Assalamualaikum!
Sains adalah salah satu cabang ilmu,iaitu fardhu kifayah.
Kadang-kadang ramai yang mempersoalkan tentang tuntutan agama.
Mengapa begitu? Mengapa begini?
Bagi orang yang yakin, mungkin tidak ada masalah untuk melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah.
Kerana mereka yakin bahawa ada kebaikan di sebaliknya.
Banyak kajian sains yang sebenarnya sudah membenarkan tuntutan-tuntutan agama Islam.
Setiap perbuatan & ibadah yang dilakukan,semuanya mempunyai kebaikan & kelebihan yag tersendiri.
Sebagai contoh,melalui aspek wudhu’ itu sendiri.
Mengapa umat Islam disuruh untuk berwudhu’ sebelum menunaikan ibadah solat?
Mengikut pelbagai kajian yang dilakukan,wudhu’ itu sendiri memberikan pelbagai kesan positif kepada tubuh badan.
Menurut ilmu perubatan Cina sendiri,terdapat pelbagai titik-titik biologi pada tubuh badan yang memberikan kesan yang positif kepada badan,contohnya kepada bahagian penghadaman.
(You know,something like acupuncture…)
Jadi,bagamana wudhu’ dapat memberi kesan yang positif kepada tubuh badan?
Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya supaya menggosok-gosok anggota wudhu’ ketika berwudhu’.
Dengan kesan gosokan tersebut,ianya sekaligus memberikan impak yang positif kepada tubuh badan. (No wonder la rasa segar lepas berwudhu’!)
Selain daripada tu,kita tahu berwudhu’ itu salah satu cara untuk bersuci kan?
Ingat lagi kejadian wabak SARS tahun 2003 dulu?
WHO melaporkan SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) telah dijangkiti oleh 8400 orang di 32 negara di dunia. Dan antara symptom penyakit SARS ini adalah seperti selsema,batuk-batuk,demam,sakit kepala,dan kekejangan pada otot.Akhirnya,mereka mati akibat paru-paru yang rosak.
Macam mana virus ni boleh merebak? Ia tersebar melalui titisan di udara,yang dihasilkan oleh orang yag dijangkiti melalui bersin ataupun batuk. Sebab itu lah dinasihatkan pada masa itu pakai face mask.
Kemudian,bermacam-macam penyakit lagi muncul akibat mutasi virus yang sekarang ni lebih moden!H5NI lah,H1N1 lah…
Kesannya,lebih banyak pencuci tangan dan sabun badan yang laku seperti lifebuoy,dettol,protex dan sebagainya.
Jadi,apa penyelesaiannya?Alhamdulillah,Islam telah memperkenalkan cara yang terbaik untuk kekal sihat,tanpa perlu risau membeli pelbagai jenis sabun berjenama bertaraf dunia yang diiktiraf oleh doctor-doktor sedunia.
Wudhu’.
Itulah jawapannya.
Kesan membasuh tangan 5 kali sehari sudah cukup untuk membasmi kuman di tangan.Sekali wudhu’ bukan sekali kita membasuh tangan,bahkan 3 kali iaitu semasa permulaan,dan 3 kali semasa membasuh tangan sehingga ke siku.
(Pssst!Nurse pun kena basuh tangan macam ni tau.Dari tangan ke siku,sehingga benar-enar bersih.Cuma bezanya,mereka perlu menggunakan sabun.-Sumber: Nursyafiqah,Diploma Nursing)
Kajian di sebuah sekolah di Troy juga menunjukkan bahawa pelajar yang membasuh tangannya 3 kali sehari atau lebih,rekod ketidakhadiran ke sekolah akibat keracunan makanan juga turut berkurang.
Kemudian,hidung pula dimasukkan air sehingga benar-benar mencuci rongga hidung daripada partikel-partikel aau habuk yang tertapis di bulu hidung.Nafas pun menjadi lebih segar.Tiada lagi sesak nafas dek tahi hidung yang terkumpul.Teehee…
Manakala semasa berkumur-kumur,kita berkumur-kumur sehingga 3 kali. Kajian menunjukkan bahawa selain daripada menggosok gigi dengan kerap, berkumur-kumur dengan bersungguh-sungguh juga (seperti sewaktu berwudhu’) dengan kerap mampu membantu memelihara gigi yang sihat.
Nah,cantik kan Islam?
Cukup pakej.Ini menunjukkan Islam bukan agama primitif. Bukan agama yang kolot.
Memang sains telah membuktikan kebenaran Islam.
Namun begitu,walaupun sains telah membuktikan terdapat banyak kelebihan di sebalik amalan wudhu’,tetapi kita tetap juga berpegang untuk beramal kerana Allah.
Kesimpulannya,jadikanlah bukti-bukti kajian tersebut sebagai pendorong supaya kita lebih yakin terhadap Allah,untuk beribadat kepada Allah,sekaligus meningkatkan keimanan kita,insyaAllah…
Di sebalik setiap suruhan itu, ada kebaikan yang tersembunyi,dengan izin-Nya. ;)
Open your eyes,my brothers and sisters… *peace*
-Tudungceklat-