Friday, October 29, 2010

I wanna change!


Bukan senang nak dapat kesedaran..
Tambah-tambah yang keras hati.Tak ambil kesah apa orang cakap.Gining Contoh jawapan die..

"Do I seems like I care?"
"Ala...Aku bukan buat pape pon.."
"Belom dapt hidayah lagi kot..."

Jawapan yang sama,yang agak bosan aku mendengarnye..Bukan tak dapat taufik & hidayah lagi.Teguran tu pun salah satu daripadanya (Based on what I've read laa). Dah ditegur,sedar kesilapan,boleh berfikir,pertimbangkan yang mana betul,yang mana salah.Tapi,masalahnnya,tak ada keinginan untuk berubah.*Teet...!*

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." 
 
 Jagalah hati...Kalau rosak hati,maka rosaklah keseluruhan jasad itu...
Ahah!Tau kan benda ape yang dapat mamatikan hati...?
Ni list die.. :
 
10 Perkara Yang Mematikan Hati.
  1. Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
  2. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
  3. Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
  4. Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
  5. Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
  6. Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
  7. tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.
  8. Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
  9. Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kami tidak bersyukur kepadaNya
  10. Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

 Jadi...Pesanan ambe,kalau nak berubah,tetapkan dalam hati yang anda betul-betul nak berubah!Say!"Iwanna change to be a better person!".Yang penting,Lillahita'ala...Kerana Allah,bukan sebab nak orang sayang or whatsoever..Tu yang pertama..

Second-Mindset tu penting.Tetapkan perkara-perkara yang anda nak buat dalam tempoh untuk berubah tu.Macam...Contoh la nak start pakai tudung daripada freehair.

1-Cari ilmu-Dalil-dalil kenapa wanita wajib bertudung.So that kukuh pegangan anda...Tahu apa tujuan bertudung,batas-batas yang ditetapkan oleh syara'.Al-Quran & hadis kan ada,complete!Kalau ade tambahan daripada buku-buku ilmiah pun lagi bagus!Pendapat-pendapat ulama'.Internet pon...bekapoh(banyak) ada maklumat.Everything just at the tip of your finger!(Zaman dah maju....hehe)

2-Pastikan bertudung mengikut panduan syara'.Ha...ni yang banyak silap orang zaman sekarang ni.Bertudung sekadar untuk berfesyen kah?Atau untuk menutup aurat kerana Allah?Nak pakai tudung lilit!Tak salah...Asalkan tak jarang,melabuhi bawah paras dada,menutup aurat (bukan sekerat je tutup kepala),etc.
Make sure you know everything that you do.Apa-apa pon nak buat,mesti kena ada ilmu.

3-Tanya orang yang lebih berilmu.Macam ustaz,ustazah,ataupun orang yang boleh dipercayai..Perubahan memerlukan usaha.Haha...Through my experience la.Ambe pon banyak diajar & ditegur kawan,fesi-fesi kat kem (Fuh!Memang tegas giler!BTW,thanks a lot fesi-fesi sekalian :)

Dan ...banyak lagi kot yang mungkin ambe terlupe nak senaraikan dalam ni,komen la deh~

Last but not least....Everything that you do must be based on Al-Quran & As-sunnah and also knowledge.
Jangan malu bertanye,nanti sesat jalan (bak kate incik aya-again) XD


Before I end my speech(aceceh.),meh kite bace ni:-

15 Ciri wanita syurga (amin!):-

 1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Assalamualaikum!

 
Rujukan:-



No comments:

Post a Comment