Thursday, July 7, 2011

Gadis tradisional cool lah!

Assalamualaikum!

Phew!Selesai projek aku.Membalut kotak kasut yang di-transform menjadi tempak simpan alat tulis.

Aku membelek-belek semula buku Scientific American Mind yang aku beli tahun lepas semasa program anak angkat 1 Malaysia di Kemasik,Kerteh. Biasa lah,nak hilangkan bosan,kalau beli buku dapat juga baca masa bosan.Tapi tak khatam pah sudoh.

Alhamdulillah,berguna juga buku ni.Yang penting,MURAH SIOT! RM5 je kot! Daripada beli Reader’s Digest yang banyak iklan, 15 hengget pulak tu,baik I beli buku ni yang sarat dengan kajian saintifik yang boleh dipakai buat assignment.Mwa ha hah!


“Dressed for distress.”

Tajuk yang aku terjumpa selepas beberapa minggu aku beli buku ni.Baru nak baca.Pergh!
Okay,yang menarik nya artikel ni,pendek je awang eh.

Antara intipati artikel ni:

Kajian terhadap remaja di London menunjukkan pemilihan pakaian itu sendiri mempengaruhi kesihatan mental.

Para penyelidik di Queen Mary,University of London membuat kajian tentang cara pemakaian oleh pelajar perempuan Bangaladesh,iaitu memakai pakaian tradisional  dan pakaian ala-ala barat.

Selepas 2 tahun,mereka mendapati keputusan daripada ujian mental bahawa pelajar Bangladesh yang kekal memakai pakaian tradisional (yang sopan dan tidak mojolok mata) mempunyai kurang masalah psikologi seperti tekanan.Manakala pelajar Bangladesh yang memakai pakaian Western-style tersebut didapati sebaliknya,iaitu banyak tekanan dan masalah psikologi.

Ketua para penyelik tersebut,Kamaldeep Bhui sangat terkejut kerana mendapati bahawa identiti tradisional yang diserlahkan melalui pakaian itu bersifat melindungi (si pemakai)!
Dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah pakaian tradisional tersebut yang kelihatan sopan mampu untuk melindungi si pemakai tersebut dan juga memberi impak yang positif terhadap kesihatan psikologi,iaitu tiada tekanan yang berlebihan.Selain itu,mereka juga turut mengekalan budaya yang diamalkan oleh masyarakat mereka(nilai-nilai yang baik).

Author of the article: Emily Anthes,2008.

Komen aku pasal tren fesyen ‘Islamik’ hari ni?

Seriously I said,I don’t really like it.
Memang,mereka berjaya menarik orang untuk memakai tudung,tetapi fesyen yang ditonjolkan sama sekali tidak menurut syariat.Terus terang ambe cakap,that is not a traditional way.Ha ha.

Busana muslimah sekarang ada yang ok tu,okay lah.Tapi ada sesetengah tu,ketat sana,ketat sini.
Banyak yang perlu dikomen.

‘Islamic Fashion Week’?Terus terang,hampeh…

Apa-apa pun,walaupun orang kata nampak kampung dengan busana muslimah yang benar-benar muslimah,tapi aku fikir itu tradisional beb…(Terfikir balik kajian yang budak perempuan Bangladesh tu).Kekalkan imej gadis melayu yang ayu itu bebeh!Ha ha.


Jadi,mengapa takut untuk berpakaian secara lebih sopan dan tertutup?
Bukankah lebih selamat bertudung litup,berbaju longgar,berseluar longgar?
Bukankah lebih berkurang masalah psikologi?
Bukankah itu lebih mulia dan selamat?
Mengapa perlu pilih cara hidup barat yang stress?

“Sungguh,ajaran Islam itu sangat indah.”
Aku terpesona..kamu ?
Subhanallah…

-Tudungceklat-


No comments:

Post a Comment