Tuesday, July 12, 2011

Siapakah superhero?

Assalamualaikum.

Suka ayat dekat blog kereta mayat, "Aku telah lama kelakar,baru hari ini kamu ketawakan aku.Bukankah kita semua akan mejadi mayat?"



Bercakap tentang superhero,siapa superhero/superwoman yang sebenar-benarnya?
Penyelamat dunia daripada pengganas ataupun penjenayah ekstrem zaman sekarang ni?
Siapa dia?

Superman yang pakai cawat di luar?
Spiderman yang pakai baju ketat?
Catwoman yang hot?
X-men yang pelik tahap gaban?
Ataupun totally spies yang cun melecun?
Orang yang ada six-packs?

Naaaaaaah.......
Karut saja semua tu!
Superhero kerjanya bukan sahaja selamatkan dunia daripada penjenayah semata-mata,tapi juga mewujudkan keamanan.*peace*

So,adakah superhero/superwoman tadi betul-betul menuntut bela manusia sejagat?

Kalau diorang betul-betul menegakkan keadilan & keamanan,mana mungkin spiderman atau superman keluar berdua-duaan,Catwoman takkan pakai seksi meksi,X-men takkan cederakan orang sesuka hati.TEEHEE.

Cuba tengok kenapa masalah jenayah sekarang semakin meningkat?
Kes rogol.Sebab si wanita sendiri seksi meksi macam catwoman.
Kes curi,sebab orang tak takut dengan undang-undang sivil.
Kes dadah,pun sama.
Semua jenis masalah,manusia tak takut melakukan kesalahan.
Katanya,"Ala,rillek lar brader!"

So,siapa SUPERHERO yang sebenarnya?

Shah Rukh Khan?
The Mask?
The Incredible hulk?
No no no....





Pernah dengar,isu rakyat mahukan undang-undang Islam dijalankan di Malaysia?
Kenapa?
Kerana undang-undang Islam sahaja lah yang adil seadil-adilnya!
Tidak ada undang-undang yang lebih adil daripada undang-undang Islam.
Aku banyak memikirkan isu ini,kenapa Islam menganjurkan jihad?
Menegakkan kebenaran yang sebenarnya.
Mewujudkan keamanan sejagat di dunia ni.

Pejuang-pejuang ini lah superhero/superwoman yang sebenarnya!
Mereka mewujudkan keamanan di dunia dengan kebaikan.
Dengan keadilan,bukan penindasan.
Dengan berkata tentang kebenaran,bukan penipuan.

Ustaz Khairul (hok ngajor kitab) kata,
jangan lah sekali-kali benci dengan undang-undang Allah.

"Makcik kakok eh,kalau kita belajor betul-betul undang-undang Islam ni heh,come sungguh.Seronok brase.Kalau saye dulu,bab ni lah heh hok paling skor sekali.Sebab seronok blajo nye."

Seronok kawan-kawan...
Sebab undang-undang itu adil,saksama,bertimbang rasa!
Penyelesaian setiap masalah bermula daripada akar umbi lagi.
Contohnya isu zina,rogol,bersekedudukan.Dari kecil anak-anak Islam diberi didikan tentang hubungan antara yang  berlainan jenis,menjaga pergaulan,pemakaian.Secara tak langsung,yang orang kata 'pengetahuan seks' yang dirancang dalam silibus budak sekolah pun sebenarnya dah diajar sejak kecil lagi.See?Cantik kan?

Jadi,yang memperjuangkan untuk membentuk manusia yang berguna untuk keamanan dunia ni lah yang layak digelar superhero/superwoman!

Ataupun orang kata,manusia yang soleh & solehah.

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita untuk mengembalikan kegemilangan sebuah Khalifah Islamiah.InsyaAllah. :)


Wariskan kemerdekaan yang sebenar-benarnya kepada mereka!


1 comment:

  1. TOTALLY AGREE!

    these people are the REAL SUPERHUMAN in the world. diorang tak perlukan kuasa mistik ajaib untuk menjadi kuat. mereka hanya memerlukan iman dan taqwa yang kuat untuk berjaya. shotgun? please....WE HAVE DOA, way powerful than that metal thing :P

    ReplyDelete