Aaaaaaaaa....
Agak bosan ya kalau duduk rumah saja-saja. Tapi yang paling aku suka environment dekat dungun nih.
Abah & mama main badminton,(kenapa aku tak join eh?Orang ber-dating,JANGAN KACAU!Ini yang halal punya dating,takpa lah aku nak biar pon.Ahaks!)
Rindu nak pergi kelas dengan Pikah,Syikin,Akmal,Thirah...Korang memang cute ^_^
Akmal dengan Syikin yang sokmo nak buat aku tergelak tengok gelagat diorang.Yang selalu nasihat aku.Thanx guys~ :)
Syikin yang kuat merajuk(tapi cepat sejuk.)Bodek bodek sikit jah dah ok la.Bagus!Senang kerja aku... Main main jah syikin...jangan tarik muka taw.Nanti cepat tua.Ekau dah cute dah cenggini~ :D
Si Akmal pulak..Orang sokmo paggil dia boloq. Kalau pergi rumah dia,mak dia selalu menyakat dia. Haha..
Tapi, apa apa pun, kau paling bagus kalau kasi nasihat ke, info ke, share ilmu ke... Even explaination kamu agak panjang meleret, takpelah, saya setia mendengar. Ngeh ngeh ngeh...
Last but not least,selalu buat lawak.Sokmo gaduh-gaduh manja dengan Syikin ya~Tu la perapat kasih sayang korang,kot.Eheh
Kamu pulak Pikah/Syafiqah! Sangat sangat sangat lah ayyuuu first time aku tegur ekau dekat dewan yah! Mak aiii.... Tapi terima kasih ya,sebab bimbing saye... (Ceh, 'saye' ouuu...Malu I..)
Aku bersyukur sangat-sangat dapat kawan yang macam ekau.Pehtu,mekasih eh sebab banyak tolong saye~Dengar masalah sayer.
Athirah~Jeng3!Cek mek ni sorang,sangat humble,pandai bercakap,pandai berkomunikasi....Paling penting,pencipta mesen 50sen. Hahah! Bahaye nggoh.Bak ah!
Aumm...Lama sudah tak contact kamu yahh...Per citer lenim? ^_^
And,aku rindu sangat nak lepak dengan korang.Dekat pantai ke,rumah aku pon bereh ah~Moh la mari kalu rajen.
And aku teringat,masa aku form 4 ni la baru aku betul-betul (agak) paham (laa) apa itu Islam. I mean, bukan dari segi istilah/bahasa yang kita dok belajar dalam PAI tu kan,tapi,peranan gelaran 'ISLAM' tu dalam hidup aku.
(Ni menunjukkan yang form 4 baru aku nak matang dari segi pemikiran. Duhh...Lambatnya.Tak pe, biar lambat, jangan tak sempat! ^_^ )
Pastu,kalau orang tanya "Apa yang awak tahu tentang Islam?"
Naya aku nak jawab, tak tau mau jawab ape (Time tu la. Masa tengah jahil lagi.Isk)
Sekarang, aku sudah tau mau jawab apa~ Har3....
"Islam is the way of LIFE!"
OR in malay,
"Islam itu cara HIDUP!"
"Apa makna Islam tu cara hidup??"
"CARA HIDUP LAH!"
"Ye la, cemane?"
"Cenggitu lah!" ---->(Ni jawapan orang yang tak confident nih.ish3...)
Cenggini,cara hidup. Maksudnya, semua kehidupan kita ni tak terlepas daripada undang-undang yang telah ditetapkan oleh Islam.Semuanya berkait dengan Islam.Ada paham?
Macam orang terengganu cakap; "Islam tu doh 'commei doh, nok wak bende amal undang-undang lain?"
Satu lagi sebab aku faham pasal "ISLAM AS THE WAY OF LIFE" ni sebab aku belajar tasawwur, subjek tambahan time aku ambik SPM dulu. Walaupun baca sendiri kan -.-.Tapi ustazah ada jugak la ajar sikit sikit.Thanx ustazah~!
Islam itu bersifat menyeluruh.(Ataupun istilah yang sering digunakan---->SYUMUL...)
Dulu,time lepas aku solat,duduk lah termenung-menung lama kan.Pehtu,mikir la...
Bakpe orang perempuan,solat,tutup kaki ah?Padahal kalau keluar rumah orang dop tutup tutup aih kaki...Tapi...Syarat nak solat tu kan tutup aurat kan?Abih tu kenapa orang keluar pakai tudung,tapi tak tutup kaki eh?So diorang tak tutup aurat gak ah?
Persoalan tu bermain kat benak kepala otak aku nih...Then aku terpikir la,pikah ada tegur tegur aku... Sambil mencucuk-cucuk peha aku.Hesh
"Ni bila nak pakai stokin ni ah?"
"Heeeehhhhhhhhh"
Aku just tesengih kambing lebar lebar.Yah.Aku tak konpiden.
*Yang ni Flashback ni auu*
Pehtu,lepas daripada peristiwa termenung dekat sejadah,esoknya aku pun pergi skolah (Cam bese la kan...Breakfast,chow gi skola).
Terjumpa lah ustazah.Zaaaaap!Teringat nak tanya ustazah.
And,guess what,betul la sangkaan aku. Oh!Jahilnya aku tak tau yang kaki tu aurat.Isk.
Mekasih ustazah,pikah. And Thank You Allah~~Sebab bagi aku kesedaran.
Tapi macam ni lah hidup budak bukan dari sekolah agama. Environment kami tak Islamik,tapi student yang dari sekolah agama yang masuk sekolah harian biasa tu lah yang bertanggungjawab untuk wujudkan kesedaran tu.
