Wednesday, April 20, 2011

Mahabbah.

Assalamualaikum~


First time aku guna istilah mahabbah ni.Maksudnya cinta dan kasih sayang,atau love(english),aii(cina).Sebelum ni tak pernah tahu apa maksud 'mahabbah' ni,cuma pernah dengar sahaja.Sampai lah aku terbaca artikel yang menarik ini.
Alhamdulillah,author dia kasi copy.Yeay!
*Fireworks,fireworks*
Yang best nya kat sini,dia ada kasi tips... ^_^

Tips menuju cinta Allah SWT :
  • Jangan terus-menerus melakukan kemaksiatan. Jangan sayang kepada dosa dan maksiat yang kita sayang. Pujuklah hati dan tawanlah ia dengan keazaman, kesungguhan dan keseriusan. Dosa, aku benci kamu! *hiyarrghhhhh*
  • Segeralah meninggalkan teman-teman yang “buruk”. Ia hanya merosakkan kita, dan mendekatkan kita kepada kebusukan bau neraka. *Tak bermakna sisihkan diorang*
  • Kerjakan solat fardu lima waktu tepat pada waktunya. Dan terus menerus istiqamah. InsyaAllah, anda akan merasai suatu kelainan dalam kehidupan. *Tengok post sebelum ni-->kelebihan solat awal waktu~*
  • Berjinak-jinaklah melakukan solat fardu secara berjemaah di surau atau masjid. Tidak perlu sekali gus serentak. Tetapi beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. *Ehem.boys especially*
  • Saudara saudari – banyakanlah mengingati Allah SWT dalam setiap detik kehidupan anda. Cara termudah, perbanyakanlah berdoa. Berdoa selepas solat, berdoa di saat musibah dan berdoa di saat senang. *Isk*
  • Latihkanlah diri, bangun awal 30 minit sebelum subuh. Mencari peluang di waktu tercedera untuk mendirikan solat sunat Tahajud untuk mencari kemuliaan dan ketinggian. *Isk,isk*
  • Bergaullah, bertemankanlah teman-teman yang soleh. Carilah sahabat yang soleh dengan berdoa bersungguh-sungguh dan bergantung penuh pengharapan kepada-Nya.
  • Hadirilah majlis-majlis ilmu dan tazkirah untuk memberi peringatan kepada jiwa dan hati. Kosistenlah dengannya agar, penawar kepada kekeruhan hati sentiasa disuntik kepada jiwa kalian.
Untuk lebih lanjut tentang artikel ni,pergi ke langit ilahi


Kadang-kadang..Eh,bukan kadang-kadang lah.Selalunya,kita sokmo lupa pasal mahabatullah (maksudnya--->mencintai Allah).
Sungguh!Wa talak tipu sama lu.

Tersiksanya hidup kalau mengenangkan orang yang kita asyik 'love' ataupun crush.
Hari-hari asyik fikir what's going to happen next?
Dia curang dengan aku ke tak?
Kenapa dia buat aku macam nih?
Heh.Serabut kepala hotak jah.

Aku suka ayat Mr.K yang....dikatakan,er,memang famous blognye.
Dia kabo gining: "Sedangkan orang yang dah kawen pun boleh bercerai,apatah lagi orang yang bercouple"
Something like that la..I agree with him.*Betul apa~*
Lagipun,couple is not a serious relationship.
You won't do anything to protect it.
Er,I mean,you won't put too much effort.
Ahh...

Mahabbah.
Mahabatullah.
Aku rindu nak rasa macam tu.
Seriously.
I've changed a lot. T_T



Ada 3 fasa dalam mendapat rasa cinta kepada Allah,ataupun mahabbah...
  • Pertama, Ma’rifatullah ( Mengenali Allah SWT)
  • Kedua, Thoatullah ( Mentaati Allah SWT)
  • Ketiga, Mahabatullah (Mencintai Allah SWT)
 

Tak kenal maka tak chenta.Mungkin kita belum kenal Allah...
Kenapa?
Mungkin sebab belum cukup taat kepada Allah?
So,sebab tu belum cinta kepada Allah?
You have the answers.

