu ke??ahhahhaha..ntohler nk kate…geng-geng nye je yang tahu….burp!si Aini pulak..emm…agak garang jugak kekadang..sampai kalau time kawad kaki pandu puteri pon ade budak yang kate die garang..memang la,cek kak sorang ni jarang senyum.tapi agak cute jugak!heheh.tapi kalo buat lawak tu.,memang lawak giler! Adila pulak,jarang ada kat sekolah…emm,tapi die ni stil rajin jugak!kalau belajar biology,bila cikgu cakap,asyik dia jela yang sambung..that means die study jugak la kat rumah pon. One more thing,kalau kat bahagian ‘Islam corner’ kat depan kelas tu,die laa yang selalu update-kan.(orang hop dok mari jugop hok update…isyh3..)

· Group aqeela,mawaddah,hidayu & ummi rohaizreen!geng cerdik belako nih! Kalau dalam kelas dikategorikan senyap laa,kecuali umi. Umi agak kelaka laaa umi..uahaha.. ‘tanpamu kami kesunyian…’har,har,har..tekdela..jiwang,jiwang…ergh! Tapi kalau kat tusyen kak ma,bising giler,wat lawak sokmo! Aqeela ngan mawaddah ni dikategorikan ayu laa. Si hidayu pulak,slumber yaya.. rilek je mende-mende pon jadik…uhuh. And style die agak…ape ye?sporty eh?anyone???

· OKEH!!SEKARANG NI MEH CAKAP PASAL GENG-GENG AKU DALAM KELAS 5SH PULAK DEH… let’s start with Asyikin! Hurm.. syikin ye?ahha~die ni aku kate macam pokok semalu ye??bukannye pasal sifat malu die tu,tapi aku merujuk kepada…..*tuuutt*har…har..har..QUITE SENSITIVE laa..tapi tak kisah pon..ahha.. ‘aiman tak kisah..’but this girl was so funny,kind-hearted,bla,bla,bla…banyak laa yang baik-baik kan…syikin!!nak makan mi kari mak ko!!! next,AKMAL! Hurm,yang ni sorang kelako sokmo.tapi kalau serious,serious giler! Takot aku.kalo dah semangat study tu,tak perasan dah orang lain…isyh3.. yang aku paling suka bila dengar akmal ngan syikin bergadoh(actually macam ber-debate la jugak) kalau ade pebende yang tak puas hati…esyh!kalau ade phone nak record je apa yang diorang debate-kan tuh!sampai perkataan “wek!” pon ade tekeluar taw!ahha~hum..macam-macam.tapi last-last baik jugak… si Akmal pulak senang sangat terperanjat.Sampai cikgu zuraini bertempit kat depan pon (memang stail dia) akmal terkezut!ayoyoyo.. Next:Nursyafiqah.emm,budak nih.ahha..banyak persamaan dengan aku.banyak la jugak.cume bezanye die tinggi sikit jep dari aku(isk3).kulit sama sawo matang.mak kitorang pon same taste.mak pika suka masak ayam masak kicap kalau bawak bekal time spm(time tak balik rumah tengahari). Mak aku pulak suka sangat kasi lauk kari.. nyway,ana tak kisah sebab mak kitorang masing-masing pandai sangat-sangat masak.heh.thanks a lot ma!hurm,dari segi ‘love life’ pulak…lebih kurang jugak..heheh. both of us love cats (damn much!). genre muzik pon same jugak.taste pakaian pon lebih kurang jugak.kasot pon ye jugak laa.bilik pon ye jugak laa.pendek kata…KEBANYAKAN BENDA DALAM LIFE KITORANG LEBIH KURANG SAME JEP. Betoi tak cek syafiqah??heh.

· Ohh yaa! Terlupa pulak aku nak citer satu geng girls lagi.geng hajar,maisarah & nieyna(wan hazlinah).geng ni cun-cun belaka.baik-baik belaka.stylish belaka.dok macam aku…har,har,har…for your information,wan hazlinah ni kire macam mak sedare aku jugak laa…uhuhuh.ayah die tok sdara aku.geng ni tak bising sangat,bising ngan geng die je…kirenye kalau dalam kelas tu pendiam la kiranye jugak..

· OKEH!BOYS!!! urgh! Tak tau nak cakap macam mana.. tak buleh nak describe! Ahhaha… boys in our class are only… izzat(chong),mubin,kerol,nik izzat,aiman danial & helmi. So…kalau di-totalkan jadinyer 6 orang jep..a’ah..boys kelas depan dah hamper pupus dah.. so,diorang pon tak main laa hidup berpuak-puak ni kan..diorang satu group 6 orang.kalau orang perempuan senyap,diorang bising. Cakap sesame die laa. Sekali….. “ha,ha,ha,ha,ha,ha!!!!” campor 6 orang tuh macam separuh kelas ni ade orang laki! Phew!itulah lelaki…. Kalau yang perempuan.. “pot,pet,pot,pet!”. Tak reti-reti nak stop cakap.. macam banyak cakap fm je,samela jugak ngan aku… heheheh,biasa lah..dah memang gitu orang perempuan suka bercakap,tapi yang bahayanye kalau ter-mengumpat tanpa disedari… errkk!! Bahaye jugak tuh!bukan jugak,MEMANG! Ergh.then,antara ramai-ramai boys,yang paling bisingg izzat,atau kitorang selalu panggil izzat ‘chong’ pasal muka die macam orang cina.her,her,her..ade sokmo lawak die.. uhuh. Cek mubin pulak,anak cikgu ranami,cikgu fizik kitorang..muka sejibik!ahah,sepupu ngan athirah zaki..tapi agak bahaya kalau girls tengok die tanggal spek die…ummm….bahaye laa…mengancam..isyh3…jangan pandang lame-lame mata mubin ye..ahah. em,si cek abang kerol ni pulak tinggi wo0o0….macam galah. Tu pasai orang pangil die ‘calci-yum!’.heh.memang tinggi la jugak..ape tips ko kerol?kakak aku nak…ahak3! And he was stylo…Next,nik izzat…em,mamat smart ni.kalau gi memane kem,ade je yang sangkot agaknye pasal die agak hensem?or…what?ahah.pikir la sendiri..em,nik izzat ni jugak same perangai ngan adeela,suka sambung ayat cikgu kalau time belajar..Cuma bezanya nik izzat ni aktif dalam semua kelas .Suka sambung cakap sume cikgu..uhuh. Si aiman danial pulak…HE’S TOTALLY IN LOVE! With who? Someone. Hurm.he’s funny,kekadang kalut jugak.tapi suka sangat speaking. Bagoz,bagoz,bagoz…tu pasal la die jadi team debate kitorang. Last,cek abang helmi..sepupu-nye syikin.muka lebih kurang same je,macam adik-beradik. Mamat ni memang terer gile BI! Die punye karangan bi memang vocab bagos la..macam baca novel je. Sampai teacher noridah puji-puji die wo0o0o (teacher noridah susah sket nak puji karangan orang bagoz..so helmi punye karangan ni memang kira tahap bagoz giler la jugak..congratulations helmi!kekgi buleh ambik TESL sekali dengan syafiqah & danial keyh!)

· 80% budak kelas kitorang pengawas sekolah.. can you imagine? Fuh…. Wilayah celcom laa katekan.. line clear!!