Sebab...Kami tak tahu.Kami jarang rasa nak ambil tahu.
Tapi bila dah tahu....MAKIN MAHU TAHU~ *grin*
Tapi ,alhamdulillah,junior aku baik-baik insyaAllah.
Aku pernah jadi KP(P),(bkn mau bangga,mau kasi crita),pehtu senang giler nak pengaruh anak buah aku. *Har3...Positive way keh!*
Pehtu,lepas kawad kaki,di-conduct oleh pikah & aku & akmal & syikin kasi la pengetahuan siket dekat diorang pasal agama,mana mana yang kitorang tau.
Hope la, ada juga kesedaran dalam diri diorang, walaupun sikit kan.
Part yang paling aku suka, pegi serbu budak-budak yang kitorang panggil budak 'gangster'.
Actually diorang ni nakal jah...Tapi baik.Cuma,tak ada guidance,senang sangat nak terpengaruh.Yelah, budak-budak muda kan...And talking to them was quite fun!Yeah~
Suka sangat la bermesra-mesraan dengan aku kann... *Ah!Perasan sudahhh*Tapi mereka sangat baik...And kalau pendekatan kita betul,tak memaksa, insyaAllah,senang nak tarik budak-budak ni.They just need some attention & GUIDANCE from us dear...
(Last Friday I met a boy,yg ktorang panggil 'budak gangster',tp nakal jah.Baik,siap tegur aku lagi tu ^_^ )
Boleh dikatakan ada juga la junior yang dah start pakai stokin,tudung labuh,stongan(sarung tangan).And,Dear,you guys look very cute & sweet like that.Kak Dyana bangga lah dengan korang! ^_^
And,aku pun pernah sembang-sembang,dengan student yang sebaya dengan aku,nama dirahsiakan...Bukan diorang tak nak pakai stokin,tutup aurat secara sempurna,atau pakai tudung labuh,cuma,katanya,belum bersedia.
Kalau jawapan artis "Er,belum sampai seru lagi lahhh..."--->Jawapan paling common.AKU SUDAH BOSAN.owh...Tulun!Tulun!
And,aku mau tegur diri aku & pesan kat korang eh.
Yang sudah sedar atau baru sedar,meh la amalkan Islam secara keseluruhan,bukan separuh-separuh.
Aku sudah sedar dari kesilapan aku yang dulu.
And aku tau setiap orang ada naluri yang dapat bezakan antara yang benar dengan yang salah.
Macam kem keagamaan yang first time aku pergi haritu dekat paka time form 4 dengan sahabat-sahabat aku tadi kecuali athirah,nak tambah sorg lg,bdk Sultan Omar,Najwa,adikku,baru dapat result SPM,tahniah.Ah,dekat situ la aku belajar asas-asas Islam,apa itu ikhtilat,macam mana nak kawal pandangan,macam mana nak kawal pergaulan antara dengan berlainan jantina,kawal suara,sebab abang Nazif,kitorang punya fasilitator sangat sangat menjaga pandangan & pergaulan dia. Sampaikan ada antara kitorang yang agak resah gelisah pasal dia tak senyum sokmo bak kata orang ganu kite.
Last last bro nazif tau yang kitorang ghoyak macam tu pasal dia.
Masa buat resolusi,dia pon ghoyak; "Saya bukan tak boleh senyum".Then dia tersenyum.
Agak kelakar bagi saya yang agak jahil time tuh.Aih,agak nya dia taknak senyum sebab dia takut orang cair kot sebab dia hensem. Er,no comment!Tapi mungkin jugak sebab dia biro disiplin,so,kena tegasla,kasi nampak itu garang kan!Yah!But,I do respect you bro.Pehtu,akak fesi time kem tu jugak ada pesan, kalau rasa ragu-ragu dalam buat something,ada kemungkinan benda tu salah. Kadang-kadang kata hati tu pun boleh pakai.Tapi kena ada ilmu jugak untuk lebih yakin ye!Semoga semua fasilitator yang pernah didik kitorang dirahmati Allah selalu. Didikan kamu semua memperkuat & menambah kefahaman saya dari sehari ke setahun.(Wahaha!)
Tapi,serius,saya sangat beruntung sebab ada peluang ni.
Sebab ada jugak kesedaran tu.
Sebab bukan semua orang nak grab peluang macam ni kan?
Kamu,yang dah baca & tersedar ni,taknak ke ambil peluang?
REMEMBER,PELUANG TAK DATANG BANYAK BANYAK BANYAK KALI KADANG-KADANG...
HIDAYAH JUGA BEGITU...SEKALI IA DATANG,KALAU KAMU TAK AMBIL,ENTAH BILA IA AKAN DATANG SEMULA YA?
Bak kata suhaizi (Pengerusi GIA uitm kuantan) pada akhir setiap ucapan dier, "Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran"-Yang dipetik daripada surah al-asr,ayat 3.
Tahniah juga untuk suhaizi & rakan-rakan yang lain yang conduct GIA,dengan misi "Mewujudkan bi'ah solehah dekat uitm" ya...Aku suka sangat kerja dengan diorang ni,moga ukhuwah kita masih kukuh forevah!
Akhir kata,setinggi tinggi syukur kepada Allah.Moga cintaku pada-Nya makin bertambah hari demi hari,tahun demi tahun,and selamanya...(Bukan senang tau nak jadi macam Rabiatul Adawiyah yang cintakan Allah semata-mata.Aduh!Rindunya aku rasa macam tu.Solehah kah aku?)
Let's discover the beauty of Islam,and,cayalah!Korang menangis punya lah bila boleh discover tu kan...
*Pesanan ikhlas,dari tudungceklat*
No comments:
Post a Comment