Frankly speaking,why I love biology so much...
Sebab aku nampak kehebatan ciptaan Allah.
Aku suka belajar part usus,yang ada villus.
Badan yang hasilkan macam-macam hormon.
DNA yang hasilkan macam-macam genetik,rupa paras manusia.
Pokok,macam mana dia mengawal kandungan air.Stomata,etc,etc.
Macam mana proses fotosintesis berlaku.
Macam mana adaptasi tumbuhan mengikut keadaan tertentu...Pokok bakau.
And...the greatest thing is the human body.
I think a human is one of the complex creatures of Allah's creation.
They have feelings,which are unseen.
Animals too.Yeah.
That's why I love to watch documentaries.
I can see the greatness of Allah's creation...
Hebat!
Sungguh hebat!

Mampukah kita menangis dengan termenung melihat pokok kelapa?
Betapa complex nya ciptaan pokok kelapa.
From the roots to the bark,leaves,and then fruits.

Who's the creator?
Who?
Yes,Allah.

Tapi,apa yang aku fikir?
Tak kagum kah?
Ingat senang manusia nak cipta rumput dengan sendirinya?(Boleh ke?)
Ingat senang walaupun untuk manusia sendiri cipta a single cell?
An atom?Just a single atom?
Manusia cipta segalanya menggunakan ciptaan pencipta mereka.
Tak ada satu pun yang kita cipta sendiri.

Ah,baru aku sedar.
Mungkin itu maksudnya yang dunia ini hanya pinjaman.
Kita hamba.Lemah.

Sebanyak mana kita menangis sebab rindu Allah?
Sebanyak mana kita menangis sebab rasa diri kita ni kecik sangat?
Sebanyak mana kita menangis sebab kagum dengan ciptaan-Nya?
Banyak mana?

Aku rindu rasa yang macam tu.
Seorang yang mencintai seseorang akan menangis merindui kekasihnya.
 Mana perasaan tu hilang?

Carilah semula.
Aku PERLU cari semula!
Jangan biarkannya hilang.
Kerana cinta Allah itu adalah syurga dunia.
Nikmat yang tak terkata.
Terasa hidup tenang sentiasa.
*Teruskan mencari & aku akan jumpa,insyaAllah*

Pernah menangis bila tengok encyclopedia?
Mesti orang kata hampa gila.

 
-Tudungceklat-







4 comments:

  1. cinta Allah yang tidak pernah mengecewakan,
    jazakillah ukhti diana sayang! :-)

    ReplyDelete
  2. btol kata dibah tu..
    bercinta dengan Allah tak susah..
    takde syarat..klau nk brcinta..brcintalah..
    Dia takkan kata.."nak brcinta ngan aku kena ada duit".."kna ambik law atau tesl"..haha..
    "kurukan bdan dlu atau jngn mkan sayur".
    sebaliknya Dia akan kata.."selangkah kau datang padaku ..seribu langkah aku datang kepadamu".
    see..how huge Allah's love for us..
    syukran dyana n dibah ats prkongsian ..

    ReplyDelete
  3. berhati-hati bila membaca/cedok artikel. Artikel tanpa disandarkan pada quran dan hadis maka syaitan lah sandaranya. Tahniah pada saudara yg berkongsi ilmu, tapi (minta maaf) mesti di sertakan dengan quran dan hadis sahih yang lengkap dengan Prawinya, agar ilmu yang dikongsikan itu sah. Allahuakbar..

    ReplyDelete
  4. mungkin artikel yang dikongsikan ni tak terlalu bersifat factual. cuma lebih bersifat berkongsi pendapat...mungkin bukan satu bahan bacaan yang berat. insyaAllah lepas ni mungkin akan berkongsi post yang disertakan dengan al-quran atau hadis.trima kasih~

    ReplyDelete