Sunday, July 10, 2011

Cliche~


Assalamualaikum!

Harap maaf,mungkin post kali ni agak cliche,tapi nak buat macam mana?Dah saya suka berfikir benda-benda macam gini.Teehee...
 

 Ni mesti ambik gambor lepas solat subuh ni.He he. 
Burung bangun pagi-pagi cari makanan,manusia masih berdengkur diulit mimpi.
Hoi,bangon!
 
 Aurora~
 (Teringat pulak lagu estranged."Aurora aurora~Walaupun jauh,namun dekat dihati."
Sebab cun kot?
*teeet*

 Ketika belajar biologi di sekolah menengah,subjek digestive system ni berjaya membuatkan saya kagum dengan cara,penyesuaian keadaan dan ciri-ciri yang ada pada usus kecil manusia yang bertindak untuk menyerap masuk nutrien daripada makanan ke dalam salur darah manusia.

Kagum juga dengan penciptaan hati.Bagaimana ianya berfungsi untuk menghasilkan enzim,yang mempercepatkan sesuatu proses.Dan juga menghasilkan hormon di dalam badan manusia.Cool?
Juga bertindak untuk seimbangkan kandungan gula dalam darah.
Cool?
Yes it is.

Suatu masa dulu pernah berangan nak jadi botanist.Sebab boleh kaji pokok secara mendalam,& it's cool!Tapi rezeki saya bukan ke situ,TESL juga yang dipilih.
Tapi ilmu dimana-mana sahaja kan?Cuma klik! & jumpa lah fakta.

Keratan rentas sehelai daun,yang mempunyai beberapa LAPISAN sel!
Kalau bagi manusia,nak cipta 1 sel pun belum tentu lagi dapat...Kompem tak dapat lah!
Setiap lapisan sel pada daun pula mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu;perangkap cahaya matahari untuk proses fotosintesis,mengawal kandungan air dan karbon dioksida serta oksigen yang keluar & masuk.
Cool!

 "Dialah (Allah) pencipta langit dan bumi." (Surah Al-An'am,ayat 101)
Baru aku tahu,perkataan langit tu merujuk kepada langit yang kita nampak di bumi ni & juga langit (angkasa). Jadi,langit itu sebenarnya luas,seluas-luasnya hingga tak terkira luasnya.

"Sains bukanlah segala-galanya,namun,jika manusia mahukan bukti ataupun hujah,sains dapat membuktikan kebenaran Al-Quran.Tetapi,walau bagaimanapun,keyakinan itu lebih penting,& hujah serta bukti tersebut dijadikan sebagai pendorong untuk meningkatkan keimanan kita sebagai hamba kepada yang Maha Bijaksana."

Subhanallah.
Al-Quran itu benar,Muhammad itu sungguh adalah penyampai kalam Allah.
Mana mungkin manusia mengetahui ilmu-ilmu yang begitu mendalam,melainkan yang dikehendaki Allah.
"Dialah (Allah) pencipta langit dan bumi."

No comments:

Post a Comment