Alhamdulillah... Hari ni selesai jugak aktiviti Explorace 'Kembara Insan'.
Walaupun hujan pada awalnya, (debor gop sposen. Takut-takut program tak menjadi kan).
Tapi, Alhamdulillah, Allah nak bagi hujan habes-habis dulu pagi-pagi,lepas pada tu,Alhamdulillah,bereh~
Peserta pun,subhanallah!Semangat datang walaupun hujan-hujan..Gud2.
Paling terharu & excited-Kak Khai dengan ex-kepimpinan GIA semua datang. *Grin*
Tapi sayangnya Kak Sue yang comel tak datang.Tapi takpa...Let's continue..
Teringat pesan saudara Nabil, pengasas GIA sndiri:
"Matlamat tidak menghalalkan cara"
Biar macam mana pun,kita nak tarbiyah orang,biar kena dengan caranya.
Sounds complicated? Not really..
Macam ada satu video yang aku tengok dekat youtube, tajuk dia Niqab,Hijab,or Nothing..
Di-interview oleh sorang perempuan mat saleh ni..Video ni menunjukkan 3 orang perempuan Muslim YANG:
1-Pakai hijab,tapi tidak menutup muka. (menutup dengan sempurna la,tudung melabuhi dada)
2-Tidak memakai hijab
3-Memakai hijab serta berpurdah (ataupun orang paggil Niqab la)
Yang si tak pakai hijab langsung ni cakap, macam tak relevan kalau kita nak menarik orang yang bukan Islam sekiranya kita berpakaian macam tu (berhijab la maksud makcik ni).
Nampak tak,cara dia salah,walaupun niat dia untuk menarik orang bukan Islam.Tapi....dia sendiri tak ikut syariat Islam.Benda yang paling simple,tutup aurat pun dia tak laksanakan.
Parok...parok..Walaupun niat dia betul doh,nak tarik orang bukan Islam kepada Islam,tapi masalahnya, cara makcik ni tak betul. See? Bagaimana niat dia yang betul tu tetap tak menghalalkan cara dia yang freehair tu tetap SALAH.
She said, 'It is not stated in the Quran that we need to cover certain parts'.
And Sumayyah, the woman with hijab(without niqab) stated that 'It does. It is stated in the Quran that the woman should cover their body parts,except for your hands and your face.'
And...once again, ditegur saudara tadi pasal pemakaian stokin di kalangan muslimat.
Bukan dia usha sokmo kaki muslimat.haha.dop..
Tapi gitu la.
Benda yang paling simple ni boleh kasi effect yang besar pada diri kita tau.
TARAK PERCAYA??
Meh ambe kasi satu analogi..
Anda nak buat sebuah rumah.Rumah yang besar,lagi CHANTEK!
Of course,nak buat rumah yang besar,tiang nya mesti KUAT,right?
Base nya mesti kukuh.Baru boleh nak support atap,dinding,and....so on..........
So,apa kena-mengenanya dengan kehidupan kita?
Benda yang basic,dari sekecil-kecil perkara pun boleh effect segala perlakuan kita.
TARAK PERCAYA LAGI?
Dalam Islam kan,segala perkara yang kita kena buat,mesti bermula dengan niat kan..
HADIS PERTAMA DALAM HADIS 40 OLEH IMAM NAWAWI
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : (إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ).
رواه إمام المحد ثين أبـو عـبـد الله محمد بن إسماعـيل بن ابراهـيـم بن المغـيره بن بـرد زبه البخاري الجعـفي،[رقم:1] وابـو الحسـيـن مسلم بن الحجاج بن مـسلم القـشـيري الـنيسـابـوري [رقم :1907] رضي الله عنهما في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة.
رواه إمام المحد ثين أبـو عـبـد الله محمد بن إسماعـيل بن ابراهـيـم بن المغـيره بن بـرد زبه البخاري الجعـفي،[رقم:1] وابـو الحسـيـن مسلم بن الحجاج بن مـسلم القـشـيري الـنيسـابـوري [رقم :1907] رضي الله عنهما في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة.
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
Kalau nak tau lebih pasal HADIS 40 , klik SINI
You can read more HERE
Jadi, sebelum buat apa-apa,betulkan niat dulu bro,sis..
*Peringatan untuk ana & semua ^_^
Jika ana tersalah,betulkan. Jika anda salah, InsyaAllah saya tulun.
Sama-sama saling mngingati yea.
Saya budak masih belajar~
Peace be upon you~
No comments:
Post a Comment