Tuesday, January 26, 2010

pohon yahudi?

"Mengenali Pohon Al Gharqad ( Mutiara Hadis Nabawi )
( Mengajar erti Kesempurnaan iman Mu´min dan kecelaruan kepercayaan Yahudi )
http://najhie.... blogspot. com/
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu A´laihi Wasallam:
"Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". Hadis riwayat Imam
Muslim (2922)
Mu´min
beriman sepenuh hati terhadap karasulan nabi Muhammad S.A.W. Iman
mereka solid terhadap semua perkhabaran peristiwa akhir zaman yang
disampaikan oleh Nabi S.A.W.
Misalnya tentang hadis "Pohon Al Gharqad" yang menyatakan kemenangan akan berpihak kepada ummat Islam. Sepatutnya Yahudi beriman dan bersama-sama menyertai ummat Islam menjadi ummat yang menang itu.
Namun
bagi yahudi, mereka mempercayai hadis tersebut dengan persepsi yang
berbeza. Lantaran itu mereka amat gemar menanam pohon tersebut dan
memanggilnya sebagai "Pohon Yahudi". Mereka percaya ia akan melindungi
mereka dari kemenangan ummat Islam.
Maka, persepsi inilah yang
membezakan antara keyakinan dan keimanan ummat Islam dan kepercayaan
yahudi yang salah. Amat jelas lagi bersuluh , pegangan yahudi itu amat
menyimpang dari kebenaran yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W.
Namun
sikap keras kepala dan keangkuhan mereka menghalang mereka dari beriman
sepenuh hati walaupun hati kecil mereka percaya bahawa Nabi Muhammad
adalah utusan untuk semua manusia yang wajib diimani kerasulan Baginda.
Mengenalinya adalah adab membenarkan hadis Nabi S.A.W.
Ramai
yang tidak mengenali pohon Gharqad. Pohon ini banyak ditanam oleh
Yahudi di bumi jajahan mereka di Palestine. Inilah bukti keyakinan
tanpa iman mereka terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Baginda
Nabi pernah menyatakan bahawa di akhir zaman akan berlaku peperangan
hebat antara Yahudi dan ummat Islam yang berakhir dengan kekalahan
Yahudi. Dalam perkhabaran tersebut Nabi Muhammad S.A.W.
menceritakan tentang perihal pohon Gharqad yang menjadi tempat
persembunyian Yahudi.
Nama-nama lain bagi Al Gharqad
Pohon Yahudi, A´uwasaj, gharghad, sahnun, inab, A´uwasyaz, dan Al Ghardaq
Pohon Al gharqad ataupun nama saintifiknya (Nitraria retusa) daripada Keluarga ( zygophyllaceae) .
Ciri-ciri pohon Al Gharqad
· Berdaun kecil, berduri, berbuah kecil, bulat dan merah.
· Mencapai 1-3 meter tumbuh melata kawasan berpasir seperti seperti padang pasir
· Berbunga dan berbuah pada musim panas dan luruh, tumbuh di kawasan tanah Arab (Timur tengah) Palestine, Mesir, Yaman, Iraq dan lain-lain.
· Pendapat lain ialah pohon ini hanya tumbuh di bumi "Hijaz".
Persepsi Kepercayaan Yahudi terhadap pohon Al Gharqad
(Sikap double standard yahudi terhadap keimanan kepada Rasulullah S.A.W)
Yahudi
telah lama mengetahui tentang kebenaran kenabian Rasulullah S.A.W. dan
apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A..W. bahkan semua tentang Nabi
Muhammad S.A.W. telah disebut dalam kitab suci mereka. Mereka amat
mengetahui dan yakin dengan apa yang dinyatakan oleh kitab mereka namun
mereka enggan mengakuinya.
Hakikat ini dikhabarkan Allah:
الَّذÙ?ينَ
آتَيْنَاهÙ?Ù…Ù? الْكÙ?تَابَ يَعْرÙ?Ù?Ù?ونَهÙ? كَمَا يَعْرÙ?Ù?Ù?ونَ أَبْنَاءهÙ?مْ
ÙˆÙŽØ¥Ù?نَّ Ù?َرÙ?يقاً مّÙ?نْهÙ?مْ لَيَكْتÙ?Ù…Ù?ونَ الْحَقَّ ÙˆÙŽÙ‡Ù?مْ يَعْلَمÙ?ونَ
Orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil)
mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan
sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran,
padahal mereka mengetahui. - Al Baqarah 146
Sikap " Double
standard" Yahudi dalam aspek keimanan cukup membingungkan. Mereka
beriman dengan khabar dari Rasulullah S.A.W. tetapi mereka tidak
mengakui kerasulannya malah berusaha berhadapan menyanggah hakikat
perkhabaran nubuwwah itu.
Antaranya mereka percaya dengan hadis
" Pohon Al Gharqad " yang membawa makna kemusnahan bagi mereka lantaran
keangkuhan dan kekufuran mereka namun mereka menafsirkannya sebagai
cabaran buat mereka bagi berhadapan dengan kebenaran kemenangan ummat
Islam pada suatu hari nanti.
Atas sikap ini maka Yahudi menanam
sebanyak mungkin pohon Gharqad sebagai pelindung. Lantas sikap ini
membawa maksud mereka percaya dengan hadis Nabi namun sengaja
mengingkarinya.
Al Gharqad di sisi Yahudi
Kaum
Yahudi memaksudkan pohon Al Gharqad yang disebut oleh nabi sebagai (Al
A´uwasaj) yang banyak ditanam di negara haram Yahudi sekarang ini.
Imam
At Thobary didalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Mua´mmar dan Qatadah
menyatakan yang di maksudkan dengan "البقعة المباركة من الشجرة" dalam
firman Allah :
Ù?َلَمَّا
أَتَاهَا Ù†Ù?ودÙ?ÙŠ Ù…Ù?Ù† شَاطÙ?ئÙ? الْوَادÙ?ÙŠ الْأَيْمَنÙ? Ù?Ù?ÙŠ الْبÙ?قْعَةÙ?
الْمÙ?بَارَكَةÙ? Ù…Ù?Ù†ÙŽ الشَّجَرَةÙ? Ø£ÙŽÙ† يَا Ù…Ù?وسَى Ø¥Ù?نّÙ?ÙŠ أَنَا اللَّهÙ?
رَبّÙ? الْعَالَمÙ?ينَ
"Maka
tatkala Musa sampai ke (tempat) api itu, diserulah dia dari (arah)
pinggir lembah yang diberkahi, dari sebatang pohon kayu, yaitu: ""Ya
Musa, sesungguhnya aku adalah Allah, Tuhan semesta alam," - Al Qashas 30
Ialah : Pohon Al A´uwasaj ( iaitu Al Gharqad).
Berkata Al Qurthubi: Pohon Al A´uwasaj apabila sudah membesar ia dipanggil Al Gharqad.
Kata Imam Nawawi: Al Gharqad adalah pohon yang berduri sangat dikenali di Baitul Muqaddis(Palestine) .
Maklumat khusus mengenai Al A'uwasaj (العوسج )
Nama Saintifik bagi pohon A´uwasaj : Lycium Afrum
Daripada Keluarga tumbuhan-tumbuhan : Solanaceae
Khasiat Perubatan
Melancarkan dan melawaskan pembuangan air kecil, Sembelit dan baik untuk perut.
Usaha Israel menanam pohon tersebut
Yahudi
amat yakin bahawa pohon Gharqad akan melindungi mereka dari kemaraan
ummat Islam. Oleh itu mereka memperuntukkan dana dan usaha yang bersar
untuk menanamnya di jajahan mereka sebagai perlindungan.
Kenyataan
ini turut diakui oleh Syeikh Al Mujahid Tamim Al A´dnany menyatakan
Yahudi banyak menanam pohon ini di Taman-taman , persiaran dan
jalan-jalan.
Maklumat tersebut dikukuhkan lagi dengan kenyataan di halaman http://www.jnf.... org iaitu laman web bagi "Jewish National Fund " yang berfungsi sebagai
agen pembangunan hutan dan pemeliharaan ekologi, pendidikan, sumber
air, keselamatan, pembangunanan komuniti dan lain-lain aktiviti di
Israel.
Organisasi inilah yang menjalankan aktiviti menanam
pepohon sebanyak mungkin di Negara haram Yahudi Israel. Laman tersebut
menyatakan bahawa organisasi yang diilhamkan oleh Theodor Herzl itu
telah Berjaya menanam sejumlah 240 juta pelbagai jenis pokok termasuk
pokok "Hawthorn" yang membawa maksud kepada pohon Al Gharqad.
Rujukan :
1. Al Quran dan hadis ( Imam Muslim)
2. Kitab " Tumbuh-tumbuhan perubatan yang disebut dalam Al Quran dan Sunnah Nabi" - Daru Salam
3. albrari.com
4. majles.alukah. net

No comments:

Post a Comment