Sunday, November 7, 2010

Benda kecik boleh jadi benda BESAR..........

"Janganlah bersedih jika nasihat anda tidak dapat mengubah rakan anda menjadi seorang yang lebih baik,kerana bukan hanya dengan menasihati sahaja anda dapat berdakwah kepada rakan-rakan untuk berbuat kebaikan,tetapi perbuatan ataupun akhlak yang anda tonjolkan juga merupakan salah satu cara untuk mengajak orang berubah kepada kebaikan."Contohilah akhlak rasulullah s.a.w.di mana baginda mempunyai akhlak yang terpuji,yang membuatkan orang lain berminat untuk memeluk agama islam.

"Pray whole heartedly & ask for His forgiveness"

Bagaimana pula dengan kita sebagai hamba Allah yang penuh dengan kelemahan ini?Seringkali mengeluh kerana tidak berjaya untuk menarik ataupun mengajak rakan-rakan supaya berubah.'People needs time to change'. Agak mustahil untuk seseorang berubah secara drastik,sekelip mata! Saya juga memerlukan masa untuk berubah.Setiap perkara yang hendak dilakukan memerlukan pertimbangan,dan juga persediaan.Walaupun perkara tersebut hanya sesuatu yang simple, tetapi tetap memakan masa,samaada pendek ataupun panjang.

Namun begitu,walaupun sesuatu perubahan ke arah kebaikan memerlukan masa,saya rasa tidak semestinya seseorang itu memerlukan masa yang panjang untuk berfikir & mempertimbangkan perkara tersebut.Ala,macam kahwin,makcik-makcik selalu cakap..."Perkara baik macam ni tak elok dilambat-lambatkan..Tak elok ditangguh-tangguh...".Tetapi bagaimana pula dengan hal-hal lain yang lebih penting?Sebagai contoh ,solat.Jika anda tidak menunaikan solat fardhu 5 waktu...Kenapa perlu ditangguh-tangguh untuk berubah supaya menunaikan solat fardhu 5 waktu secara penuh?Kadang kala perkara yang lebih penting seringkali diremeh-temehkan. -.-'


No comments:

Post a Comment