Sunday, June 5, 2011

Kalori & syukur

Assalamualaikum~

*Our family have 5 wedding ceremonies to be attended yesterday.Selamat pengantin baru yaw!*
Apa khabaq badan?Banyak tak kalori yang terbakar lepas pergi banyak kenduri cuti-cuti nih?
Haha... Ambe pun gitulah gamoknye,lepas ni kena bakar balik semua kolesterol yang dah ditelan dek pergi kenduri kahwin,tak tambah lagi dengan nasi minyak yang ada dalam peti ais tu,ayam masak merah,gulai,er,jeruk,apa gaban lagi entah!

*Click for a bigger view of this article*

See?Banyak ya amat makanan dekat Malaysia ni...Tau tau lah bersyukur.He he.
Yeah,I've watched some pictures,children in africa infected & have a lot of diseases due to malnutrition,drought,lack of clean water sources,AIDS and so on...
Kita dekat Malaysia,walaupun musim kering sekarang ni,tak ada air,masih boleh makan sedap,nyum nyum lauk kenduri,nasi minyak,nasi beriani,ataupun nasik dagang(ada ke dibuat orang?).
So,bersyukur lah banyak-banyak ya.

Apa khabaq pulak iman?Sakit ke?(Soalan yang sokmo ditanya.Ah,lantaklah,nak pringat sokmo!Hom3~~)
Bila baca majalah solusi(edisi ke-30) dapat lah ambe tips ni~Rasanya ramai yang dah tau.Nak share jugop guane2 pom!

Cara elak iman luntur:

  • Tingkatkan kualiti ibadah.Contoh termudah,cara Rasulullah beribadah.Walaupun sudah dijamin syurga,baginda tetap beribadah dengan baik,kerana baginda hanya ingin menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur.(kita,i mean,me,bersyukur tak?how?)Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Allah berfirman: 'Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang aku fardhukan kepadanya.Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya."(Riwayat Al-Bukhari)
  • Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah.Caranya,yang dicadangkan disini,ialah dengan bermujahadah.Tau tak apa mujahadah tu?(Dulu ambe pon tak tau).Maksudnya berlawan dengan nafsu.Ehem,I know,sometimes it's kind of hard to do that.But,trust me,you can do it,as long as you are tempting to do so.It's all in your hands...
  • Selalu menghadiri majlis ilmu.Tanpa ilmu,apa benda yang ada?Empty...Ya,sebab tu kena cari ilmu.Jarang rasanya ilmu nak datang bergolek-golek.Selalu nye orang pergi sekolah,pergi kuliah,even depan skrin laptop pun kena search dekat google!Kan? Mencari-cari juga tu.So,rajin-rajin lah cari ilmu untuk santapan rohani jugak.Bak kata HAMKA,"Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya." Jadi,untuk jiwanya,carilah.Mesti ada masa,insyaAllah.Untuk Uitm Kuantan,Alhamdulillah,setiap minggu ada Quranic Group (usrah) kan?



Oh ya!Lupa nak cakap,tahniah & syukur sangat-sangat sebab kelab GIA dengar ceritanya dapat sambutan yang agak...meriah?
& dengar cerita insyaAllah,junior yang  bakal teruskan usaha dakwah di UiTM kuantan pun hebat-hebat belaka...(?)
InsyaAllah...Semoga usaha kamu nanti memperoleh redha Allah..
Bukan kesannya yang diharapkan,tetapi usaha kita yang dinilai.
Biarpun dianggap kecil,tapi setiap suatu tu tetap dicatat 24/7 samaada sebelah kiri,ataupun kanan. ^_^

Cakap pasal menjadi seorang yang cool,macam mana ya nak jadi macam tu?
Tak gelabah bila ada masalah.Tak tension walaupun berserabut.Pandai control emosi.
Har har har.
Ambe tengok orang zaman lening cepat sungguh melenting.
Walaupun masalah tu kecil aje.
Pernah dengar tak ayat ni,

"Every cloud has a silver lining"
    (said to emphasize that every difficult or unpleasant situation has some advantage)
    "Setiap perkara yang berlaku,ada hikmahnya"
      Kompem pernah dengar kan...Ayat famous tuh...
      Kenapa orang cipta ayat-ayat,ataupun idioms yang sedap-sedap tuh?Nak bersastera aje ke?
      Tak...Penuh makna sebenarnya ayat tu.A single phrase explains everything.
      "Every difficult or unpleasant situation has some advantage".
      Kata orang,jadi optimistik,ataupun berfikiran positif.
      Like I've told you before,everything is in your hands.I mean,you,yourself control your own emotion.It's not that hard actually.Tentunya,dengan izin Allah juga.

      Pernah aku dulu,esoknya nak hantar assignment Sir Nawawi,pagi.Malamnya tu aku dengan sorang kawan aku ni,Dayah nak print out la dekat kedai depan Uitm sekilau tu.So,memandangkan Dayah tak ada pendrive,aku pun kasi la dia guna pendrive yang sama aku nak guna untuk print out assignment tuh. Ehem,bad news.Kitorang punya file name sama.& komputer tu pulak tak keluar warning doh!Wuuw!
      Then,bila bukak2 nak cari file dayah,print out,bereh..
      Bila cari fail aku...Eheh.Tak ada. Walaweh!
      Time tu la,kalau aku gelabah memang hancus la.Then,aku terfikir,mesti ada fail tu dekat microsoft word kat aptop aku,dia autosaved ke?(Dahla aku tak buat backup!memang cerdik lahh.Pengajaran dekat sini,save assignment banyak banyak dekat tempat lain,buat backup file~).
      Aku fikir,Allah mungkin nak uji aku,malam tu aku kena buat assignment sepanjang malam,tak boleh tidur.Aku fikir,mungkin ni ujian Allah untuk aku,yela selama ni rasa macam tak ada masalah aje kan.Apa salahnya diuji?Kalau tak diuji,ada nak ingat Allah selalu?Humm...
      Lepas aku cari punya cari dekat laptop tu,alhamdulillah,aku bersyukur sangat bangat!
      Ada fail tu.Si dayah pulak yang gelabah fail aku hilang.Haha..

      *We've got to avoid these things* -sigh-

      So,sebenarnya ambe nak kabo kat sini,jangan gelabah kalau diuji.Terima dengan tenang.Bak kata Adah,redha...Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Dan,memang ya!Walaupun bukan sekarang kita nampak hikmah disebaliknya,mungkin beberapa hari,bulan,tahun ataupun dekad yang akan datang?

      Macam tadi,lantai habis kotor sebab kucing aku,panjang tak sihat,dia pegi throw out pulak atas tikar.Abah agak geram sebab tikar tu baru beli.Tapi,aku terfikir,kalau bukan sebab mama pasang tikar tu,mesti ..I have to collect those 'things' using my..my.. hands.Can you imagine that?Kalau ada tikar angkat & basuh aja.Heh.

      (I know,It's kind of complicated to be understood.It's okay XD)

      So,kalau ditimpa musibah atau ujian,jangan mengeluh awal-awal,fikir akan kebaikannya selain daripada buruknya.
      *Ingatan untuk diri terutamanya.
      "Kita memohon kebijaksanaan. Dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang."
      Ehem.jom jadi matang...
       
      "Sihat itu tuntutan,Mati itu ketentuan~"
      -Tudungceklat-

      1 comment:

      1. Jom jadi matang.
        Syukran diyana :-)
        Bagus kisah kucing yang 'throw-out' tu.haha.dari p'kara kecil yang terjadi pun dapat muhasabah diri.

        ReplyDelete