Saturday, July 20, 2013

Make a kick-start!

-Post versi rojak-

Aku selalu rasa macam nak buat something yang aku nak. Tapi tak terlaksana juga. Mungkin sebab kekangan 'bahan' untuk laksanakan 'projek' yang aku plan dalam kepala ni, jadi secara praktikalnya.... tergendala lah jawabnya.

Lepas tu aku terjumpa satu gambar, dekat ...mana entah. Heh.It sounds like this:


"Every accomplishment starts with the decision to TRY"

I repeat, TRY.
Just try to do it!
Like nike's tagline: Just-do-it.



Pernah satu hari, mak aku tengah kelim karipap. Sebab ada tetamu nak mai rumah.

"Taknak tolong buatkan ke...?"
"Takpelah ma. Nanti tak lawa"
"Tak terai buat macamana nak pandai..."

Aku tak tahu itu statement ataupun... umph. *Dush!Malu~*

Lagipun, sebelum ni kalau buat karipap untuk minum petang, aku jadi tukang kelim. Habis majoriti karipap jadi senget benget, beraneka saiz pulak tu!

"Em, okay..."

Lepas solat, aku sambung aktiviti 'mengelim' karipap. Buat sebijik... 

"Aih, lawa jugak aku buat! Lebih kurang macam yang mama buat je.Hehe..." 

Aku sengih sorang-sorang, semangat nak uli & kelim semua karipap.

The same goes with other things in our life... Kalau tak cuba nak buat satu benda tu, memang takkan pernah pandai & jadi pakar dalam satu bidang yang kita nak tu- sampai bila-bila
.
So... jangan lupa- 'terai' ye! :)

Khalass~

No comments:

Post a Comment